Review Gatsby Styling Pomade Supreme Grease
Gatsby Styling Pomade Supreme Grease |
,Semalam masa pergi kat Subang Parade, I pergi dekat Guardian
sebab nak carik Gatsby Pomade sebab the day before I nampak billboard besar
diarong dekat highway. Yes, berjaya beli dan harganya pun murah je iaitu RM 19.
Masa nak bayar, siap dapat discount lagi iaitu RM 16.
Apa yang I excited ialah before this I dah bagi tau
kawan-kawan I kenapa seller pomade kat Malaysia ni takda yang nak masukkan
barang depa dekat channel-channel besar seperti AEON, Mydin, Guardian, Watson,
7/11 dan sebagainya.
Jawapan yang my friend bagi ialah kalau nak masuk
channel-channel besar ni, ada a few things kena consider:
Duit kita akan sangkut sebab semuanya under consignment
Kita kena produce quantity yang sangat banyak
Kita kena bayar deposit (security fee)
Tapi, ada je pomade kat Malaysia ni yang dah berjaya. Siap
ada billboard dan masuk newspaper bagai. Bukankah kalau dah level macam tu,
patutnya pengusaha dah boleh pikir untuk masukkan ke dalam channel?
Selain dari tu, I ada jugak bertanya kenapa pomade yang
seller Malaysia jual adalah RM 30 ke atas? Apa bezanya kalau pomade tu dijual
pada harga RM 20?
Masa I berbincang dengan kawan I, I dah kata yang RM 35
sebenarnya mahal kalau nak kena beli setiap bulan. Sepatutnya pomade dijual
pada harga RM 20 ke bawah sebabnya itu adalah barang keperluan yang boleh
dibeli setiap bulan. Jika harganya mahal, mungkin pengguna tidak akan repeat
selaju yang dikehendaki.
Apa-apa hal, tahniah Gatsby sebab anda dah membuatkan lelaki
seperti saya berpeluang untuk miliki pomade pada harga yang berpatutan dan
bukan pada harga merepek yang dijual di pasaran.
Review Pomade:
Gatsby Styling Pomade Supreme Greas |
Malam tadi dan pagi tadi I ada try pomade dari Gatsby. I
boleh bagi 3 bintang dari 5 bintang. Tak berapa bagus sangat sebab I tak nampak
strong hold. Mungkin ini yang membezakan antara pomade murah dan mahal?
Atau I yang tak pandai guna? So I tak sure. Kena try a few
more times baru boleh bagi review lain pulak.
You all can try and get one. At least tak mahal dan bagi I,
bolehlah. At least ada dari takda kan?
0 comments: