Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Dua kali hampir dropout dari University

Saya hampir jadi student dropout dua kali.
1. Masa first sem diploma UiTM di mana saya hanya dapat 1.65.
2. Masa sem 4 Masters di UiTM di masa saya fail Viva saya.
Dua kali saya terpaksa bangun dan beritahu diri saya yang saya kena lulus.
Walaupun saya selalu membaca buku-buku kisah kejayaan orang lain terutamanya kisah orang barat di mana kebanyakkan billionaire di sana adalah dropout, bagi saya, sekiranya kita diberi peluang untuk belajar, jangan sia-siakan peluang tersebut.
Certificate tidak menjamin kejayaan besar dalam hidup tetapi, karakter dalam menghabiskan cabaran dalam pelajaran boleh diguna pakai untuk berjaya dalam hidup.
Saya dibesarkan dalam keadaan yang simple dan relax oleh kedua ibu-bapa saya.
Mereka tidak pernah kata saya kena dapat A atau no.1.
Mereka cuma kata pelajaran tu penting.
Lebih baik jadi orang yang tidak kaya tetapi berpelajaran dari menjadi orang kaya tapi takda pelajaran.
Mungkin ramai yang tidak akan agree dengan statement ni tapi demi masa hadapan anak-anak Malaysia yang lebih cemerlang, saya sarankan agar ibu-bapa di luar sana untuk tekankan kepentingan pelajaran.
Kalau bukan disebabkan ibu-bapa saya, mungkin saya tidak akan mencintai buku dan pelajaran.
Sehingga kini, saya akan cuba belajar sesuatu setiap hari dari mana-mana sumber yang boleh saya cedok.
Percayalah bahawa kita manusia sudah diberi akal yang membezakan kita dan binatang.
Jika kita tidak beri makanan berunsurkan ilmu kepada akal kita, bagaimana kita hendak jadi khalifah

Masa berlalu sangat pantas: Suratul Asr 103 :1-3

Hari ni tetiba masa saya bukak my own website, (zaahara.com), terus teringat kat my own blog. La. Sedar tak sedar, rupanya dah almost 8 bulan tak update anything. Tak sangka. 8 bulan! Lama jugak.
Tapikan…kalau diikutkan balik, masa berlalu sangat pantas. Serious pantas. Tak pasti whether korang perasan ke tak but surely for me, masa berlalu pantas gila.

Saya still ingat lagi masa saya berumur 7 tahun, time tu kalau puasa memang azab. Mana tak azab sebab masa berlalu sangat slow. Mak aihh…Gila betul.

Tapi sekarang, masa tu nampak sangat berharga. Kalau kita tak gunakan masa kita dengan betul, alamatnya rugi la kita.

Dalam AL-Quran ada Allah mentioned pasal masa iaitu pada surah 103.



Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Punyalah Allah sayangkan kat manusia sehingga Allah turunkan Surah 103 ini. Surah ni pendek je tapi sebenarnya sangat mendalam.

Masa asya muda dulu, saya tak pernah pun ambik port tentang masa. Patutlah masa muda banyak dihabiskan dengan benda yang berfaedah.

Jika saya boleh berpatah balik,  ada a few things which saya akan buat :
  1.  Tak tinggal solat
  2.  Baca Quran dan tafsir hari-hari
  3.  Carik mentor yang betul
  4.  Jaringan kawan yang berguna

Rupanya 4 perkara di atas sangatlah berguna kerana saya rasa saya dah banyak tertinggal. At 34 years old, there’s a lot for me to catch up.

Tapi betullah kata-kata pujangga di mana lelaki bermula kehidupannya pada umur 40 tahun.

Jadi, walaupun saya ketika muda agak tersasar, saya yakin dan pasti apa yang saya sedang buat sekarang akan berbuah hasilnya pada umur 40 (itupun jika masih bernyawa).
Allah Maha Adil.

Dia tak lihat siapa kita sebelum ni sebab Dia lebih Mengetahui dari kita.

So, apa kesilapan yang lampau, jalan terus dan be a better person.

Thank you Allah for giving me multiple chances in life.

I can’t ask for more.