2 perkara perlu dijaga untuk kebahagian hidup
Semalam sebelum tidur, saya dan isteri
berbual-bual sedikit pasal business kami dam akhirnya kami dapati sesuatu yang
menarik daipada perbincangan kami.
Dikala kami sibuk fokus kepada teknologi, ada
kalanya kita terlepas pandang perkara-perkara yang sememangnya lebih utama
iaitu perhubungan kita dengan Allah (Hablumminallah) dan juga perhubungan kita
dengan manusia (hablumminannas).
Bagaimana kita ingin dapat sesuatu dengan
mudah jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan Maha Agung. Contohnya: Solat
kita lewat. Kita melengah-lengahkan masa untuk solat. Ini bererti kita tidak
jadikan hubungan kita dengan Allah sebagai keutamaan. Jika demikian, buat apa
Allah nak bagi yang terbaok untuk kita kan? Sebabnya, jika dia bagi lebih, ada
besar kemungkinan kita langsung tidak solat.
Begitu juga dengan hubungan dengan manusia
iaitu (hablumminannas). Jika kita sudah menjaga Allah dengan baik, jangan pula
kita abaikan hubungan dengan manusia kerana manusia ada macam-macam sifat. Kita
mungkin tidak akan berbau syurga jika ada dikalangan manusia yang tidak
halalkan makan,minum kita.
Untuk yang berbusiness, hubungan dengan
manusia sangat penting terutamanya orang yang berurusan business dengan kita.
Bayangkan apa yang terjadi jika kita lambat bayar upah dan disebabkan itu,
orang tersebut mengalami kesusahan. Kesian kan?
So hari ni bila masuk je office, kami call
semua vendor kami dan kami bayar hutang yang sedia ada.
Saya bilang sama isteri, biar kita susah tapi
jangan disebabkan kita, orang lain merana.
Salam.
0 comments: