Showing posts with label My story. Show all posts

Pengalaman menarik bersama penjual alatan jahit di Semua House


Semua House


Siang tadi saya ke ‘Semua House’ untuk beli piping telekung. Kami order di salah sebuah kedai menjahit di sana. 

Erin kata total yang saya perlu bayar untuk piping tadi ialah RM 580. So masa bayar, saya cuma hulurkan RM 600 dan perkara ajaib berlaku. Dia bagi saya RM 80 baki. 

Tauke : “Boss, u punya balang RM 520. Saya juai satu piping RM 6.50. Bukan RM 7.00” 

Saya : “ Thank you boss. Tapi boss, I ada satu soalan. Apa pasai u bagi discount? I tarak mintak pun." 

Tauke : “ Kami sudah 60 tahun berniaga woo. Kami mesti bagi diskaun kalau customer beli banyak. Tarak mintak pun kami mesti kasi woo.” 

Saya : “ Tapi boss, u boleh untung extra maa. I bukan confirm datang lagi.”

Tauke : “U datang atau tak, saya mesti mau kasi. Saya untung sikit sudah laa. Janji u happy. Nanti u mesti ada datang lagi punya. Kalau u tak datang, mesti u ada cerita sama olang lain.” 

Tengoklah macam mana depa berniaga. Sebab tu boleh bertahan sampai ke 60 tahun. Tak sangka perbualan saya dengan tauke cina tadi membuka mata saya untuk berniaga dengan lebih cemerlang lagi. Jika main-main, baik main PS4. Kan? Saya harap you all belajar sesuatu from this posting. Salam.

Pengalaman saya minum Tealive jika dibandingkan dengan Chatime

Tealive

Semalam adalah kali pertama kami berdua (me and my wife) beli air from Tealive. It took us almost 3 weeks baru finally we both decided nak try. Guess what happened after we tried?
Dari semalam hingga ke hari ni, we both dah beli 4 cups and total spent was RM 30. Kat sini I nak share a few things from my own experience.

 The taste is better
Rasa Tealive memang menarik. Lebih manis kalau nak compare dengan Chatime

Brand awareness
Bila sesuatu brand yang dah dikenali ramai tukar kepada jenama baru, aka nada persepsi di mana adakah kualiti dan rasa yang sama. Untuk Tealive, mereka berjaya dengan transition mereka. Saya dah confirm akan beli Tealive bila-bila saya nak bubble tea sebab saya dah merasai sendiri rasa Tealive.

Importance of Employee
Employee memainkan peranan yang sangat penting. Di sini, saya ingin mengatakan pihak Tealive perlu ‘invest’ lebih besar kerana soalan yang sama akan dijawab dengan jawapan yang berbeza.

Contoh soalan:
Adakah rasa Tealive sama seperti Chatime?

Contoh Jawapan #1
Sudah tentu tidak sama malahan lebih sedap.

Contoh Jawapan #2
Sama je macam yang dulu. Takda perubahan pun.

Haa. Nampak kan? Ini hasil tinjauan saya dekat 2 cawangan je. Kalau saya buat tour mungkin lebih banyak jawapan yang akan saya dapat.

Apa-apa hal, tahniah buat team Tealive. You all rock. Memang otai buat business. Tak semua org boleh buat business macam you all. Gila!
Ok guys. Apa lagi. Sapa yang tak pernah cuba Tealive, saya syorkan pegi laa rasa. Sedap. Serious sedap dan berbaloi. Cuma jangan jadikan amalan. Boleh kencing manis woo.

Adios!




Lebih baik update di blog instead of Facebook

Pagi ni I nak berkongsi sikit pasal blogging.

For the past 2 years, I have been very active updating facebook. One day lebih kurang 3-4 kali I akan update and I have a lot of followers as well.

Tapi,lama kelamaan especially in 2017, I find facebook can be very boring. Reason for this boringness is because everyone seems to be heading to ‘personal branding’, ‘storytelling’, ‘selling’ and yang paling tak best is ‘cerita success diri sendiri’.

So finally I decided it’s time for me to be regular with blog. At least this blog is a place whereby I can treat it is as my life journey.

A lot of things that is my head can be shared here. It is like a database of stories.

At the current moment, I will update on regular basis because I want to get the rhythm of writing. Once dah jumpa my style and niche, there will definitely be improvement.

Ok from me now. I will continue with other updates later.


Adios!

Mudahnya jangkitan sakit cacar air : Kena jauhkan pembawa dengan orang luar

Hari ni we all faced 2 incident yang boleh dikatakan mencabar jugak.

First of all masa pukul 9.40am, Cikgu Luqman called and suruh we all fetch dia. Cikgu kata Luqman suspected chicken pox. Aisya baru je baik chicken pox after one week plus demam. Ingatkan Luqman terlepas dari chicken pox but very unfortunate.

Our family stayed at Erin’s parents for the past 2 weeks. During the day, Aisya and Erin will be at home. I am at office and Luqman is at his school. Time malam, Aisya will sleep with me and Luqman will sleep with Erin. We both sleep at different room. This is to ensure Luqman tak kena chicken pox.

For the 2 weeks kat sana, Aisya tak boleh turun bawah. Ibarat house prisoned. What she does is to scream from above if she’s bored. One more thing, she knows her limitation. She knows she can’t come down because there’s Luqman and there’s Armaan, my 3 months nephew in law.

So yeah…Kalau Luqman dah kena, there’s a big probability yang si Armaan pun akan kena. 
Kalau kena, kesian laa kat Baby tu sebab his Aqiqah is scheduled on the 8th of April nanti.

Tapi…Kalau dah nak kena, what can we do kan? Kuasa Allah. -> Ni untuk comfortkan hati kita berdua just in case kalau Armaan kena chicken pox. J

Second incident pulak – our tukang jahit salah jahit our telekung’s border. The conversation was like this:

Erina: Kak, telekung ni dah salah border.
Tukang Jahit : Itulah. Tapi ni bukan salah akak. Kalau Erina nak betulkan, mahal ni.

Eh eh. Macam mana pulak ni? Dia yang salah pastu dia siap kata kalau nak repair mahal. Confuse pulak we all.

Hari ni we both banyak spend time dalam kereta sebab we all pi beli laptop baru, pi Jakel, pi kedai jahit, pi jumpa tukang jahit, pi makan and finally balik rumah.

So beginilah nasib we all untuk seminggu ni.

I told Erin that I will be able to free up myself for any task. Besides that, I will go to the office and Erin will take care of Luqman at home.


Adios! Till we meet again.

Kisah Sifu busines yang membuatkan pelajar rasa takut

I nak share one terminology that I have in mind. Dulu masa skolah, ingat lagi tak cerita si arnab dan kura-kura?

Ok if tak tahu, let me brief a bit.

 ‘ Si Arnab ajak si Kura-Kura race. So, lepas je wisel permulaan, Arnab pun pecut selaju yang mungkin. Si Kura-Kura relax je. Jalan macam biasa. Dah 10 minit berlumba, Arnab rasa confident yang dia confirm menang. So apa dia buat? Dia lepak kat bawah pokok. Kononnya nak tunggu si Kura-Kura dulu. Bagi adil sikit. Tunggu punya tunggu, si Kura-Kura tak sampai lagi.

Si Arnab menguap and tau-tau dah tertido. Bangun je dari tidor, dia terus pecut ke garisan penamat. Time tu dia perasan yang kura-kura dah ada kat garisan penamat.

Nak akhiri cerita, si Kura-Kura menang kerana kesombongan dan kecuaian si Arnab.’

So for today, I just realised one thing whereby there’s a lot of young entrepreneurs especially Malays in Malaysia yang suka berbusiness. It’s really good if we compare with what happened in the 80’s and 90’s.

The not good part is some of the Malays are being taught by the not credited teachers or known as sifus.

For the current trend, the sifu’s that we have will be conducting seminars on how to be rich and to do business. In their program, they will include a testimonial session known as ‘hot seat’ or ‘kerusi panas’, This hot seat is for their students who have made it after attending their classes.

Contohnya:

1.       Dulu sebelum saya masuk program Dr Ali (bukan nama sebenar), sales saya cuma   RM 10,000. Lepas 3 bulan masuk, saya sekarang dah cecah RM 100,000. Syukur Alhamdulillah.
2.      Dulu saya tak yakin saya boleh buat business, terima kasih sifu Jamil. Dalam sebulan je sales saya cecah RM 50,000. WOW.

I am not here to say that this doesn’t work but let’s talk about reality.

5000 orang attend seminar, probability yang berjaya is around 50 people.From this 50 people, 5 will be very powerful. Reason why the 5 is super successful pun most probably because they are already good in business. Just a little bit of support from the sifu’s , they managed to increase their revenues.

So, bagi those yang attend the seminar and sales ala-ala je, mesti akan rasa malu nak share result betul tak? Mesti diaorg akan rasa yang diaorng ni bengap and thus kena keep on spending to attend seminars. Last-last yang kaya is the sifu’s.

Bagi I, in business ni kita kena belajar the foundation and basics of doing business. Not kejar sale juta-juta macam diajar oleh sifu-sifu Melayu ni.

Kalau kat overseas, trend buat business bukan untuk buat juta-juta dalam 2-3 bulan. Apa yang penting adalah:

1.       Kepuasan dalam berbusiness
2.      Lebih ramai manusia dapat manfaat
3.      Siapa nak invest dalam business
4.      Exit plan
5.      IPO

Bezakan?

So think hard and think serious.


Business is real. It’s not just about making money temporarily.

Topik perbincangan masa breakfast

Hari ni lepas hantar Luqman to his day care, Erin raised a topic on ‘work-life balance’.

Erin: Dulu before I quit Sapura, I was hoping to have a better work-life balance.   `Boleh spend more time with kids, pergi kelas agama, cook, clean up and macam-macam.

Anas: Bukan tak boleh nak ada ‘work-life balance’ the problem is for a start-up, there should be sacrifices. Seriously.Maybe in 1-2 years time boleh dapat that ‘work-life balance’.

If we ask around all the young successful entrepreneurs be it in Malaysia or anywhere in general, ‘work-life balance just don’t exist. There will always be more of a work. But the difference when doing your own thing is your stress is elevated through the progression of your company.

Erin: Nasib baik I just book ticket to London this coming June. Kalau tak, maybe you akan tunggu another 3 years. Reason is kena save duit. LOL.

You see, that is what our conversation was. Can be quite dramatic at times but I do enjoy arguing for the sake of warming up the brain before work starts at 9.30 am daily.


Adios.

About Me: This is a short write up for my MBA application in 2012

With the rising numbers of young inspiring employees becoming the Chief Executives Officers (“CEO”) at various government link and private companies, I am therefore more than determined to be one of those young excellent CEO’s in these coming years. 

At the age of 29, I plan to enroll myself into the Master’s of Business Administration (“MBA”) course in Universiti Teknologi Mara (“UiTM”) and I see myself holding a respectable position in various companies by the age of 33 and above.

By having a clear goal in my head, I believe MBA is one of the things which is needed for me to accomplish my career goal.

I graduated in Bachelor of Business Management (Transport) from UiTM in 2006. I completed my tertiary education at a Methodist school in Klang. My parents asked me to further my studies on MBA after my degree program but I insisted to work. Reason for opting career is because I need to have the industry knowledge and I myself wants to study instead of being pushed by someone else. Up to now, I have been working for more than 6 years since the day I left UiTM.

I started my career by joining Maersk Logistics (M) Sdn Bhd. They are a well-known Multinational Company focusing in the shipping and logistics industry. I stayed there for 2 years before I joined Sapura Crest Petroleum Bhd (“Sapura”) which is known as Sapura Kencana Petroleum Berhad due to the new joint venture between Sapura and Kencana Petroleum Bhd.  

Their company is listed in Kuala Lumpur Stock Exchange (“KLSE”) main board.  Having work there for 4 years, it has opened up my mind of becoming the CEO one day. A dream is nothing without dedication and perseverance and thus it has ignited a burning desire for me to study and improve my skills.

Based on my research, I found that most senior managers and board of directors, they need to have a strong background in accounting, finance and have masters certificate. All these are necessities for company’s growth.  

Working at the executive level deals more with internal issues but management level will need to think outside the box as they will deal with clients, markets, public expectations, government and competitors. Having mentioned all this, I strongly see the importance of having MBA. In short, I plan to pursue my masters based on followings: -
  1. For personal gain which is beneficial for career;
  2. Enhance the leadership skills with the in-house training (classes, assignments, group discussions and report writings);
  3. Improve the decision making skills as this is a skill which needs to be learned theoretically and daily at work;
  4. To serve better to the company that I am working for.
It takes a lot of time, dedication, commitment and discipline to complete part time master’s program. This world is a cruel world. Nobody will wait and hold your hands in the corporate world. To survive and to be better, you need to get ready for all the challenges which can sometimes makes your life go haywire.  

Therefore, I am taking this opportunity to prove to myself that I can give my commitment to work and also pursue my MBA at the same time. One of my referees is my Department General Manager. She herself knows that study part time is not easy especially in the industry I am working with. However, she mentioned that the desire to study is good and to complete the program is the reward.

In working environment, there are employees who shines from the early stage of their career and managed to climb the ladder fast and there are employees who take their own sweet time to climb the ladder. If we don’t take the challenge now, it will be hard for employers to notice us.

Lastly, MBA is one of my dreams when I was a little boy as I still remembers reading my dad’s MBA pocket book. So now is my time to have my own MBA certificate which will be something I can be proud of one day.

Seorang pakcik berkongsi tips mudah belajar arab menggunakan formulasi O&G

Uncle Adnan - Sebelah kanan.
Throwback masa pi umrah in 2016

Trip saya ke Umrah bermula dengan penerbangan dari KLIA ke Riyadh dan Riyadh ke Madinah. Ketika di Riyadh, saya ada masa dalam 6 jam sebelum penerbangan sambungan ke Madinah. Ketika menunggu flight sambungan, saya sempat berkenalan dengan satu Uncle dari Malaysia.

Umur uncle ni dalam lingkungan 68 tahun dan dia pernah bekerja di Petronas, Dialog etc. Wife dia masih lagi bekerja dan adalah Chairman to Ekuinas and a few other big GLC's.

Uncle ni boleh tahan jugak peramahnya. Banyak benda dia bualkan tapi saya kurang ambik perhatian kerana otak saya time tu asyik piker pasal wife dan anak yang berada di Malaysia. Besides that, saya memang nak focus lebih kepada umrah justeru perbualan tentang keduniaan tidak berapa mendapat minat saya.

Masa di Airport Riyadh sementara tunggu nak ke Madinah, saya dan uncle solat Maghrib dan Isya.

Lepas solat, saya kata kat uncle yang saya nak rehat kat surau je. So dia pun tinggalkan saya sorang-sorang.Masa nak naik flight ke Madinah, sekali lagi dia nak borak but this time, topik dah bertukar 180 degrees!

Cuba teka apa pulak topik yang dibincangkan?

1. Bagaimana untuk fahami Bahasa Arab dalam beberapa jam
2. Bagaimana untuk hafal Quran

Selain tu, Uncle juga menyuruh saya menggunakan ilmu ‘Oil & gas’ untuk menghafal Quran.

1. Project scheduling
2. Parameters
3. Progress report
4. Familiarize with the 114 surah name
5. Buat breakdown surah. So contoh juz amma ada dalam 30 surah, kita kena buat grouping. (7,5,5,7,7 and 7). Setiap group buat satu leader.
6. Use tahajud as exam. Meaning after hafal surah, baca laa masa tahajud.
7. All those Quls are meant for tadika. Takkan dah adults takda improvement.

Uncle ni tak religious but very technical.

“I am an engineer. Senang je. I use logic to memorize Quran” Uncle.

Kesimpulan dari cerita saya, dibumi Makkah, mintak laa benda yang best. Allah akan bagi. Macam saya, Allah bagi saya someone with experience to teach me something valuable.


Tips menjadi penulis online yang bagus

Ramai yang bertanya macam mana nak jadi writer yang bagus kan? Well, saya sendiri pun kalau boleh nak jadi writer yang bagus. So, apa yang saya buat untuk dapatkan jawapan kepada soalan ni?

1.     Saya tanya kawan-kawan yang ada blog

Jawapan yang diberikan oleh blogger adalah simple – Ko kena istiqomah. Buat je hari-hari sampai bila ko tak menulis, ko akan rasa janggal. Betul jugak kan? Tengok VivyYusof, dia dah blog sejak 10 tahun sudah. Tu pasal dia boleh meletop sekarang nie. So, apa lagi? Isqiqomah and consistency is the key.

2.     Saya tanya pemilik online portal

Syukur sebab saya ada kawan yang mempunyai online portal femes iaitu siraplimau.com. Tips yang beliau berikan adalah belajar untuk menulis header yang bagus, catchy, negative dan sebagainya. Dia suruh saya belajar dari ohbulan dan vocket. Apa yang saya buat? Saya buat excel file dan sediakan keywords berdasarkan info dari google. Dari situ, saya perahkan otak saya untuk mendapatkan headline yang menggila.  Headline adalah asas penting yang akan menyebabkan pembaca sangkut dengan penulisan kita. Jika kita ambil sambal lewa saja, berkemungkinan kita akan kerugian dari segi pembaca.

3.     Belajar from the #MrKnowsEverything iaitu #MrGoogle

Mr Google adalah tempat terbaik untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam kepala otak. Taip je sesuatu contohnya “macam mana nak jadi penulis” atau “how to write”, macam-macam laa info yang akan keluar.

 So, like a lot of advice yang saya terima, writing takes time. We all need practice, patience and commitment. Takleh acah-acah taik ayam. Macam saya yang sememangnya online entrepreneur, saya kena commit to writing. Why? Reason is to improve the traffic and also to improve visibility.

Anda tau tak salah satu cara untuk generate a lot of traffic ke dalam website adalah dengan mempunya a good blog linked to the website? Haaa…Kalau tak tau, pi study. Kalau dah tahu, perhaps you can share your experience on this matter.

Till we meet again.


Tips No. 1 Untuk Berjaya: Buang Sifat Malas Terlebih Dahulu

Dalam dua minggu yang lalu, saya dan isteri mendapat idea yang bertalu-talu untuk business kami dan bila dikira balik, keuntungannya boleh mencecah jutaan ringgit. Kami sampai terduduk dan kepenatan bila waktu malam sebab terlampau asyik dengan idea yang meletop-letop.

“ Ya Allah. Baru I tau perasaan macam mana jutawan-jutawan selalu rasa. Ini baru Allah bagi rasa dari sudut idea. Jika ditakdirka berjaya idea kita, banyak perbezaan yang akan berlaku nanti.” Bilang saya kepada isteri saya.

Lepas cuti Tahun Baru Cina, momentum kami agak turun sikit dan saya pun buat analisa saya sendiri. Apa yang saya dapati adalah:

Untuk kita berjaya, kita sebenarnya perlukan beberapa perkara penting iaitu idea, usaha yang berterusan dan juga nasib atau dalam Islam, rezeki Allah.

Bila kita buat survey ringkas orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya, apa yang membezakan mereka adalah tindakan yang berterusan. Tanpa tindakan yang berterusan, impian hanya tinggal impian. Cita-cita hanyalah impian. Ini dah ibarat seperti Mat Jenin. Kerja nak berangan jer tapi hasil takda.
Kalaulah Rasullullah s.a.w. Cuma hidup berangan, sudah pasti Islam tidak akan kekal sehingga 1400 tahun.

Jika Usain Bolt adalah seorang yang berangan juga, sudah pasti beliau tidak akan menang 3 Olympic yang berbeza.
Lagi satu, orang yang berjaya kebanyakkan suka bangun pagi dan mereka bangun tersangat pagi iaitu pada pukul 5 pagi. Inilah waktu yang dikatakan bumi sedang mendengar rintihan makhluk yang ingin berjaya. Ya ker? Dalam Islam pun ada mengatakan tentang ni dan banyak orang Barat yang suka bangun awal untuk beryoga, bermeditasi, dan juga untuk rancang kehidupan seharian mereka.

Sekarang ni masalah saya yang utama adalah waktu bangun kerana saya kerap bangun pukul 6 lebih yang lebih menjurus kepada pukul 7 pagi. Saya rasa macam tak best sebab 2 jam saya dah terlewat dari kehidupan orang yang berjaya.

Selagi saya tak boleh bangun tepat pukul 5 pagi dan melakukannya secara istiqomah, saya tau saya masih jauh dari sumber kejayaan.

Semoga dengan entry saya kali ini akan membantu saya dan pembaca agar sama-sama kita buat muhasabah diri jika kita ingin tergolong dalam golongan orang yang ingin berjaya dunia akhirat.

Berada dalam ‘circle of friends yang positif’ boleh membawa kita kepada kejayaan seperti Mark Zukenberg

Dulu masa kecik, Mak saya selalu pesan kalau nak pilih kawan, pilihlah yang boleh membatu dari segi pelajaran. Dia kata, kalau kita kawan dengan orang yang malas, kita sendiri akan jadi malas. Kalau kita berkawan dengan orang yang pandai, secara tak langsung kita pun akan jadi pandai walaupun kita ni taklah pandai mana kan?

Tapi, sayang seribu sayang kerana saya tak berapa nak dengar sangat cakap Mak. Degil ya amat!

Bila saya renung kembali kehidupan saya, saya sebenarnya amat memilih kawan kerana saya percaya kawan adalah cermin kepada diri kita. So, siapa yang sedang kita damping akan menyebabkan orang lain teruja atau terasa jelek dengan kita.Saya  sekarang ni berumur 34 tahun and bermakna saya dah hidup selama 34 tahun. Alhamdulillah. Lama laa jugak kan walaupun tak selama orang yang dah hidup 50 tahun ke atas.Dalam 34 tahun saya hidup, dah bermacam-macam orang yang saya berkawan dan kebiasaannya saya akan berkawan berdasarkan apa aktiviti saya ketika tu.

Contoh:
Ketika umur 9-12 tahun   – saya lebih banyak berkawan dengan orang yang suka kepada game tv dan juga berbasikal

Ketika umur 13-15 tahun – kawan saya ketika ni lebih kepada yang suka sukan tae kwon do, tuition, minat music dan minat main bola

Ketika umur 16-17 tahun – kawan saya lebih kepada yang suka bermain skate, suka music hip hop, melepak kat KLCC dan area Bukit Bintang

Ketika umur 18- 23 tahun – kawan saya lebih kepada UiTM dan juga kawan sekolah yang saya selalu berjumpa di Uptown Damasara

Ketika umur 24- 26 tahun – Kawan saya lebih kepada kawan sekerja, ketika ni saya bekerja di syarikat MNC iaitu Maersk Logistics Sdn Bhd dan kawan-kawan saya lebih kepada bangsa Cina dan India ketika ini. Di samping tu, kawan saya terdiri dari rakan Gym Fitness First.

Ketika umur 27-29 tahun -  Kawan saya lebih cenderung kepada kawan sekerja  di mana ketika itu saya bekerja di Sapura Petroleum Bhd, kawan fitness dan kawan yang minat bola. Ketika ini saya ada buat business photography jugak.

Ketika umur 30 – 34 tahun – Kawan saya ketika ini lebih stabil kerana saya sudah berkahwin pada umur 29 tahun. Ketika ini saya melanjutkan pelajaran Masters di UiTM dan masa hujung minggu adalah bersama rakan belajar dan ketika hari biasa, saya akan bersama rakan sekerja dan keluarga.

So kalau kita tengok fasa saya berkawan, saya sudah bercampur dengan macam-macam jenis kawan dan separuh dari masa saya hidup saya dan habiskan untuk melepak dan bersuka ria. Ketika ni, kawan saya lebih menjurus kepada usahawan-usahawan, yang minat agama dan juga golongan yang baru menjadi ‘parents’.

Kemungkinan besar dalam fasa yang seterusnya, kawan saya mungkin berubah kepada kawan-kawan yang suka travel, suka charity, suka investment dan suka berdakwah.

Apa yang boleh saya kongsi di sini ialah, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu dan membina kita dan bukan yang boleh menjahanamkan kita.

Kalaulah masa muda saya berdamping dengan banyak kawan positif, ada kemungkinan ketika ini saya seangkatan dengan Mark Zukenberg.  Paling tak pun dapatlah tempias dia kan? 


Kehidupan Saya Berubah Dengan Kehadiran Anak

When I was in my 20's, I don't have the opportunities to hang with kids or babies and thus I had this dilema during my first child.

" Macam mana I nak jaga our baby if I myself tak pernah jaga satu?" 

That was what I told my wife 4 years ago when we had Aisya.

Panic and selalu rasa insecure especially bila balik kerja. Bila balik kerja, I can see my baby is closer to my wife family and it hurts me so much looking at the situation whereby my kid tak berapa suka kat I.

Fast forward, now I have two kids and my experience in handling kids has evolved from zero knowledge to a level where I can give advises to young parents. The best part, bila  Sekarang ni siap other kids bila jumpa I, they all will panjat me and love me as if I am a kid magnet. 

So how does that happen?

What do I do that kids love me now?

Well, I think because of my sincerity in liking kids that has made me more attractive towards kids. Kot? 

Anyways, do have a look at the pic below and see how chaos my life is.

Chaos but it is interesting!

Kalau Nak Berjaya, Bagilah Pasangan Berjaya Juga

Baru-baru ni saya bagi peluang kat Erina supaya attend seminar perniagaan selama 3 hari dan inilah yang diupdate oleh Erina di facebook peribadi beliau.

Grateful.
For a husband who encourages me to grow.
When he heard about this leadership summit that I attended the past 3 days, without hesitation he said, "Okay you go, let me take care of the kids!"
Alhamdulillah, he took care of them well. Very well indeed. With home cooked lunch and smooth bottle feeding and driving with the two of them.
He told me today, "I've been meeting a lot of like-minded people, attend classes, events and conferences and networking meetups while you took care of the two kids these past 5 months. I cannot leave you behind. You need the exposure too, you need to keep on upgrading yourself,"
You know how as moms, sometimes you have that guilt feeling for leaving your kids behind to do something for yourself? Its not a good thing I know but we sometimes can't help it.
If he hesitated even a little bit, I'm pretty sure I'll make an excuse for not going - because of that guilt feeling.
This is teamwork I guess. For the business, for the family.
----

Sebenarnya, saya agak terharu jugak bila wife saya tulis macam ni kat facebook dia. Ialah, kami berdua bukan jenis romantic yang suka pegang tangan dan juga berkata-kata. Kami adalah dari jenis yang sangat praktikal dan straight forward.

Apa yang saya belajar selama saya berkahwin ialah kita semua bertanggungjawab dalam ‘development of our partner’. Meaning – kita kena membantu untuk perkembangan minda, social dan juga keagamaan pasangan kita.

Janganlah kita je yang dok asyik nak semua benda. Mana aci wei. Bagi chance. Saya percaya isteri saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi dari saya lagi-lagi sejak kami berdua berbusiness full time.

Apa-apahal, jangan lupa sekali sekala berikan kata-kata sakti kepada pasangan kita kerana mereka adalah bunga yang sentiasa perlukan air dan baja untuk sentiasa kelihatan segar.

Senyuman kami yang sentiasa seperti ini  (www.Zaahara.com)

Kisah Movie 'Ada Apa Dengan Cinta 2' Dengan Kehidupanku

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! 

Me and Mrs are excited as we managed to bought the Ada Apa Dengan Cinta 2 (#AADC2) ticket at MBO Subang Jaya yesterday. 

Well, apa yang menarik sangat pasal movie nie?

Honestly, for me, bukan cerita ni yang menarik tapi kisah disebalik movie ni yang menarik.

Masa #AADC yang pertama dulu, I was 22 years old and during that time, I was single mingle sebab baru je lepas break up dengan my so-called cinta agung. Gilakan? Umur baru 22 dah ada cinta agung. Puihh!

Masa time tu, I rasa macam I dah nak jadi gila. Macam nak bunuh diri bagai. Macam-macam benda negative bermain dalam kepala otak I time tu.

“Anas, if you love someone so bad, u kena biar dia pergi. Cinta ni ibarat burung yang terbang. Kalau dia sayang kepada tuannya, dia akan kembali. Kalau tak, anggaplah ini pengorbanan u terhadap cinta agung u.” Melissa bukan nama sebenar.

Gila. Senang je minah ni cakap macam tu. Yang gila bukan dia tapi I.

Dari umur I 22 hinggalah ke 27, I bertukar ganti gf sampai at one time, I have a few gf. Boleh tahan jugak I time tu. Bukan nak bangga tapi itulah hakikat sebenar.

Yang sedihnya, I masih lagi terfikir pasal cinta agung I. Gila. Memang gila.

Masa I umur 27, ada satu minah baru (freshie) masuk kat office I. Mula-mula I tak ambik port sangat sebab I time tu ada gf and skandals. Tapi, ada satu ketika masa I tengah attend office dinner, ada satu mamat office datang kat I and cakap :

“Beb, ko kenal tak Erin? Dia satu floor ngan ko. Dia tu baik tau. Pandai. Ko patut kenal dia.” Malik Dinnar.

Dalam hati I terasa pelik. Mamat ni perli ke apa?

Ok takpa. Disebabkan mamat ni dah bagi headstart, I pun apa lagi. Player mestilah bertindak kan?

I pun tanpa segan silu mulakan langkah untuk berkenalan dengan minah freshie nie.

I start dengan tangkap gambar dulu. Time tu ada event kat office kitaorang and I bawak camera. I cakap ngan dia jom tangkap gambar for fun. Dia ok je. Takda masalah.

Sebulan kemudian , 10/10/10, Sunday, I was bored on my bed. I messaged dia kat FB. The conversation was like this:

I: “wah, banyaknya kawan u dalam FB. More than 1000. U ni celebrity ke apa?”

Erin: “LOL. I memang banyak kawan la.”

I: “ Can I have your BBM pin code?”

Erina : “yes sure. Ashjay26123”

Haaa..bermula dari saat tu, I pun start insert jarum. Sikit demi sedikit. Dari sikit sampai la ke tahap message yang meggila.

Reason I tak mintak phone number is because I tak nak gelojoh. I nak chill and relax je this time around.

Erin has a boyfriend time tu and she has been dating for 4 years. I told her yang dia kena breakup sebab both of them tak sesuai. Selamber tak?

Haha…Bila I pikir balik, I sedar yg I memang gila and very straightforward.

One fine day, my cinta agung called me. Gila laa..tengah I dok syok flirting dengan Erin, she called me. Berdebar-debar gak time tu.

“Anas, can we meet up?” Miss J.

“Yes sure. U called me nak bagi kad kahwin ke?” I.

“Panjang citer. Nanti I citer kat U.” Miss J.

Gila. Serious gila. Bayangkan cinta agung message nak jumpa wei.

I told Erin about this. Dia kata jumpa jelaa…Time tu I and Erin belum couple lagi. Still friends. Belum sampai friends with benefits pun. (ops).

So masa perjumpaan I dengan cinta agung I, she told me she broke up dengan fiancé dia sebab her fiancé cheated on her.

I kaget. What should I do and how should I respond?
Well, we lepak and chat for 2 hours kat kedai makan over the lunch. I terasa macam drama melayu pulak.

After the meeting, she asked me to drive her home. I kata ok lah. No problem.

“Whatever happened to me, we can’t be together Anas. My mom doesn’t approve our relationship because of what you did to me. Same goes to my families.” Miss J.

“Oh really? Too bad for me then.” I.

To be honest, I am so thankful for this meeting. My feelings towards Miss J hilang. Hilang serta merta. This is what I call closure in the relationship.

Alhamdulillah. Tak sangka I dapat that closure.

Anyways, move forward. I finally managed to tackle Erin and we are now married.

Been married for the past 4 years and I am so happy and blessed to have a wonderful wife and a wonderful mother to my kid!

Guys, I am sharing this sebab I nak u all tau yang cinta agung only exist between a Creator and the creation. Faham tak?

Jangan buang masa nak bercinta dengan manusia lagi-lagi yang bukan muhrim.

Ok, now please watch #AADC2 and share with me what you guys feel about this movie.

Arios



Life is a holiday

One of the bestest thing to do as a full time business owner is the time that I have with my kid. Just imagine I can play and swim at whatever time I can?

Well, it has been quite a number of times in which I asked Mrs. and Aisya to swim together.

Macam holiday kan?

Mrs and Aisya enjoying their pool time

Kisah Dongeng Lembu and Kambing Belakang Rumah

Kambing dan lembu

Kalau korang nak tau, Aisya suka sangat baca buku malam-malam. Before this, Erin yang akan bacakan buku untuk dia but now saya yang kena bacakan untuk dia sebab Erin nak saya spend more time with Aisya.

Mula-mula saya ada perasaan boring and mengantuk lepas beberapa minit baca buku tapi kalau sekarang ni, saya dah mula look forward that reading time.

Antara buku yang kitaorang selalu baca as of now ialah "Ilyas and the Duck".

Ilyas & Duck


Buku ni berkisarkan seorang budak lelaki yang bernama Ilyas dan Duck kepunyaannya. Mereka sama-sama mencari Allah.

So since buku ni dah 5 kali saya baca sampai khatam, saya dah reka satu cerita baru iaitu "kambing dan lembu". Setiap hari cerita 'kambing dan lembu' pasti bertukar and it seems that Aisya likes it too.

Tak sangka Ayah si Aisya is a storyteller kan?

Ok, nanti I akan share dengan u all cerita 'kambing dan lembu bila ada masa lain.

Penulisan kena ada roh

Saya belajar menulis dan minat menulis sejak dari bangku sekolah lagi sebenarnya.

Ada satu sahabat saya berkata kalau kita nak dapat banyak sambutan, tulisan kita kena ada roh.

Wow.

Ada roh?

Saya tak pernah dengar pasal tulisan kena ada roh.

Apa yang saya amalkan ialah, nak tulis, kita kena tulis berdasarkan emosi kita.

Bila kita gunakan emosi bercampur dengan akal kita, kita akan dapat hasilkan satu cerita sama ada fakta ataupun auta.

Sekarang ni banyak sangat mazhab yang tengah memperkatakan pasal 'copywriting' dan ada yang berkata kepada saya yang saya sepatutnya charge orang sebab saya ada talent.

Saya diam.

Bukan semua benda kena buat business dalam hati saya.

Tapi, di masa depan, tengoklah kan...