Mudah sahaja untuk menunjuk di media sosial

00:08 anas 0 Comments

‪" It's easy to impress people on social media because that is not real life. Learn to make an impact in real life, away from the glare." - Mufti Menk



Kata-kata dari Mufti Menk ni sangat-sangat terkesan di hati saya kerana saya dapati dalam kehidupan kita sekarang ni, amatlah mudah jika kita hendak jadi famous dan masyur.

Apa yang anda perlu buat?

Mudah aja. Update aja benda yang best-best seperti kisah kejayaan, gambar kereta, gambar rumah, gambar melancong dan macam-macam lagi. Lepas tu, add orang baru untuk create follower. Akhirnya, secara tak sedari,anda confirm aka nada banyak follower baru.

Kat Malaysia ni, saya dah buat kajian saya sendiri selama dua tahun.

Begitu mudah sebenarnya nak jadi ‘trend setter’ dan juga ‘berpengaruh kerana ramai sebenarnya orang Malaysia terdiri dari golongan yang tidak berduit dan mereka ini perlukan inspirasi sahaja.

Perkara ini turut disokong oleh Dato Aliff Syukri Terlajak Laris. Beliau mengatakan bahawa pembeli beliau rata-ratanya adalah terdiri dari golongan biasa sahaja. Mereka ini perlukan sumber inspirasi untuk kehidupan mereka dan sebab itulah Dato Aliff memajukan diri beliau ke tahap yang sangat tinggi dan beliau akan berkongsi cerita-cerita inspirasi seperti kejayaan business, cerita keluarganya, gambar kereta Ferrari dan kereta-kereta lain dan juga apa-apa benda lain yang boleh mendatangkan inspirasi kepada orang ramai.

Gaya seorang Usahawan Berjaya - Dato Aliff Syukri


So persoalannya, adakah kita ni sama seperti orang-orang India di India yang mana mereka perlukan sumber inspirasi untuk kehidupan? Disebabkan kehidupan yang miskin, maka inspirasi diperlukan.

Saya taknak elaborate panjang pasal status ni. Cukuplah untuk kita renungkan bersama agar kita jadi manusia yang bermanfaat di dunia reality dan bukan di dunia fantasi semata-mata.




You Might Also Like

0 comments: