Buat business taklah sesenang yang disangka
Honestly buat business online or any other business ni tak sesenang
yang semua orang rasa. Kita yang bukan berbusiness mesti selalu teruja dengan
kejayaan seseorang yang dah BERJAYA dan dari situ mungkin timbul perasaan jika
buat business mesti boleh berjaya kan?
Masa tahun 2015, saya dan wife ada pergi attend seminar IMKK yang
dikelolakan oleh Dr Azizan Osman. Program tersebut berlangsung selama 3 hari.
Pada malam kedua, ada sesi testimonial di mana peserta lepas yang dah berjaya dipanggil
duduk di atas pentas. Di sini peserta akan diberi masa selama 10 minit untuk
menceritakan pengalaman mereka dari kehidupan biasa-biasa sehinggalah mereka berjaya.
Kerusi yang mereka duduk dinamakan ‘hot seat’. Bayangkan mereka
sedang bercakap di hapadan 3000 – 5000 orang. Apakah perasaan mereka ketika
itu? Dari kehidupan biasa-biasa dan ada jugak yang berasal dari kehidupan susah
ke luar biasa hebat. Ada yang menangis ketika memberi testimoni.
Ketika itu, adalah
jugak perasaan teruja kerana mereka kelihatan begitu jujur dalam penceritaan
mereka.
Bagi wife saya, dia sebenarnya tak berapa faham akan situasi
golongan yang biasa-biasa ni sebab beliau dibesarkan di Subang Jaya oleh
parents yang mantap. Beliau juga dikelilingi oleh sanak-saudara yang mantap dan
kawan-kawannya juga kebanyakkannya bekerja di tempat yang bagus.
Lain pulak dengan saya kerana saya datang dari Klang dan
kebanyakkan kawan saya adalah terdiri dari golongan yang biasa-biasa dan ada
jugak yang susah.
“ Perlu ke semua orang bermula dengan susah? Kena nangis-nangis?”
Bentak isteri saya.
Ok, itu dulu masa 2015.
Masa akhir tahun 2016, kami pernah duduk di tepi katil sambal hamper
menangis kerana memikirkan pasal business kami yang ketika itu sedang menghadap
cabaran. Tiada sales disebabkan tiada Telekung untuk dijual. Jika tiada sales,
cabaran kami yang seterusnya adalah duit company yang akan berkurangan kerana
kami mempunya overhead setiap bulan.
Dikala itu saya bercakap ngan isteri saya,
“Well, Allah nak ajar
kita. Mungkin inilah cerita kita nanti. Kita pun pernah jugak menangis.”
So disini ingin saya berkongsi bahawa business itu bukan mudah
seperti yang kita sangkakan.
Kejayaan company besar seperti Facebook, Google dan macam-macam
lagi pasti ada sejarah mereka yang mungkin kita tak ketahui.
Selain tu, kalau kat Malaysia ni pun macam-macam cerita kita boleh
gali jika kita bertanya kepada usahawan sama ada yang berada di sector korporat,
online, atau pun yang offline.
Kepada sesiapa yang sedang buat business kat luar sana, always keep
in mind that you are better than those who just wait for the moment. Honestly,
the moment takkan tiba kalau kita duk atas kerusi saja.
Doakan kami ya agar kami boleh teruskan perjalanan business kami ke
arah yang membanggakan.
Amin.
0 comments: