Masa berlalu sangat pantas: Suratul Asr 103 :1-3

Hari ni tetiba masa saya bukak my own website, (zaahara.com), terus teringat kat my own blog. La. Sedar tak sedar, rupanya dah almost 8 bulan tak update anything. Tak sangka. 8 bulan! Lama jugak.
Tapikan…kalau diikutkan balik, masa berlalu sangat pantas. Serious pantas. Tak pasti whether korang perasan ke tak but surely for me, masa berlalu pantas gila.

Saya still ingat lagi masa saya berumur 7 tahun, time tu kalau puasa memang azab. Mana tak azab sebab masa berlalu sangat slow. Mak aihh…Gila betul.

Tapi sekarang, masa tu nampak sangat berharga. Kalau kita tak gunakan masa kita dengan betul, alamatnya rugi la kita.

Dalam AL-Quran ada Allah mentioned pasal masa iaitu pada surah 103.



Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Punyalah Allah sayangkan kat manusia sehingga Allah turunkan Surah 103 ini. Surah ni pendek je tapi sebenarnya sangat mendalam.

Masa asya muda dulu, saya tak pernah pun ambik port tentang masa. Patutlah masa muda banyak dihabiskan dengan benda yang berfaedah.

Jika saya boleh berpatah balik,  ada a few things which saya akan buat :
  1.  Tak tinggal solat
  2.  Baca Quran dan tafsir hari-hari
  3.  Carik mentor yang betul
  4.  Jaringan kawan yang berguna

Rupanya 4 perkara di atas sangatlah berguna kerana saya rasa saya dah banyak tertinggal. At 34 years old, there’s a lot for me to catch up.

Tapi betullah kata-kata pujangga di mana lelaki bermula kehidupannya pada umur 40 tahun.

Jadi, walaupun saya ketika muda agak tersasar, saya yakin dan pasti apa yang saya sedang buat sekarang akan berbuah hasilnya pada umur 40 (itupun jika masih bernyawa).
Allah Maha Adil.

Dia tak lihat siapa kita sebelum ni sebab Dia lebih Mengetahui dari kita.

So, apa kesilapan yang lampau, jalan terus dan be a better person.

Thank you Allah for giving me multiple chances in life.

I can’t ask for more.

Ayam Goreng McD yang cuba dilawan oleh Ayam Goreng KFC



Ini adalah Ayam Goreng McD yang best gila. Disebabkan iklan Ayam Goreng Mcd ni, saya dan family dah a few times makan and seriously memang gempak. Tak sangka! 

So saya ada jugak bertanya kat wife saya kenapa KFC tak buat iklan ayam goring macam dulu. Kenapa biarkan saja McD yang buat. Pelik.

Nak dijadikan cerita, semalam masa saya tengah tengok Astro, saya ternampak iklan KFC pulak. Finally! Keluar jugak iklan Ayam Goreng dari KFC. Tapi….

Bagi kami, iklan dia tak ‘wow’ dan sepatutnya mereka kena buat lagi gempak dari McD.

Contohnya :

Rasailah ayam goreng sebenar yang menjadi pujaan dari tahun 80’an.
Ayam goreng original vs ayam goring buat-buat


Atau apa saja copywriting yang boleh membuatkan orang terus berpusu-pusu ke KFC.



Kalau you all nak tahu, saya tak berjaya jumpa video KFC! Nampak sangat they are not as serious as McD.

Apa-apahal, cubalah you all tengok sendiri dan bandingkan perbezaan Ayam Goreng McD dan Ayam Goreng KFC.

Time saya tengah tulis ni pun terus jadi lapar! Argh...

Mudah sahaja untuk menunjuk di media sosial

‪" It's easy to impress people on social media because that is not real life. Learn to make an impact in real life, away from the glare." - Mufti Menk



Kata-kata dari Mufti Menk ni sangat-sangat terkesan di hati saya kerana saya dapati dalam kehidupan kita sekarang ni, amatlah mudah jika kita hendak jadi famous dan masyur.

Apa yang anda perlu buat?

Mudah aja. Update aja benda yang best-best seperti kisah kejayaan, gambar kereta, gambar rumah, gambar melancong dan macam-macam lagi. Lepas tu, add orang baru untuk create follower. Akhirnya, secara tak sedari,anda confirm aka nada banyak follower baru.

Kat Malaysia ni, saya dah buat kajian saya sendiri selama dua tahun.

Begitu mudah sebenarnya nak jadi ‘trend setter’ dan juga ‘berpengaruh kerana ramai sebenarnya orang Malaysia terdiri dari golongan yang tidak berduit dan mereka ini perlukan inspirasi sahaja.

Perkara ini turut disokong oleh Dato Aliff Syukri Terlajak Laris. Beliau mengatakan bahawa pembeli beliau rata-ratanya adalah terdiri dari golongan biasa sahaja. Mereka ini perlukan sumber inspirasi untuk kehidupan mereka dan sebab itulah Dato Aliff memajukan diri beliau ke tahap yang sangat tinggi dan beliau akan berkongsi cerita-cerita inspirasi seperti kejayaan business, cerita keluarganya, gambar kereta Ferrari dan kereta-kereta lain dan juga apa-apa benda lain yang boleh mendatangkan inspirasi kepada orang ramai.

Gaya seorang Usahawan Berjaya - Dato Aliff Syukri


So persoalannya, adakah kita ni sama seperti orang-orang India di India yang mana mereka perlukan sumber inspirasi untuk kehidupan? Disebabkan kehidupan yang miskin, maka inspirasi diperlukan.

Saya taknak elaborate panjang pasal status ni. Cukuplah untuk kita renungkan bersama agar kita jadi manusia yang bermanfaat di dunia reality dan bukan di dunia fantasi semata-mata.




2 perkara perlu dijaga untuk kebahagian hidup

Semalam sebelum tidur, saya dan isteri berbual-bual sedikit pasal business kami dam akhirnya kami dapati sesuatu yang menarik daipada perbincangan kami.

Dikala kami sibuk fokus kepada teknologi, ada kalanya kita terlepas pandang perkara-perkara yang sememangnya lebih utama iaitu perhubungan kita dengan Allah (Hablumminallah) dan juga perhubungan kita dengan manusia (hablumminannas).

Bagaimana kita ingin dapat sesuatu dengan mudah jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan Maha Agung. Contohnya: Solat kita lewat. Kita melengah-lengahkan masa untuk solat. Ini bererti kita tidak jadikan hubungan kita dengan Allah sebagai keutamaan. Jika demikian, buat apa Allah nak bagi yang terbaok untuk kita kan? Sebabnya, jika dia bagi lebih, ada besar kemungkinan kita langsung tidak solat.

Begitu juga dengan hubungan dengan manusia iaitu (hablumminannas). Jika kita sudah menjaga Allah dengan baik, jangan pula kita abaikan hubungan dengan manusia kerana manusia ada macam-macam sifat. Kita mungkin tidak akan berbau syurga jika ada dikalangan manusia yang tidak halalkan makan,minum kita.

Untuk yang berbusiness, hubungan dengan manusia sangat penting terutamanya orang yang berurusan business dengan kita. Bayangkan apa yang terjadi jika kita lambat bayar upah dan disebabkan itu, orang tersebut mengalami kesusahan. Kesian kan?

So hari ni bila masuk je office, kami call semua vendor kami dan kami bayar hutang yang sedia ada.

Saya bilang sama isteri, biar kita susah tapi jangan disebabkan kita, orang lain merana.

Salam.


Pejam celik-pejam celik je masa berlalu

Hari terakhir saya update blog saya adalah pada 11 April 2017 iaitu pada hari Selasa yang lepas. Sebelum tu almost everyday jugak saya berjaya update cumanya bila tersibuk, terus jadi blog dilupakan.

Inilah yang dikatakan ‘istiqomah’. Kalau nak berjaya, kena ada ‘isqiqomah.’ Rupanya ‘Istqomah’ adalah sesuatu yang tidak mudah. Agak berat jika tak biasa.
Tapi takpa. Saya bukan nak bercerita pasal ‘istoqomah’ disini. 

Saya lebih nak bercerita tentang apa yang dah berlaku pada saya selama seminggu yang lepas.

Pada hari Rabu, saya melawat kawan saya yang bernama Adenan di kedai makan beliau di Seksyen 11, Shah Alam. Beliau baru kembali dari Umrah dan banyak juga benda yang kami borak.

Pada hari Jumaat malam pula, saya hantar Aisya pergi ke kelas piano. Dalam kelas Piano Aisya cuma ada a few students sebab yang lain semuanya sangkut dalam jem. Nama students yang saya ingat ialah Reka, William dan Sonia. Termasuk Aisya ada 4 students.

Itulah kali pertama saya dalam kelas music.
Malamnya pula saya bermain futsal selama 2 jam kat Ferro Subang Jaya. 1 jam main biasa-biasa dan sejam lagi main friendly. 

Pergh.Berpeluh-peluh.

Besoknya pulak pada 15 April 2017, kami pulang ke Klang sebab nak tido sana. Kami visit Mami since Ayah keluar tabligh selama 40 hari.

Apa yang best masa hari tu ialah, wife saya buat birthday surprise kat saya! Haha. Seriously? Dia siap tipu saya lagi kata family dia ajak dinner together. Rupa-rupanya bila sampai kat tempat seafood yang kami selalu makan, saya ternampak Famy, (kawan saya dari Klang). 

Bila dah nampak dia, saya dah agak ni confirm surprise. So ended up semua kawan Klang saya ada pada malam tu (Soe, Badak, Haizi dan Famy). Geng ni dipanggil geng bilik blakang.

Nanti saya share pasal birthday kat posting lain.

So now saya dah berumur 34 tahun. Pejam celik-pejam celik dah 34 tahun. Tak tahulah nak rasa diri tu tua, muda atau apa?

At 34, saya ada seorang isteri dan dua anak (laki dan perempuan). Nak kata power tak lah power tapi saya rasa kehidupan saya jauh lebih better dari sebelum ni.

Moga Allah panjangkan umur saya dan berikan saya kekuatan untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan ini.


Kepentingan ilmu digital untuk berada dalam persaingan

Hari ni saya nak berkonsi serba sedikit mengenai ‘digital world’.

Sebagai seorang yang berumur 34 tahun, saya berasa agak kerugian kerana tidak pernah ambik kisah mengenai ‘digital world’ sehinggalah baru-baru ni.

Selama ni, saya selalu berkata bahawa orang yang minak IT adalah ‘geek’ ataupun ‘boring’ ataupun ‘anti-sosial’. Golongan ini lebih terer dalam dunia cyber dan bila berjumpa secara depan-depan, mereka sangat pendiam.

Rupa-rupanya, mereka bukan diam tetapi mereka sedang berfikir. Orang yang sangat mahir dalam IT kebanyakkannya adalah orang yang memang kuat berfikir. Otak mereka ibarat satu ‘circuit’ dimana mereka sentiasa berfikir.

Patutlah bila depan computer, mereka sangat focus. Itulah cara mereka berfikir dan meluahkan segala apa yang tersirat.

Persoalan: Bagaimana pada umur 34 tahun, saya membuka lembaran baru iaitu minat saya cenderung ke IT?

Jawapan:

Kejayaan company online seperti AirBnB, Uber, Facebook, Flipkaart, Amazon, Ali Baba, akhirnya membuka ruang kepada persoalan saya selama ini.

Mereka bernilai billion dollar disebabkan database yang mereka miliki. Ini bererti untuk mencapai category billion dollar, sesebuah company kena rancang betapa besar koleksi database mereka.

Benda ni dipanggi ‘big data’. Big data adalah sejenis data yang merangkumi semua aspek tentang customer dan akan ada pula data scientist untuk mengeksploitasi maklumat ni.

So sekarang ni, bolehkah saya just biarkan dunia digital begitu sahaja?
Adakah cukup untuk kita membuang masa dengan facebook dan Instagram dalam handphone?

Baru-baru ni, Jack Ma ada datang ke Malaysia untuk melancarkan FDTZ dan ini akan membesarkan lagi pengaruh digital China ke Malaysia. Adakah ini tidak membuka mata you all?

Selain Jack Ma, Perdana Menteri kita ada pergi melawat India selama 2 minggu. Kalau ada yang tak tahu, India adalah pusat pengeluar tenaga IT yang terhebat di dunia selepas Silicon Valley.

Kebanyakkan student India yang belajar IT berebut-rebut untuk kerja di Silicon Valley.

So di sini nampak tak point kedua dimana kita perlu buka mata?
Point ketiga, ramai rakan-rakan peniaga saya yang berbangsa selain Melayu adalah dari kategori ‘startup’. Mereka ni kebanyakkannya bercakap dalam Bahasa IT yang selalunya membuatkan saya terpinga-pinga.

Sebenarnya, banyak ilmu yang saya pelajari dari Google je. Cuma sebelum ni saya tak tahu pun nak Google apa.

I kat sini nak ajak you all untuk start belajar pasal dunia digital sebab tak lama lagi kita Melayu mungkin akan ketinggalan jika kita tak perkemaskan ilmu kita.

Jangan cuma mengharap dekat facebook dan Instagram kerana dua platform tu adalah channel semata-mata. Bersiap sedialah dengan website kerana website adalah rumah kepada business kita.

Akan saya sambung lagi nanti pasal dunia digital dan saya tahu ramai yang tak faham apa yang saya sedang kongsikan.

Cuma, jadikan posting saya ni sebagai batu loncatan untuk awak bergerak dan cuba tanamkan sifat untuk belajar sesuatu yang baru.

Dunia ini akan dipenuhi oleh pegangan siber.

So, its either you are in or out.


Salam.