Pelakon
dalam Shark Tank – Nilai bersih ‘Sharks’ pada tahun 2017?
Sejak
berkecimpung dalam perniagaan, saya dah makin kurang tengok TV sebab tak banyak
sangat masa. Walaupun takda time sangat, lately saya suka tengok show America
iaitu ‘Shark Tank’.
Show ni dah
masuk season ke 8. Apa yang menarik pasal show ni ialah para usahawan sedang
berusaha untuk membuat business pitch kat 5 hakim iaitu Mark Cuban, Robert
Herjavec, Lori Greiner, Kevin O'Leary, Daymond John, dan Barbara Corcoran.
Selain
mereka, ada juga tima yang mana ada juri VIP seperti Aston Kucher atau
sapa-sapa yang ingin invest.
So kat sini
saya nak share sikit sapa juri yang terlibat and berapa nilai they all
Shark Tank #
1: Mark Cuban
|
Mark Cuban |
Seorang
usahawan yang sudah senior dan pemilik Dallas Mavericks.
Syarikat
yang dimiliki termasuk HDNet, MicroSolutions dan Broadcast.com.
Selain itu,
beliau adalah pemilik bersama Rantaian Teater Landmark, Magnolia Pictures dan
Magnolia Home Video.
Mark Cuban
juga menjadi famous bila andaiannya yang tepat iaitu Yahoo akan merudum dan
justeru menjual semua sahamnya. Saham Yahoo jatuh dari USD 163 ke USD 8.11.
Asset beliau
ketika ini adalah dalam lingkungan USD 3.3. billion.
Shark Tank #
2: Robert Herjavec
|
Robert Herjavec |
Keluarga
Robert Herjavec berhijrah dari Croatia denga ada laporan mengatakan bahawa duit
dalam poketnya tidak lebih dari USD 20 ketika itu.
Herjavec
memulakan kerjayanya dalam filem dan pekerjaan pertama beliay adalah di Logiquest sebagai jurujual dimana beliau
menawarkan dirinya untuk bekerja 6 bulan secara percuma.
Selepas
dipecat dari Logiquest pada tahun 1990, beliau menubuhkan syarikat sendiri, Brak System iaitu sebuah
syarikat perisian keselamatan internet dan dijual kepada AT & T dengan
harga $ 30.2 juta.
Nilai asset Shark
Tank ini adalah sekita USD 100 juta.
Shark Tank #
3: Lori Greiner
|
Lori Greiner |
Lori Greiner
atau lebih mesra dikenali sebagai "Ratu QVC," dan beliau adalah
presiden pembangunan produk dan pemasaran.
Beliau telah
melancarkan lebih daripada 400 produk dan memegang 120 paten Amerika Syarikat
dan antarabangsa.
Salah
satu pelaburan Lori Greiner sebagai ahli cast Shark Tank iaitu Scrub Daddy, telah
menjadi salah satu daripada kisah kejayaan terbesar dari persembahan ini kerana
telah mendapat USD 75 juta jualan.
Nilai bersih
Lori Greiner dianggarkan sekitar USD 50 juta.
Shark Tank #
4: Kevin O'Leary
|
Kevin O'Leary |
Kevin
O'Leary terkenal sebagai salah seorang juri yang bersifat kasar. Beliau seorang
yang tegas dan amat sukar diramal karakternya.
Kevin
O'Leary dilaporkan memulakan perniagaan pertamanya dengan pelaburan USD 10,000
dari ibunya. Syarikat pertama Kevin O'Leary ditubuhkan di ruangan bawah tanah
rumah itu selepas ibunya setelah tamat pelajaran di kolej.
O'Leary
menjual syarikat miliknya iaitu ‘The Learning Company’ kepada Syarikat Mattel
pada tahun 1997 untuk USD 3 bilion.
Sehingga
2016, nilai bersih O'Leary adalah USD 300 juta.
Shark Tank #5: Daymond John
|
Daymond John |
Daymond John
adalah pengasas FUBU dan membuat kekayaannya dengan membina empayar fesyen.
Daymond John
dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di New York City. Dia terpaksa bekerja
lebih dari satu pekerjaan untuk menyara hidup. Oleh kerana beliau inginkan
pakaian yang tidak ada ditempat lain, beliau menyuruh ibunya membeli mesin jahit
agar dia dapat menjahit sendiri pakaiannya. Selain itu, beliau juga mula menjual pakaian yang dijahitnya.
Apabila topi
yang beliau jual mula mendapat sambutan yang baik, Daymond John meyakinkan ibunya
untuk menggadaikan rumah ibunya untuk membuat business FUBU
FUBU meletop
dan masyur setelah rakan sebaya Daymond John iaitu LL Cool J memakai pakaian
FUBU.
Hasil
daripada kejayaan FUBU, juri Shark Tank ini bernilai USD 250 juta.
Shark Tank #6: Barbara Corcoran
|
Barbara Corcoran |
Barbara
Corcoran dianggap pakar hartanah di kalangan ‘Shark’ memandangkan dia sudah mula dalam kancah perniagaan sejak tahun
1973. Beliau adalah pengasas Kumpulan Corcoran.
Untuk
meningkatkan jenama syarikat beliau, beliau menerbitkan Laporan Corcoran,
analisis trend data hartanah di New York City pada pertengahan 1970-an.
Nilai bersih
Barbara Corcoran adalah dalam lingkungan USD 80 juta.