Pengalam ketika berada di Masjid Nabawi
Masjid Nabawi |
Posting ni
adalah throwback masa I pergi Umrah tahun lepas.
Dalam
kehidupan kita, kita boleh pilih untuk terus hidup dalam 'zone selesa' atau
keluar dari 'zone selesa' untuk sesuatu yang luar biasa.
Izinkan saya
share mengenai pengalaman solat saya di Masjid Nabawi.
Ketika solat
Suboh dan Dzuhur, saya sembahyang di tempat yang sangat selesa. Tempat yang
saya gelarkan khas untuk orang-orang yang suka berada dalam keadaan selesa.
Tempat yang saya maksudkan adalah tempat diruangan tambahan iaitu jauh dari
Raudhah atau bahagian asal masjid. Kawasan ini lebih dekat dengan hotel. Di
sini tempatnya sangat selesa kerana orang tidak akan berebut. Orang lebih suka
berebut jika mereka berada di Raudhah atau pun di Makam Nabi.
Ketika waktu
Asar pula, saya biasanya akan berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan
'Raudahah', iaitu tempat yang jauh ke hadapan. Di ruang ini, solat masih lagi
selesa tetapi tidaklah seselesa ketika di waktu Subuh dan Dzuhur.
Untuk Solat Mahhrib
pula, saya pilih untuk solat dalam 'Raudah'. Tempat ni adalah tempat yang
paling mustajab doanya so bayangkan betapa ramainya orang nak solat di sini.
Saya berjaya juga solat Maghrib di sini tapi dalam keadaan yang sangat tak
selesa. Tapi saya puas. At least saya belajar sesuatu.
Apa yang I
belajar kat sini ialah:
Kalau kita kehendakkan
sesuatu yang luar biasa, sudah pasti akan ada banyak halangan dan ianya juga
akan disusahkan lagi dengan cabaran oleh orang lain. Nak tak nak, kena usaha
dan berusaha tanpa ada perasaan jemu.
Kesimpulannya,
cuba lihat dimana you berada sekarang. Kalau you berada dalam zone selesa,
bermakna hidup you kena berubah.
Be it in
relationship, career, business, studies etc.
Allah memang
suka kita sentiasa upgrade life kita. Setiap hari kena ada perubahan. Perubahan
itu pula kena ke arah positif supaya kita akan maju dan maju.
Salam.
0 comments: