Siapakah Anas bin Pawan Chik

04:34 anas 0 Comments


Latar belakang
Nama saya Anas bin Pawan Chik dan saya berumur 32 tahun. Di lahirkan di Klang dan di besarkan di Klang. Ibu saya seorang Pengetua sekolah menengah dan sudah meniggal dunia pada tahun lepas. Ayah saya pula adalah seorang motivator dan pernah bekerja sendiri (own business) ketika saya membesar.
Kepakaran Ayah saya adalah dalam bahagian ‘trading’ atau ‘supply’ dan juga dalam bidang ‘keagamaan’. Saya mempunya dua adik beradik iaitu Asma yang kepakarannya adalah memasak dan adik saya yang bongsu (Amna) sedang belajar di UK dalam jurusan sains actuarial. Kepakaran adik bongsu saya adalah dalam bidang matematik dan sapa-sapa nak belajar matematik bolehlah belajar dengan beliau.
Fasa belajar dan membesar
Saya adalah anak lelaki tunggal keluarga saya dan saya di beri kasih sayang yang sangat cukup dari kecil sampailah dewasa. Alhamdulillah. Mak dan Ayah memang terbaik. Ketika saya umur 13 tahun, saya telah terpilih untuk masuk ke asrama penuh kerana UPSR saya yang cemerlang.
Tapi, malang sebab Ayah dan Mak decide yang saya lebih baik duduk dibesarkan di Klang kerana mereka lebih suka kalau saya duduk bersama keluarga. Mereka yakin bahawa saya akan lebih mesra dengan keluarga sekiranya saya duduk bersama.
‘Decision’ yang Ayah dan Mak buat telah membuatkan saya mula memberontak dan mula merapatkan diri dengan rakan-rakan. Saya mula bertukar dari seorang yang sangat penyayang kepada seorang budak yang lebih ‘adventurous’. Masa saya PMR, sekali lagi saya mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan diterima masuk ke asrama penuh untuk tingkatan 4. Sekali lagi Mak dan Ayah reject. Diaorang kata tak payah dan inilah salah satu ‘decision’ yang mereka buat sama sekali telah merubah kehidupan saya sehingga sekarang.
Kalau masa menengah rendah saya masih terkawal, kali ni sudah tidak terkawal lagi. Anas sudah menjadi satu ‘raksaksa’ yang bukan dari acuan asalnya. SPM saya hancur. Teruk sangat. Cuma 3A je yang saya dapat. Tu pun English, Bahasa Melayu dan Sejarah. Yang lain semua merepek. Mak and Ayah cool je sebab dah takleh buat apa-apa. Rezeki saya agak baik. Walaupun SPM jahanam, saya still dapat masuk UiTM dan course yang saya ambik ialah Diploma in Business Transport di Shah Alam. Ayah and mak sangat baik. Result teruk but still saya dapat kereta. Diaorang kata untuk memudahkan saya belajar. Sem satu, saya tak belajar langsung. Langsung! Dalam 4 bulan belajar, cuma masuk kelas beberapa kali je. Pointer yang saya dapat ialah 1.65. Cukup-cukup makan untuk masuk sem 2. Mak ngan Ayah still cool and tak cakap apa-apa.
“Hidup Anas, pilihan Anas. Ingat, Anas ada dua adik yang sedang melihat Anas. Apa tindakan Anas akan menjadi ikutan adik Anas.” – kata-kata Mak kepada saya. . Saya bertafakur dan bersendirian dalam beberapa hari dalam bilik. Saya nekad. Tukar kawan dan belajar dari kesilapan sendiri. Sem 2, saya telah bertukar. Tiada lagi kawan-kawan, setiap hari pergi kelas dan setiap hari saya akan belajar dalam 1-2 jam. Wajib. Saya masih ingat.
“Eh beb, ko jangan kawan ngan Anas. Jahanam ko nanti.”
Dasyatkan? Itulah kata-kata yang orang akan bercerita dikalangan rakan-rakan kelas. Bagi saya, itu bukan masalah. Masalah dia Cuma diri saya sendiri. Saya yang pilih jalan gelap so saya sendiri yang kena selesaikan masalah tu.
Fast forward, saya berjaya tamatkan diploma saya dengan CGPA 2.9 tanpa extend sem! So, tu dah membuatkan Mak and Ayah happy. Dah lama tak tengok diaorang happy. Tanpa buang masa, saya continue sambung degree Business in Transport di UiTM Shah Alam dan keputusan saya agak ok iaitu 3.45. Sikit lagi nak dapat anugerah tapi saya tak score thesis saya sebab saya telah di offer kerja di sebuah syarikat logistics terbesar dunia ketika masih belajar.
.
Tahun 2012, saya lanjutkan pelajaran saya di bidang Masters in Business Administration (EMBA di UiTM. Dari kecil, memang saya bercita-cita nak ada MBA. Ayah saya sarankan saya belajar kat dalam negara je sebab senang nak 'bernetwork'.
Alhamdululillah, saya berjaya buat networking dengan rakan-rakan hebat seperti brother Saha, Jepon, Tuan Kerol, Din dan Sham. Semua rakan saya kecuali brother Saha adalah penghuni barisan terakhir dalam kelas. Kami dilabel seperti budak nakal yang duduk kat belakang. Haha...Kami labelkan group kami sebagai ' group jahanam'. Apa pun label kami, kami semua dah ada Masters!
Saya syorkan kat korang agar never stop learning. Kalau ada peluang belajar sampai Masters, sambunglah. Feeling dia best. Selain ilmu theory, korang akan dapat ilmu real dari sharing of pengalaman dengan rakan-rakan lain.
Fasa Bekerja
Syarikat pertama saya bekerja adalah Maersk Logistics Sdn Bhd. Saya bekerja selama 2 tahun dan lepas tu saya mendapat offer untuk bekerja di Sapura Crest Petroleum Bhd (SapuraKencana Petroleum Bhd). Saya bekerja selama 7 tahun dan ini adalah detik- detik terakhir saya. Saya tinggal beberapa hari lagi sebab lepas ni saya akan berpindah ke company saya sendiri iaitu Zaahara Ventures Sdn Bhd sebagai CEO company.
Kepakaran kami adalah menyelesaikan masalah para wanita untuk solat dengan lebih selesa dan khusyuk di mana- mana.
Selama saya bekerja, saya dapati saya sebenarnya tidak sesuai untuk bekerja sebab :
1. Saya degil dan cepat memberontak 2. Saya berwawasan jauh 3. Saya cepat boring dengan suasana yang sama 4. Saya tidak pernah set standard untuk jadi CEO
Untuk berjaya dalam career, seseorang perlu ada perancangan yang teliti. Kena ada sikap yang positif dan jangan sesekali ambil jalan mudah atau sambil lewa. Kalau nak berjaya dalam carrer, tips yang saya boleh share:
1. Belajarlah dengan bosses ataupun senior dengan banyakkan bertanya atau teliti apa yang mereka buat 2. Bawak buku nota dan pen kemana sahaja 3. Upgrade ilmu hari-hari 4. Kena ada vision nak berakhir dimana. Maksudnya, kalau bekerja, kena ada vision nak jadi CEO atau GM atau apa saja. Kalau tiada vision, anda akan duduk kat takuk tu je la.
Fasa baru menjelang 2016
Saya mengambil keputusan untuk membuat business sebab beberapa factor: 1. Saya memang sebenarnya minat untuk berbisnes dari kecil. Well, cuma business yang boleh bagi saya peluang untuk kecapi apa yang saya impikan selama ni.
2. Business memberi saya peluang untuk test diri saya Dalam berbusiness, saya berpeluang untuk tengok kemampuan diri saya. Kejayaan dan kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri. Nak berjaya, kena rajin. Taknak berjaya, buatlah sebaliknya. Betul?
3. Saya nak beri manfaat kepada banyak orang Dalam business, saya berpeluang untuk memberi banyak manfaat kepada lebih ramai orang. Saya boleh menjual product, saya boleh menggajikan orang, saya boleh bantu family dan sebagainya. Dalam career pun boleh tapi tu bukan untuk saya.
4. Bebas masa Siapa kata bila business banyak masa? Bagi saya, saya lebih suka masa di control dan bukan being fixed. Saya tak suka routine. Saya senang memberontak.
5. Peluang untuk beribadah dan juga rapatkan diri dengan Pencipta Ini adalah punca terkuat kenapa saya decide nak buat business. Masa saya terhad dan banyak masa saya dibuang dekat benda-benda yang tak sepatutnya. Since bidang business saya adalah berkaitan dengan Islamic product, saya berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan kerohanian dan ini boleh merapatkan saya dengan Sang Pencipta.
Akhir kata, semua orang nak jadi kaya dan semua orang suka dengar cerita inspirasi orang lain. Anda perlu tahu a few things sebelum saya akhiri cerita saya:
1. Ketika anda kaya dan berjaya, ramai yang akan datang menghimpit. Ramai yang akan memuji dan ingin berdamping. Ramai! Hati-hati dengan kejayaan. 2. Kekayaan dan kejayaan adalah dugaan dalam nikmat. Jangan lupa misi utama adalah untuk mengejar keberkatan dan keredhaan Allah. 3. Banyakkan memberi sebelum menerima. Jangan kata nak bagi bila dah dapat. Itu adalah mentality yang salah. Orang yang jarang memberi sebelum mendapat adalah contoh orang-orang yang takkan memberi pun nanti. 4. Jangan jadi sombong. Ciri-ciri orang yang sombong adalah orang yang taksub kepada material dah kemasyuran. Ingatlah kisah Firaun dan Qharun sebagai peringatan. 5. Ramai ingin jadi kaya dan memberi cerita-cerita inspirasi. Tapi, ramai yang tak berlaku jujur dalam penceritaan. Ramai yang berselindung disebalik cerita mereka. Contoh: saya berniaga bermula RM 1,000 dan sekarang saya dah berbusiness berjuta-juta. Tolong jangan percaya sangat sebab ketika kita berbusiness, kita pasti perlukan ‘capital injection’ ketika nak membesar. Ramai yang tak share benda ni. Tau-tau dah besar. Di mana logiknya? 6. Ingatlah Tuhan dan ingatlah Nabi Muhammad dalam kehidupan seharian. InsyaAllah kehidupan akan lebih terurus. 7. Kehidupan yang lampau adalah asbab kepada kehidupan yang lebih mantap. Jangan menyesal dan janganlah berbangga dengan kehidupan lampau. Sebab tu kita diajar untuk belajar sejarah ketika di sekolah.
Okay rakan-rakan sekalian. Cukuplah coretanku untuk 2015. Semoga kita berjumpa lagi di tahun 2016 ya!
Follow saya di :
Instagram personal : 
Instagram business :
(1) https://www.instagram.com/thezaaharatelekung (2) https://www.instagram.com/zaaharadotcom
Facebook business : 

You Might Also Like

0 comments: