6 sebab kenapa saya jarang update di facebook

06:02 anas 1 Comments

Blogging lagi best kot

Sahabat saya bertanya kenapa saya sudah jarang mengupdate status di facebook. Oleh kerana bukan sorang malahan sebenarnya dah banyak, saya di sini ingin berkongsi kenapa saya akhirnya memilih untuk berpindah ke medium lain.

1. Facebook hanyalah satu medium 
Sebenarnya, facebook adalah satu platform social yang sepatutnya digunakan untuk berkongsi maklumat peribadi dengan family, rakan-rakan atau yang seangkatan dengannya
Jika seseorang nak berbusiness, gunalah page facebook business.
Jika nak jadi Publib figure, gunalah fanpage.


2. Lebih mudah menjadi ‘glamor’ di facebook 

Untuk menjadi ‘glamor’ di facebook ni senang dan saya dah buktikan selama 2 tahun. Sepanjang saya menjadi ‘tuan Anas’, saya berkesempatan untuk berkenalan dengan ramai jutawan hebat. Tapi hakikatnya, saya hanyalah seorang yang belum ada apa-apa pun. Tetapi, disebabkan saya ‘glamor’ dan nampak berkaliber, maka dengan mudahlah jutawan internet sudi berkawan dengan saya.

3. Berblog adalah penting
Sebagai seorang yang berbusiness di internet secara serious, maka dengan ini wajiblah seseorang peniaga itu untuk ada blog peribadi dan juga blog business. Ini kerana bila kita lebihkan masa di blog, anda akan belajar beberapa perkara penting seperti : coding, programming, analytics, database, SEO, keywords dan macam-macam lagi.

Sebelum ni saya tak pernah ambik ‘pot’ sangat pasal benda-benda yang saya sebut tapi disebabkan saya rajin membaca, akhirnya saya nampak apa yang selama ni saya tak nampak.

4. Untuk jadi hebat, kita kena tahu ciri-ciri hebat
Yes, selama ni saya tak berapa serious mendalami ilmu online dan sebab tu sales krik-krik. So apa saya buat? Saya rajinkan membaca dan di mana saya membaca? Saya banyakkan bertanya dengan Mr Google, pergi melawat ke bookstore dan tempat paling best saya suka ialah Pinterest

Lagi satu, Sifufbads iaitu Sifu Jamal pernah bagitau yang beliau dulu banyak membaca dari internet sehinggalah beliau jadi Sifu.

So sebenarnya, banyak je ilmu kat Google kalau pandai carik. Whether nak ke taknak je.

5. Boring
Yes, sebenarnya saya dah kurangkan masa di facebook kerana saya lebihkan masa berdamping dengan Google ketika ini. Jiwa saya lebih selesa dengan Google kerana secara umumnya, technology dunia dikawal oleh Google. Jadi, untuk menjadi seorang entrepreneur online yang hebat, sudah pasti saya kena faham bagaimana Google berfikir. 
Serious saya nak anda berhijrah dan join saya dalam fasa baru ini.

Facebook bagi saya dah boring sangat dan saya tak suka buat benda yang sama setiap hari.
Ramai sangat yang acah-acah sifu di facebook. Ada yang suka bagi motivasi, cerita kisah lampau, kisah duka, kisah suka, kisah rumah tangga dan macam-macam lagi.

Perkara yang paling saya sedih ialah apabila ramai wanita yang bermake-up dan melawa di facebook. Tidak kisahlah sama ada dah kawin atau tidak. Lagi teruk kalau dah kawin and still boleh ‘upload’ gambar lawa-lawa di facebook. 

Boleh dosa tau. Jangan ambil lewa perkara-perkara macam nie.

6. Personal branding
Pada hakikatnya, personal branding tidak mendatangkan apa-apa perubahan pun terhadap sales company saya. 99% business saya datangnya dari fanpage facebook, Instagram, google dan agent saya. So, jika kita diajar untuk buat personal branding for our business, sebenarnya tidak perlu pun.

Zawara dah buktikan yang brand dan owner tidak memainkan peranan penting.
Anda yang baca mungkin tahu pasak kewujudan The Zaahara Telekung tetapi tidak pernah pun membeli. Anda lebih suka membaca pasal apa yang saya kongsi di facebook secara percuma.

Tetapi, disebabkan saya adalah seorang yang rajin buat ‘case study’ dan ‘analysis’, saya dapat banyak perkara dari apa yang saya buat.
Tidak sedikit pun saya rugi malahan disebabkan kerajinan saya berkongsi selama 2 tahun secara percuma, saya akhirnya mempunyai blog sendiri.


6 perkara di atas adalah sebab mengapa saya sudah jarang update di facebook. 
Lepas ni, saya akan lebih bermain di blog, linkedin dan facebook. 

Facebook akan jadi tempat saya bermain dan untuk saya berkongsi jika perlu.

Terima kasih kepada anda yang telah follow saya selama ini dan teruskan bersama saya kerana saya ingin berkongsi secara lebih padu di blog.

Salam.

You Might Also Like

1 comment: