8 Tips Berniaga Dari Pengalaman Jalanan di Indonesia

09:36 anas 1 Comments

Sepanjang beberapa hari saya di Indonesia pada awal tahun 2016, saya sempat belajar beberapa perkara.

1. Membacalah setiap hari
Orang Indonesia dari pangkat paling bawah hinggalah yang tertinggi akan membaca hari-hari. Paling kurang mereka akan membaca surat khabar.

2. Harga makanan vs rasa
Bagi orang Indonesia, rasa itu penting kalau nak compare dengan harga. Kalau harga mahal tapi sedap, pasti orang sanggup bayar.

3. Cintailah bahasa ibunda
Setiap orang Indonesia pasti boleh bercakap dalam bahasa rasmi. Tak kisah laa kaya atau miskin, semuanya boleh bercakap bahasa Indonesia. Baguskan?

4. Perniagaan tepi jalan
Jangan pandang rendah pada orang yang buat business tepi jalan kerana keuntungannya mungkin melebihi apa yang kita sangka. Contohnya: Saya berborak dengan seorang yang menjual baju. Satu baju harganya 20,000 rupiah (RM 6). Saya tanya dia berapa banyak kamu boleh jual. Dia kata satu hari dalam 2 juta rupiah (RM 600) pada hari biasa dan kadang-kadang 20 juta rupiah (RM 6,000) sehari pada hujung minggu. Tiada sewa kedai pun. Gila kan?

5. Creativity
Kita boleh buat business yang sama dengan orang lain tapi masukkan element creativity. Dengan adanya creativity, kita memberi peluang kepada 'customer' untuk menikmati barang atau servis yang best. Sebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah kenikmatan yang teramat penting.

6. Jujur dalam perniagaan
Banyak orang tidak jujur dalam perniagaan. Tapi, sekiranya seseorang peniaga itu jujur, pasti keuntungan akan datang walaupun lambat.

7. Harta vs ilmu
Carilah harta cukup untuk kamu hidup. Carilah ilmu sebaik mungkin kerana dengan adanya ilmu, orang akan datang dan menyanjung kamu

8. Malas vs rajin
Orang yang miskin di Indonesia rata-ratanya adalah orang yang sangat malas. Orang yang rajin akan sentiasa nampak peluang untuk carik duit. Mungkin tak kaya tapi tidaklah sampai miskin.

Kadang-kadang ilmu yang ada depan mata tu benda yang simple je. Cara kita melihat dan interpret saja yang menyebabkan kita dapat sesuatu yang berharga atau tak.


You Might Also Like

1 comment:

  1. BERITA BAIK

    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. Kami adalah Syarikat Pinjaman yang sah, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh pergi ke syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
    +120275328718
    anda boleh memanggil atau teks kami pada nombor itu

    ReplyDelete