Khatam Quran di Makkah dan Madinah

00:16 anas 0 Comments




Khatam Quran in Makkah
Semasa saya di Umrah, saya berjaya khatam quran 2 kali dalam tempoh 12 hari.
Saya terpaksa share cerita ni supaya lebih ramai di luar sana yang dapat manfaat dari pengalaman ini.
- - - - -
Bertahun lamanya saya tidak membaca Quran dan bermula dari tahun lepas, saya nekad untuk khatam at least sekali. Alhamdulillah, saya khatam 2 kali.
Bagaimana?
Saya mulakan dengan hanya membaca satu atau dua page hari2 dan bila dah lama sikit, saya up kan sikit tempo dengan membaca lebih dari 2 page setiap hari.
So masa pi umrah baru-baru ni, target saya cuma satu khatam tetapi Ayah saya bilang "apa kata khatam 2 kali. Sekali di Madinah dan sekali lagi di Makkah?"
Since saya pi umrah solo , tiada family atau jemaah lain yang bersama saya, saya pun sahut cabaran Ayah saya. Hari-hari saya baca dan saya spend most of my time in Masjid insted of dalam Hotel.
Ada kalanya saya spent dalam 6-9 hours dalam masjid. Ini adalah pengalaman-pengalaman baru yang saya sendiri tak pernah sedar saya boleh buat.
Apa rahsianya?
Rahsianya mudah. Setiap orang ada misi bila dia ke umrah. Saya punya misi ada untuk khatam alquran dan beribadah semata-mata.
Berbalik kepada cerita alquran, saya pernah merasa penat sehingga saya tertidor dan ada kalanya mata saya berpinar.
Itulah saya kata. Ini adalah satu pengalaman baru dan menarik yang mana ianya bukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan kita.
Saya share cerita ni sebab saya nak mengajak lebih ramai orang supaya kembali ke Quran. Seriously tak rugi dan tak sia-sia.
I am not an ustaz. I am not pak alim.
Saya cuma orang biasa yang cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan cara tersendiri.
Saya dahulu selalu beranggapan Quran adalah satu kitab yang boring dan hanya untuk orang-orang alim.
Malam Jumaat disarankan baca Yassin. Masa kecil at least kita semua kena khatam sekali.
Itu je ker?
Takkan lah Quran yang dituju khas kepada kita, kita sanggup tak buka dan tak baca?
Yes, saya memang tak faham apa yang saya baca. Tajwid saya mungkin tak perfect. Dari 114 surah, saya cuma hafal dalam 15. Banyak lagi yang perlu dikemas kini tetapi ini cuma permulaan.
Pada umur 33, saya sudah bermula. Ada yang sudah bermula jauh lebih awal dari saya dan ada yang sudah dalam kategori hafiz.
Wahai sahabat sekalian, beribu sahabat fb saya begitu teruja untuk jadi kaya. Hari-hari doa nak jadi kaya.
Kalau anda semua nak tahu, Allah itu Maha Kaya. Kalau dia nak bagi, dia boleh bagi. Silap-silap dia boleh bagi melebihi dari apa yang kamu boleh imagine.
Tapi, dia dah bagi peluang untuk masuk ke syurga dia yang mana istana dan kenikmatannya adalah sesuatu yang melebihi kenikmatan dunia. Takkan itu pun kita sanggup ketepikan semata-mata untuk kepuasan dunia yang fana dan sementara?
Yes, mana boleh kejar akhirat je kan? Betul tapi, apa kata kita sama-sama ubah mindset kita. Cuba kita pohon Allah bagi kita kekayaan ilmu akhirat, kecintaan terhadap quran, iman dan sebagainya. Sudah tentu Allah cipta kita untuk jadi hamba yang soleh dan orang yang beriman kan?
Selama ni saya tak faham semua ni.
Saya ingat akhirat adalah benda yang boring. Relax aaa dulu kan..hari masih muda.
Macam-macam alasan boleh diberi.
Saya percaya ada yang boring dengan cerita saya tetapi terpulang.
Saya cuma nak berkata yang seorang yang modern, educated, berpengalaman, bila dia lihat agama sebagai tools untuk berjaya, nescaya Allah akan bagi apa yang terbuku dalam hatinya.
Salah satu doa saya di makkah:
"
Ya Allah, sekiranya kekayaan dunia akan mendekatkan diri aku dan keluarga aku terhadap kau, ko berilah. Kalau tidak, ko beri sekadar cukup."
Memang nafsu saya nafsu buaya. Dasyat. Saya sudah bilang saya bukan ustaz or pak alim. Saya cuma orang biasa-biasa.
Marilah kawan-kawan. Kalau saya boleh, anda semua pasti boleh. Marilah pasang niat at least khatam sekali. Bantulah saya. Saya nak kawan-kawan saya berubah dan khatam sekali. Ini malam jumaat kawan-kawan. ðŸ˜Š
Salam Jumaat.

You Might Also Like

0 comments: