You can quit but what is the story to be told later?

This post was actually written in 2014 after me and my wife attended a seminar organized by Puan Ainon of ABS Holding.

-------

Just a few days ago, we attended a seminar conducted by Puan Ainon, the founder of ABS Holding. The topic of the seminar is Tribe Marketing. Tribe marketing is being popularized by Seth Godin. He wrote a book solely to describe on the tribe.

As a Muslim, Puan Ainon mentioned that tribe has started all the way and in Islam, we can relate it to our own beloved Prophet Muhammad. When he received the revelation of Islam, he approached a few and it starts with his own wife, Siti Khadijah. Besides Siti Khadijah, the other three converts are Ali, Abu Bakar and also Zayd. So in total, there are 4 people who supported and believed in him. After them, there are 20 something who converted.

Looking at the above, it shows that the most important person in the tribe is our partner. Bless to those who has partner. Or else, it can be parents, sibling or friends that are trust worthy. No such thing as you can create tribe alone.

After gaining some perspective about tribe, we (Zaahara’s management) came to realize that we have deviated from our initial business and mission. Just to share, we basically knows who are our target market based on what we believe and what we aim for. However, along the way, we decided to expand it to a bigger market and this has actually bring no luck to us. We are still lucky that our business is still surviving. (and still surviving till the moment I am writing this)

Many old people will say that in business, the first time will be the best and the sweetest. Along the way, it will be tougher and tougher. (read other success stories) For us, we have never thought of quitting but we are wondering what’s wrong.

Mr : Something is not right. It has been a few bazaar we attended but there is no success.
Mrs: Yeah. So what should we do now? Should we just quit and enjoy our family time?
Mr : If we are to quit now, there will be no success stories to be shared among our kids. What a waste of effort. Let’s just start all over again!

All over again.

Yeah. That’s the mission. Start all over again. Why bother rushing as business is an activity of buying and selling in which you need to have passion in doing it. We must forgo becoming others as others who are successful have managed to create their tribes and they have put a lot of effort in building it.

Therefore for us, we will be focusing on what should be done and enjoy doing business once again. InsyaAllah, the journey will be more fun after knowing where we should be heading to!
Please pray for us and let’s grow together with us.


Salam.

Buat business taklah sesenang yang disangka

Honestly buat business online or any other business ni tak sesenang yang semua orang rasa. Kita yang bukan berbusiness mesti selalu teruja dengan kejayaan seseorang yang dah BERJAYA dan dari situ mungkin timbul perasaan jika buat business mesti boleh berjaya kan?

Masa tahun 2015, saya dan wife ada pergi attend seminar IMKK yang dikelolakan oleh Dr Azizan Osman. Program tersebut berlangsung selama 3 hari. Pada malam kedua, ada sesi testimonial di mana peserta lepas yang dah berjaya dipanggil duduk di atas pentas. Di sini peserta akan diberi masa selama 10 minit untuk menceritakan pengalaman mereka dari kehidupan biasa-biasa sehinggalah mereka berjaya.

Kerusi yang mereka duduk dinamakan ‘hot seat’. Bayangkan mereka sedang bercakap di hapadan 3000 – 5000 orang. Apakah perasaan mereka ketika itu? Dari kehidupan biasa-biasa dan ada jugak yang berasal dari kehidupan susah ke luar biasa hebat. Ada yang menangis ketika memberi testimoni. 

Ketika itu, adalah jugak perasaan teruja kerana mereka kelihatan begitu jujur dalam penceritaan mereka.

Bagi wife saya, dia sebenarnya tak berapa faham akan situasi golongan yang biasa-biasa ni sebab beliau dibesarkan di Subang Jaya oleh parents yang mantap. Beliau juga dikelilingi oleh sanak-saudara yang mantap dan kawan-kawannya juga kebanyakkannya bekerja di tempat yang bagus.

Lain pulak dengan saya kerana saya datang dari Klang dan kebanyakkan kawan saya adalah terdiri dari golongan yang biasa-biasa dan ada jugak yang susah.

“ Perlu ke semua orang bermula dengan susah? Kena nangis-nangis?” Bentak isteri saya.

Ok, itu dulu masa 2015.

Masa akhir tahun 2016, kami pernah duduk di tepi katil sambal hamper menangis kerana memikirkan pasal business kami yang ketika itu sedang menghadap cabaran. Tiada sales disebabkan tiada Telekung untuk dijual. Jika tiada sales, cabaran kami yang seterusnya adalah duit company yang akan berkurangan kerana kami mempunya overhead setiap bulan.

Dikala itu saya bercakap ngan isteri saya,

“Well, Allah nak ajar kita. Mungkin inilah cerita kita nanti. Kita pun pernah jugak menangis.”

So disini ingin saya berkongsi bahawa business itu bukan mudah seperti yang kita sangkakan.

Kejayaan company besar seperti Facebook, Google dan macam-macam lagi pasti ada sejarah mereka yang mungkin kita tak ketahui.

Selain tu, kalau kat Malaysia ni pun macam-macam cerita kita boleh gali jika kita bertanya kepada usahawan sama ada yang berada di sector korporat, online, atau pun yang offline.

Kepada sesiapa yang sedang buat business kat luar sana, always keep in mind that you are better than those who just wait for the moment. Honestly, the moment takkan tiba kalau kita duk atas kerusi saja.

Doakan kami ya agar kami boleh teruskan perjalanan business kami ke arah yang membanggakan.

Amin.

Pengalam ketika berada di Masjid Nabawi


Masjid Nabawi

Posting ni adalah throwback masa I pergi Umrah tahun lepas.

Dalam kehidupan kita, kita boleh pilih untuk terus hidup dalam 'zone selesa' atau keluar dari 'zone selesa' untuk sesuatu yang luar biasa.

Izinkan saya share mengenai pengalaman solat saya di Masjid Nabawi.

Ketika solat Suboh dan Dzuhur, saya sembahyang di tempat yang sangat selesa. Tempat yang saya gelarkan khas untuk orang-orang yang suka berada dalam keadaan selesa. Tempat yang saya maksudkan adalah tempat diruangan tambahan iaitu jauh dari Raudhah atau bahagian asal masjid. Kawasan ini lebih dekat dengan hotel. Di sini tempatnya sangat selesa kerana orang tidak akan berebut. Orang lebih suka berebut jika mereka berada di Raudhah atau pun di Makam Nabi.

Ketika waktu Asar pula, saya biasanya akan berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan 'Raudahah', iaitu tempat yang jauh ke hadapan. Di ruang ini, solat masih lagi selesa tetapi tidaklah seselesa ketika di waktu Subuh dan Dzuhur.

Untuk Solat Mahhrib pula, saya pilih untuk solat dalam 'Raudah'. Tempat ni adalah tempat yang paling mustajab doanya so bayangkan betapa ramainya orang nak solat di sini. Saya berjaya juga solat Maghrib di sini tapi dalam keadaan yang sangat tak selesa. Tapi saya puas. At least saya belajar sesuatu.

Apa yang I belajar kat sini ialah:

Kalau kita kehendakkan sesuatu yang luar biasa, sudah pasti akan ada banyak halangan dan ianya juga akan disusahkan lagi dengan cabaran oleh orang lain. Nak tak nak, kena usaha dan berusaha tanpa ada perasaan jemu.

Kesimpulannya, cuba lihat dimana you berada sekarang. Kalau you berada dalam zone selesa, bermakna hidup you kena berubah.

Be it in relationship, career, business, studies etc.

Allah memang suka kita sentiasa upgrade life kita. Setiap hari kena ada perubahan. Perubahan itu pula kena ke arah positif supaya kita akan maju dan maju.

Salam.


Dari Nokia ke Blackberry dan berakhir dengan Iphone


 Malam ni tiba-tiba teringat pasal handphone Nokia and terus teringat nak cerita pasal handphone. 

I masih ingat nama-nama handphone yang I guna sejak tahun 2000 iaitu ketika I form 5. Time tu I pinjam phone Ayah sebab dia ada phone lain. Phone yang I guna ialah Nokia 3210. Legend gila kot phone ni. Sapa-sapa pakai phone ni memang legend. 

Apa yang best pasal handphone ni?

Depa kata kalau baling anjing, anjing boleh mati. Tu je laa kelebihan dia. Takda apa yang menarik cumanya bila ada handphone, boleh laa nak usha awek time tu. haha..



Nokia 3210

Moving forward, handphone kedua I ialah Nokia 8210. Handphone ni best gila sebab dia kecik, ringan and cute sangat. I pakai masa time dah nak dekat ngan SPM. Sempat pakai beberapa bulan sebelum handphone ni rosak. Handphone ni rosak sebab masa last day sekolah, handphone ni kena air. Pergh. Sedih siut. I ingat lagi time I sedih ngan handpone ni.
Nokia 8210


Untuk handphone ke-tiga dan seterusnya, I kurang ingat the punya sequence tapi yang pasti, I pakai handphone Nokia N70, Nokia 8310 dan akhirnya Nokia 6600. 

Handphone Nokia berakhir bila I dah mula masuk umur 26 tahun di mana I mula bekerja kat Sapura.





Nokia N70
Nokia 6600


Nokia 8310


Masa start kerja kat Sapura, I mula teruja dengan Blackberry sebab Blackberry time tahun 2000 'an memang sangat 'in thing.' Sapa ada blackberry boleh dikatakan stylo. Lagi-lagi kalau kerja kat office and pakai pun smart. Pergh. memang menawan. I sendiri pun rasa diri I menawan. Haha...

Blackberry Bold

Blackberry Bold

Finally, bila I dah berkahwin pada tahun 2012, I decided to settle down with Apple. I dah bertukar dua kali iaitu Iphone 5 dari tahun 2012 and now Iphone 6S Plus dari akhir tahun 2016.

Lepas ni tak sure lagi nak pakai handphone apa but for now, Iphone memang the best. Best sebab touch screen dia. 



Iphone 5
Iphone 6s Plus

Pengalaman menarik bersama penjual alatan jahit di Semua House


Semua House


Siang tadi saya ke ‘Semua House’ untuk beli piping telekung. Kami order di salah sebuah kedai menjahit di sana. 

Erin kata total yang saya perlu bayar untuk piping tadi ialah RM 580. So masa bayar, saya cuma hulurkan RM 600 dan perkara ajaib berlaku. Dia bagi saya RM 80 baki. 

Tauke : “Boss, u punya balang RM 520. Saya juai satu piping RM 6.50. Bukan RM 7.00” 

Saya : “ Thank you boss. Tapi boss, I ada satu soalan. Apa pasai u bagi discount? I tarak mintak pun." 

Tauke : “ Kami sudah 60 tahun berniaga woo. Kami mesti bagi diskaun kalau customer beli banyak. Tarak mintak pun kami mesti kasi woo.” 

Saya : “ Tapi boss, u boleh untung extra maa. I bukan confirm datang lagi.”

Tauke : “U datang atau tak, saya mesti mau kasi. Saya untung sikit sudah laa. Janji u happy. Nanti u mesti ada datang lagi punya. Kalau u tak datang, mesti u ada cerita sama olang lain.” 

Tengoklah macam mana depa berniaga. Sebab tu boleh bertahan sampai ke 60 tahun. Tak sangka perbualan saya dengan tauke cina tadi membuka mata saya untuk berniaga dengan lebih cemerlang lagi. Jika main-main, baik main PS4. Kan? Saya harap you all belajar sesuatu from this posting. Salam.

Pengalaman saya minum Tealive jika dibandingkan dengan Chatime

Tealive

Semalam adalah kali pertama kami berdua (me and my wife) beli air from Tealive. It took us almost 3 weeks baru finally we both decided nak try. Guess what happened after we tried?
Dari semalam hingga ke hari ni, we both dah beli 4 cups and total spent was RM 30. Kat sini I nak share a few things from my own experience.

 The taste is better
Rasa Tealive memang menarik. Lebih manis kalau nak compare dengan Chatime

Brand awareness
Bila sesuatu brand yang dah dikenali ramai tukar kepada jenama baru, aka nada persepsi di mana adakah kualiti dan rasa yang sama. Untuk Tealive, mereka berjaya dengan transition mereka. Saya dah confirm akan beli Tealive bila-bila saya nak bubble tea sebab saya dah merasai sendiri rasa Tealive.

Importance of Employee
Employee memainkan peranan yang sangat penting. Di sini, saya ingin mengatakan pihak Tealive perlu ‘invest’ lebih besar kerana soalan yang sama akan dijawab dengan jawapan yang berbeza.

Contoh soalan:
Adakah rasa Tealive sama seperti Chatime?

Contoh Jawapan #1
Sudah tentu tidak sama malahan lebih sedap.

Contoh Jawapan #2
Sama je macam yang dulu. Takda perubahan pun.

Haa. Nampak kan? Ini hasil tinjauan saya dekat 2 cawangan je. Kalau saya buat tour mungkin lebih banyak jawapan yang akan saya dapat.

Apa-apa hal, tahniah buat team Tealive. You all rock. Memang otai buat business. Tak semua org boleh buat business macam you all. Gila!
Ok guys. Apa lagi. Sapa yang tak pernah cuba Tealive, saya syorkan pegi laa rasa. Sedap. Serious sedap dan berbaloi. Cuma jangan jadikan amalan. Boleh kencing manis woo.

Adios!