Setiap pertemuan adalah ketentuan dari Allah

06:46 anas 0 Comments

Safiey Ilias- Jutawan Muda 19 Tahun
Setiap kali kita bertemu seseorang, ianya adalah disebabkan Allah sudah tentukan. Sama ada kita ambil manfaat atau tidak, itu belakang kira.
Satu bulan sebelum saya berangkat ke umrah iaitu sekitar bulan January 2016, ada satu ‘public figure’ yang sangat famous ‘friend request’ saya di facebook. Saya pernah dengar nama dia tahun lepas sebab kawan saya kata ‘public figure’ ini adalah seorang lelaki lembut yang sudah pun menjadi jutawan ketika umur beliau 19 tahun. Masa tu saya tak ambik ‘port’ sangat sebab saya tak minat cerita pasal lelaki lembut yang jutawan ni.
Since ‘public figure’ ni dah ‘friend request’ saya, saya pun ambik initiatif untuk baca status-status dia dan saya dapati status dia sangat power especially dalam bahagian business dan juga motivasi. Bagus sangat walaupun umur dia cuma 22 tahun. Dua tiga hari juga saya baca. Nak dibandingkan dia dengan saya, saya rasa ibarat langit dan bumi. Dia dah berjaya pada umur muda dan saya pula baru nak melangkah ke arah perniagaan secara full time ketika itu.
Setelah membuat kajian tersendiri, saya mengambil keputusan untuk ‘approve’ dia dengan harapan dapat belajar dan mengenali beliau dengan lebih dekat. Tanpa buang masa, saya ‘private message’ beliau di Facebook dan dia Alhamdulillah, dia jawab. Rezeki saya kot. Saya mintak no. phone beliau dan sekali lagi permintaan saya ditunaikan.
Mulai dari saat itu, saya ada contact dia melalui whatsapp dan saya dapati dia seorang yang sebenarnya sangat baik walaupun mulut dia agak ‘laser’ di Facebook.
Melalui pengamatan saya, dia selalu buat amal jariah dan selalu mengajak orang untuk ‘join’ dia buat amal jariah terutamanya di hari Jumaat.
“Dia ni lelaki lembut, tapi baik. Siap buat amal jariah sana sini” bisikku dalam hati. “Mungkin satu hari nanti dia akan jadi laki balik. InsyaAllah” sambungku.
Pada 5hb February 2016 yang lalu, saya telah ke Umrah di mana destinasi pertam saya ialah di Madinah terlebih dahulu. Banyak sahabat-sahabat saya yang kirimkan doa di Facebook kerana saya pesan yang saya sudi mendoakan sahabat-sahabat saya ketika saya berada di umrah. Ada guru saya yang menasihati saya agar mendoakan lebih ramai orang sekiranya kita mahu doa kita didengari Allah.
Ada satu ketika selepas Dzuhur di Masjid Nabawi, saya teringat kepada si lelaki lembut ini.
“Alangkah bagusnya kalua si lelaki lembut ni jadi laki kan? Mesti ramai lelaki-lelaki lembut di luar sana yang akan insaf dan mungkin lebih ramai peminat-peminat tegar lelaki lembut ini akan menjadi dai’e disebabkan pengaruh dan hijrah beliau.” Bisikku dalam hati.
Tanpa buang masa, saya ‘whatsapp’ si lelaki lembut ini dan saya cakap kat dia yang saya teringat kat dia. Dia kirim satu doa ‘simple’ dekat saya.
“Doakan saya jadi laki.”
Gulp! Saya terharu dan ‘happy’ yang amat sangat bila saya dengar permintaan ini. So nak dipendekkan cerita, mulai saat itu, saya tak henti-henti sebut nama beliau dalam doa saya.
Itu baru bahagian pertama dari cerita saya. Bahagian kedua pula lebih menarik.
Salah seorang dari sahabat saya yang kirim doa pula berbunyi seperti ini:
“Saya cuma nak Allah.”
Ya Allah. Doa sahabat saya ini say abaca dan sampaikan ketika saya berada di dalam Hijir Ismail dan saya masih ingat yang saya menangis ketika itu. Begitu ramai sahabat saya yang kirimkan doa dan kebanyakkan doa adalah doa yang biasa kita dengar. Tapi kali ini, saya ada dua doa yang sangat mahal iaitu 1) doa nak jadi laki 2) doa nak Allah
Saya lebih banyak doakan si lelaki lembut untuk jadi laki sepanjang saya di umrah kerana saya percaya dia akan menjadi inspirasi dan ‘legend’ di Malaysia dengan penghijrahan beliau.
“Ya Allah. Aku bukan seorang alim dan aku banyak melakukan kesalah kat Engkau. Tapi, aku mewakili si lelaki lembut ini di depan Engkau Ya Allah. Beliau kirim doa agar beliau jadi laki.
Engkau lebih mengetahui dari aku mengetahui beliau. Sekiranya penghijrahan beliau akan mengubah beratus ribu ataupun jutaan orang lain, Engkau kabulkanlah doa hambamu yang jahil ini.
Engkau buktikanlah kekuasaan Engkau Ya Allah.
Janganlah Engkau hampakan dan malukan aku dengan permintaan si lelaki lembut ini Ya Allah.
Amin Ya Rab.”
Persoalannya bagaimana saya yang cuma kenal si lelaki lembut ini melalui Facebook dan Whatsapp begitu bersemangat untuk berdoa untuk beliau? (
Bahagian ketiga adalah bahagian cerita yang palik unik. Sama ada kebetulan, asbab ataupun memang dirancang, Allah Maha Mengetahui.
Sekembalinya saya dari umrah, saya masih lagi contact si lelaki lembuttersebut. Beliau masih lagi sama dan secara kasar takda nampak nak berubah sangat. Dalam hati saya berkata “Takpa. Kita dah doa. Biar Allah yang tentukan jalan cerita dia. Lagipun, beribu orang doakan dia termasuklah Mak dan Ayah beliau. Kalau dah takdir dia berubah, berubahlah nanti.”
Pada 5/3/16, ada satu program Doctor Azizan yang bertajuk Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Si lelaki lembut ni sebenarnya dah ‘signed up’ untuk event ni dan tiket yang dia beli berharga RM 3000 ++. 4 hari sebelum hari event, saya ‘whatsapp’ beliau dan tanya sama ada dia akan pergi tak seminar IMKK tu.
Saya tanya apa dia nak buat dengan tiket tu. Dia kata biar burn je la. Nak buat apa lagi. GILA! Saya kata ngan dia jangan nak buat perangai dan buang duit. Saya mintak kebenaran dia supaya saya buat iklan di dalam Facebook saya yang dia akan bagi tiket free kat sapa-sapa yang berminat.
Tanpa buang masa, saya pun tulis di status Facebook seperti berikut:
“ Siapa nak ticket IMKK berharga RM3000, please whatsapp saya terus.”
Ada beberapa orang yang private message saya dan apa yang saya buat ialah saya tanya nama dan kenapa nak pergi. Alasan saya ialah saya nak tiket tu dimenangi oleh orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dan bukan setakat pergi dan buang masa.
Nak dijadikan cerita saya lebih menarik, ada seorang hamba Allah message saya dan dia sebut nama dia. Dialah sahabat facebook saya yang mengirimkan doa “Saya nak Allah” ketika saya di umrah tempoh hari.
Tanpa buang masa, saya cakap dia adalah pemenang. Saya pun bagi tau si lelaki lembut tu details pemenang dan suruh dia hantar email kepada team Richworks (company Doctor Azizan) untuk membuat pertukaran nama. So tutup cerita tiket dan pemenang.
Seminggu kemudian, si lelaki lembut tu ada tanya saya siapa pemenang tiket. Saya pun bagi tahu nama pemenang dan dari situ si lelaki lembut dan juga si pemenang tiket telah menjadi kawan . Daripada tidak kenal, mereka telah saling jatuh cinta dan saling membantu satu sama lain. Si pemenang tiket tu sebenarnya adalah seorang yang boleh dikategorikan dalam kategori daie. Beliau sekarang dah pun menjadi mentor agama kepada si lelaki lembut tersebut.
Pada hari ini iaitu 21/4/16, si lelaki lembut ni keluar di salah satu rancangan TV Al-Hijrah dan dah buat pengakuan secara terang-terangan yang dia dah berubah adalah seorang lelaki. Dia banyak kali sebut nama sahabat saya yang telah membantu beliau dalam proses penghijrahan.
Kesimpulannya, apa yang saya belajar di sini ialah, setiap pertemuan adalah percaturan dari Allah s.w.t. Kadang-kadang, saya terfikir yang saya berkenalan dengan lelaki lembut itu adalah asbab dan penghubung kepada sahabat saya yang akhirnya dapat membantu kehidupan beliau.
Bagi saya, percaturan Allah begitu unik. Cumanya, kita mungkin selalu tidak melihat perkara yang berlaku dengan lebih serious.
Selain dari itu, kita jangan mudah untuk ‘judge’ atau menghukum seseorang kerana apa yang terjadi kadang-kadang bukan atas pilihan sendiri. Ada sebab kenapa sesuatu itu berlaku.

You Might Also Like

0 comments: