Kepentingan ilmu digital untuk berada dalam persaingan

00:46 anas 0 Comments

Hari ni saya nak berkonsi serba sedikit mengenai ‘digital world’.

Sebagai seorang yang berumur 34 tahun, saya berasa agak kerugian kerana tidak pernah ambik kisah mengenai ‘digital world’ sehinggalah baru-baru ni.

Selama ni, saya selalu berkata bahawa orang yang minak IT adalah ‘geek’ ataupun ‘boring’ ataupun ‘anti-sosial’. Golongan ini lebih terer dalam dunia cyber dan bila berjumpa secara depan-depan, mereka sangat pendiam.

Rupa-rupanya, mereka bukan diam tetapi mereka sedang berfikir. Orang yang sangat mahir dalam IT kebanyakkannya adalah orang yang memang kuat berfikir. Otak mereka ibarat satu ‘circuit’ dimana mereka sentiasa berfikir.

Patutlah bila depan computer, mereka sangat focus. Itulah cara mereka berfikir dan meluahkan segala apa yang tersirat.

Persoalan: Bagaimana pada umur 34 tahun, saya membuka lembaran baru iaitu minat saya cenderung ke IT?

Jawapan:

Kejayaan company online seperti AirBnB, Uber, Facebook, Flipkaart, Amazon, Ali Baba, akhirnya membuka ruang kepada persoalan saya selama ini.

Mereka bernilai billion dollar disebabkan database yang mereka miliki. Ini bererti untuk mencapai category billion dollar, sesebuah company kena rancang betapa besar koleksi database mereka.

Benda ni dipanggi ‘big data’. Big data adalah sejenis data yang merangkumi semua aspek tentang customer dan akan ada pula data scientist untuk mengeksploitasi maklumat ni.

So sekarang ni, bolehkah saya just biarkan dunia digital begitu sahaja?
Adakah cukup untuk kita membuang masa dengan facebook dan Instagram dalam handphone?

Baru-baru ni, Jack Ma ada datang ke Malaysia untuk melancarkan FDTZ dan ini akan membesarkan lagi pengaruh digital China ke Malaysia. Adakah ini tidak membuka mata you all?

Selain Jack Ma, Perdana Menteri kita ada pergi melawat India selama 2 minggu. Kalau ada yang tak tahu, India adalah pusat pengeluar tenaga IT yang terhebat di dunia selepas Silicon Valley.

Kebanyakkan student India yang belajar IT berebut-rebut untuk kerja di Silicon Valley.

So di sini nampak tak point kedua dimana kita perlu buka mata?
Point ketiga, ramai rakan-rakan peniaga saya yang berbangsa selain Melayu adalah dari kategori ‘startup’. Mereka ni kebanyakkannya bercakap dalam Bahasa IT yang selalunya membuatkan saya terpinga-pinga.

Sebenarnya, banyak ilmu yang saya pelajari dari Google je. Cuma sebelum ni saya tak tahu pun nak Google apa.

I kat sini nak ajak you all untuk start belajar pasal dunia digital sebab tak lama lagi kita Melayu mungkin akan ketinggalan jika kita tak perkemaskan ilmu kita.

Jangan cuma mengharap dekat facebook dan Instagram kerana dua platform tu adalah channel semata-mata. Bersiap sedialah dengan website kerana website adalah rumah kepada business kita.

Akan saya sambung lagi nanti pasal dunia digital dan saya tahu ramai yang tak faham apa yang saya sedang kongsikan.

Cuma, jadikan posting saya ni sebagai batu loncatan untuk awak bergerak dan cuba tanamkan sifat untuk belajar sesuatu yang baru.

Dunia ini akan dipenuhi oleh pegangan siber.

So, its either you are in or out.


Salam.

You Might Also Like

0 comments: