Telekung Travel dan Jam kiblat : Tiada Alasan Untuk Tidak Bersolat di Europe

01:37 anas 0 Comments

Baru-baru ni ketika di Bulan Ramadhan yang lalu, sahabat kami iaitu Puan Hartini Halim telah ke Spain untuk urusan businessnya. 

Antara item yang beliau bawa ke sana adalah travel telekung (Telekung Sofia) dari  Zaahara.com dan juga Jam Kiblat.

Beliau adalah seorang wanita modern yang sangat kami kagumi kerana beberapa faktor yang boleh dikongsi di sini.



Beliau berumur 37 tahun pada tahun ini dan beliau adalah usahawan Spa yang terkenal iaitu Tini Spa yang kini mempunya dua cawangan di Shah Alam dan juga di Ampang.

Beliau menceburi bidang perniagaan 11 tahun yang dahulu iaitu ketika beliau cuma berumur 26 tahun. 
  1. Ketika kami pernah bertanya kepada beliau mengenai rahsia perniagaan beliau, beliau telah berkongsi beberapa tips mudah iaitu :
  2. Mintalah doa dari ibu selagi ibu masih ada. Sangat power katanya.
  3. Ajarlah anak-anak untuk berdoa kepada Allah. Lagi elok jika mereka menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kanak-kanak seharusnya berdialog dengan Allah agar mereka dapat rasakan connection antara pencipta dan makhluk.
Banyakkan memberi. Memberi bukan sekadar memberi wang. Ianya lebih dari itu. Memberi boleh dimasukkan dalam kategori seperti memberi tunjuk ajar, memberi nasihat, memberi connection yang tersedia ada, belanja seseorang makan, berikan senyuman dan macam-macam.

Telekung Travel muat dimasuki dalam handbag


Ramai yang ingin jadi kaya tetapi mereka kena tahu yang untuk kaya, mereka kena dekatkan diri dengan Allah dan sebab tu bagi Puan Tini, Telekung Travel dan Jam kiblat adalah dua item yang sangat penting untuk beliau bawa ke mana-mana beliau pergi. Biarlah sesibuk mana kita sekalipun, janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itulah nasihat beliau kepada kami.


Kami doakan agar PuanTini akan sentiasa bahagia dan berjaya capai apa yang dihajati kelak.

You Might Also Like

0 comments: