Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Peluang berniaga di bulan puasa yang senang untuk dijalankan


Assalamualaikum semua.


Dah lama #MRTELEKUNG tak update blog. Hari ni datang seru untuk #MRTELEKUNG share beberapa perkara sebabnya Ramadhan dan nak tiba dan apa persediaan kita terhadap Ramadhan yang akan datang kan?

Kurang lebih dalam 50 hari je lagi Ramadhan akan menjelma. Dengan adanya penakit yang sedang melanda kita semua terutamanya Covid-19, pasti ada hikmahnya. Saya pasti lebih ramai orang yang akan terkena dengan penyakit ni sebabnya ianya mudah sangat untuk merebak. 

Anyways, saya taknak sembang pasal Covid-19 buat masa kini. Mungkin di blog post yang lain.
Ok, sebagaimana yang semua orang tahu, saya dan isteri menjalankan perniagaan telekung dan Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini. Bukan senang nak bertahan dalam business rupanya. Macam-macam cabaran dan perit getir yang kena lalui kalau nak sampai ke kemuncak.

Persoalannya, nak ke kemuncak yang macam mana?

Dulu masa awal-awal buat business, angan-angan saya tinggi. Nak bawak syarikat kecil kami sehingga ke BSKL tapi lama kelamaan impian itu harus dilupakan seketika sehinggalah business betul-betul boleh ke arah itu. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni saya ada masuk kelas belajar saham basics dan disitu saya dapati beberapa info yang penting untuk maju dalam business.
Antara contoh yang kita kena lihat adalah:

1.      Siapa board members
2.      Siapa shareholders
3.      Siapa investors
4.      Business apa
5.      Berapa besarnya pasaran business yang dibuat
6.      Kekuatan cash flow

Jadi, untuk tahun 2020 ni, kami akan re-look balik business kami dan cuba perbaiki apa yang patut supaya kami boleh grow and insyaAllah people boleh invest dalam company kami ataupun buka francshise tahun 2021.

Untuk Ramadhan kali ni, kami akan fokus dekat telekung. Kami ada telekung-telekung yang pastel dan juga yang berwarna putih sesuai dengan pilihan masing-masing. Harga yang kami tawarkan semuanya mampu milik iaitu di bawah RM 200. Tiada range yang atas RM 200 pada tahun ini sebabnya kami tahu kuasa membeli dah berkurangan sejak kerajaan bertukar dari tahun 2018.

Selain dari Telekung, kami ada juga menjual kurma segar terus dari Madhinah. Jenama yang kami bawakan adalah Aswadan. Idea untuk menjual kurma tercetus bila saya membaca buku autobiografi Datuk Amir Mydin, pengasas generasi kedua Mydin. Dalam buku beliau ada mengatakan yang bulan puasa dan Raya adalah peluang untuk lonjakan business bagi umat Islam di Malaysia.

Baru saya sedar yang sejak kecil lagi mak dan ayah memang akan berbelanja besar ketika bulan puasa dan juga ketika nak buat persiapan raya aidilfitri. Jadi, mengapa perlu dilepaskan peluang ini kan?

Telekung dan kurma adalah antara benda yang sangat penting dalam bulan ini. Jadi, sesiapa yang ingin berniaga di bulan puasa ini digalakkan untuk menjual dua barang utama ini.
Jika barang yang dijual tiada brand, harganya mungkin murah.

Tetapi jika ada brand, harga kedua barangan ini boleh dijual dengan harga yang lebih menarik. Jadi terpulang nak macam mana.

Saya disini ingin menawarkan peluang untuk mendapatkan kedua barangan dari website kami iaitu zaahara.com ataupun whatsapp kami di 0103661801, 0123315322 ataupun 0173001801.

Kami bersedia untuk membantu anda semua.

Jom..,