Showing posts with label Tips. Show all posts

Barang Yang Wajib Ada dalam Bag Tangan Muslimah


This is Telekung Travel from The Zaahara Telekung. Telekung travel ni perlu ada di dalam bag you kerana :

1.     Memudahkan you solat bila-bila waktu
2.     You boleh jadi hero jika ada kawan you atau family you yang perlukan telekung tapi tak bawak – ni time keluar sekali
3.     You boleh jadi agent marketing secara tak langsung. Semua customer we all yang dah pernah beli and suka telekung travel ni confirm akan return balik untuk beli for their family, friends and colleagues.

Telekung Travel ni dah boleh kata macam #OOTD wajib untuk you all yang suka travel and also always on the-go.

Me and wife created this telekung travel pun sebab I noticed my wife memang selalu sibuk and problem starts when she doesn’t has her telekung when travelling. Dia selalu complain yang telekung kat surau busuk, hapak and berkulat. Yucks!

So, secara logiknya, kan lebih mudah bila ada telekung travel sendiri kan?

Harga telekung travel ni pun sangat berpatutan dengan kain dan kualiti.


Dapatkan segera and you all dah boleh start menjual secara tak langsung kalau happy dengan kualiti yang kami tawarkan. 

Kisah Sifu busines yang membuatkan pelajar rasa takut

I nak share one terminology that I have in mind. Dulu masa skolah, ingat lagi tak cerita si arnab dan kura-kura?

Ok if tak tahu, let me brief a bit.

 ‘ Si Arnab ajak si Kura-Kura race. So, lepas je wisel permulaan, Arnab pun pecut selaju yang mungkin. Si Kura-Kura relax je. Jalan macam biasa. Dah 10 minit berlumba, Arnab rasa confident yang dia confirm menang. So apa dia buat? Dia lepak kat bawah pokok. Kononnya nak tunggu si Kura-Kura dulu. Bagi adil sikit. Tunggu punya tunggu, si Kura-Kura tak sampai lagi.

Si Arnab menguap and tau-tau dah tertido. Bangun je dari tidor, dia terus pecut ke garisan penamat. Time tu dia perasan yang kura-kura dah ada kat garisan penamat.

Nak akhiri cerita, si Kura-Kura menang kerana kesombongan dan kecuaian si Arnab.’

So for today, I just realised one thing whereby there’s a lot of young entrepreneurs especially Malays in Malaysia yang suka berbusiness. It’s really good if we compare with what happened in the 80’s and 90’s.

The not good part is some of the Malays are being taught by the not credited teachers or known as sifus.

For the current trend, the sifu’s that we have will be conducting seminars on how to be rich and to do business. In their program, they will include a testimonial session known as ‘hot seat’ or ‘kerusi panas’, This hot seat is for their students who have made it after attending their classes.

Contohnya:

1.       Dulu sebelum saya masuk program Dr Ali (bukan nama sebenar), sales saya cuma   RM 10,000. Lepas 3 bulan masuk, saya sekarang dah cecah RM 100,000. Syukur Alhamdulillah.
2.      Dulu saya tak yakin saya boleh buat business, terima kasih sifu Jamil. Dalam sebulan je sales saya cecah RM 50,000. WOW.

I am not here to say that this doesn’t work but let’s talk about reality.

5000 orang attend seminar, probability yang berjaya is around 50 people.From this 50 people, 5 will be very powerful. Reason why the 5 is super successful pun most probably because they are already good in business. Just a little bit of support from the sifu’s , they managed to increase their revenues.

So, bagi those yang attend the seminar and sales ala-ala je, mesti akan rasa malu nak share result betul tak? Mesti diaorg akan rasa yang diaorng ni bengap and thus kena keep on spending to attend seminars. Last-last yang kaya is the sifu’s.

Bagi I, in business ni kita kena belajar the foundation and basics of doing business. Not kejar sale juta-juta macam diajar oleh sifu-sifu Melayu ni.

Kalau kat overseas, trend buat business bukan untuk buat juta-juta dalam 2-3 bulan. Apa yang penting adalah:

1.       Kepuasan dalam berbusiness
2.      Lebih ramai manusia dapat manfaat
3.      Siapa nak invest dalam business
4.      Exit plan
5.      IPO

Bezakan?

So think hard and think serious.


Business is real. It’s not just about making money temporarily.

Age is not an obstacle when doing business

My mother in law just opened the latest Skinny Bakers outlet kat Subang Parade semalam. Initially, the plan is to open on 1st  April 2017 but she just pushed it to be earlier because she wanted to capitalize on the weekend crowd.

We bought her flower just to show our support to her new venture. Kiranya we are the only one so far yang bagi. LOL.

Anyways, she has been really crazy and hardworking. At the age of 55, her drive is massive. She just couldn’t stop but sometimes I can see that she is tired. Especially time malam.

However penat she is, next day she will wake up early and just do her things.

So guys, if you want to do business, make sure you have the energy. Without energy, your business won’t have the chance to even make it.

I will share more on ‘energy’ and some other tips on what is needed later.

As for now, do head to Subang Parade and enjoy the best desert that Skinny Bakers can offer.

 
Skinny Bakers

15 Tips Ke Haji Seawal 30 tahun.

Ramai di antara kita yang teringin ke Haji untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-lima dan ramai yang menjadikan alasan duit sebagai penghalang.

Nak dijadikan kisah benar, saya mempunyai satu saudara yang ingin ke haji dari tahun lepas di mana beliau adalah :

1. Seorang yang masih muda - iaitu berumur sekitar awal 30'an.
2. Seorang yang berduit
3. Seorang yang bertenaga

Pada tahun lepas, beliau ingin ke haji dengan pakej RM 50 ribu. Tunggu punya tunggu, beliau tak dapat jugak pergi sebab takda visa.

"Mungkin takda rezeki kot tahun ni." Seloroh saudara saya.

Pada tahun ni, dia kata dengan saya yang dia dan ibunya akan ke haji dan mereka daftar pakej RM 120,000 di Tabung Haji. Pakej Elite ni sepatutnya tiada masalah dan kami semua yakin yang akhirnya beliau akan dapat pergi haji.

Nak dijadikan cerita, saya bertanya kepada beliau pada hari Jumaat yang lalu dimana beliau berada.

Beliau kata beliau masih lagi di Malaysia dan tak dapat pergi haji sekali lagi kerana tak dapat panggilan dari Tabung Haji.

Allah Akbar.

Bukan duit yang menjadi penghalang tetapi panggilan dari Allah yang lebih mahal dari duit seseorang.

Semalam saya terjumpa di http://www.thevocket.com/15-cara-nak-pergi-haji-cepat/  dimana seorang anak muda telah berkongsi 15 tips bagaimana kita semua dapat pergi ke haji dalam usia yang muda.

Mari kita baca agar kita dapat manfaat bersama insyaAllah.

---------------------------------------------------------


Alhamdulillah, saya dan isteri Nor Sajidah Zulkafli sudah hampir seminggu berada di Mekah. Esok in sha Allah kami akan bertolak ke Arafah untuk memulakan ibadah haji.
Kat sini, ramai pakcik dan makcik tegur kami, cakap untungnya dapat pergi haji pada usia muda. Alhamdulillah, memang kami sangat bertuah.
Usia kami masih 20-an, tapi sudah dijemput ke tanah suci untuk menunaikan haji. Majoriti jemaah di sini berumur 50-an ke atas.
Mungkin ramai yang ingat kami pakai pakej, sebab tu dapat pergi cepat. Sebenarnya kami pergi macam biasa ikut Tabung Haji atau dipanggil Muassasah.
Muassasah ni rate yang paling murah, tak sampai RM10 ribu pun seorang. Kalau pakej, paling kurang dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel betul-betul depan masjid.
Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-4 saya dapat panggilan untuk pergi haji. Tapi jangan salah sangka ye, saya bukan dah pergi haji banyak kali, ini kali pertama saya pergi haji.
Panggilan pertama saya dapat selepas SPM dahulu, tapi terpaksa ditolak memandangkan saya belajar di Australia. Pada 2011, dapat panggilan lagi, tetapi kali ni saya tolak dengan alasan sibuk bekerja.
2012, dapat lagi sekali panggilan dan tetap saya tolak dengan alasan yang sama. Bila fikir balik, teruknya saya masa tu, lebih utamakan kerja daripada Tuhan.
Tahun-tahun selepas tu, saya teringin sangat nak pergi, tapi biasalah, kadang-kadang bila kita nak sesuatu, masa tu lah tak dapat. Memang rasa sedih.
Saya ingat, mungkin ni lah balasan Tuhan sebab sebelum ni saya banyak kali tolak. Sampailah tahun 2016 ni, baru dapat panggilan semula. Alhamdulillah, kali ini saya cepat-cepat terima dengan bersyukur dan dapat bawa isteri sekali bersama.
Jadi kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat.
Kesian tengok ramai jemaah haji di sini yang sudah berumur tak berapa larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.
Tips-tips yang saya nak kongsikan ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke tak nak je :
1. Buka akaun Tabung Haji
Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji. Kalau kita taknak, terpaksalah jadi rakyat Zimbabwe untuk pergi haji dengan kuota Zimbabwe (ini contoh je).
2. Simpan minimum RM1300 dalma Tabung Haji sebagai pendaftaran haji
Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300 dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahun giliran walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 48 tahun yang lepas.
Ada 2 cara untuk dapatkan simpanan minimum ni:
3. Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka.
Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka.
Inilah yang Umi saya buat untuk saya masa kecil. Duit raya kami memang Umi masukkan dalam Tabung Haji. Lepas tu setiap bulan Umi saya buat potongan gaji RM20 untuk kami adik beradik.
By the time saya habis SPM je, duit dah cukup dalam akaun untuk pergi haji. Sebab Umi lah saya dapat rezeki pergi haji awal. Semoga kalau ada ganjaran pahala haji Allah bagi nanti, Umi saya pun ada bahagiannya. Terima kasih banyak Umi.
Untuk kita yang dah besar ni, it’s never too late. Cukupkan duit untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Masa saya pergi kursus haji bulan 5 lepas, pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100.
Kalau ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun. Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu.
Kat bawah nanti saya cerita cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100.
Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang saya buat selain buat surat beranak adalah buka akaun TH dan dafter giliran haji untuk anak saya.
In sha Allah kalau ikut giliran yang diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.
Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat bahagian pahalanya.
4. Bawa penyata KWSP
Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH.
Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?
Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.
Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa (unconventional). Ada juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi.
Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.
Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, hamil, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.
Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang.
Ini baru KL, belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.
Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:
5. Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji
Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).
Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi.
Ni tak, ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup pun. Agak-agak macam mana pegawai Tabung Haji nak luluskan? Nanti dia bagi tawaran, tak ada duit pula nak bayar. Dah terpaksa dia buat dua kerja cari orang lain. Faham ke faham?
6. Nyatakan kebaikan dalam surat rayuan
Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:
(a) Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.
(b) Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana.
Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji.
Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sini, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.
Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali, akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak perlu pergi lagi sekali untuk teman anda. Ini yang isteri saya tulis dalam surat rayuannya.
Alhamdulillah dari giliran asal tahun 2040, gilirannya dipecepatkan untuk ikut saya pada tahun ini.
7. Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah dibuka.
Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first come first serve basis. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.
Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.
8. Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali merayu.
Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot. Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada 70,000 surat rayuan yang dia perlu baca setiap tahun.
Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak beradab. Jadi pastikan anda merayu dengan penuh sopan, bagi pegawai yang baca tu cair.
Kalau dulu boleh tulis surat kat makwe sampai ‘cair’, takkan tak pandai kot nak ‘cairkan’ hati pihak Tahung Haji.
Ok, cukup bab rayuan.
Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:
9. Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, jadi suamilah orangnya yang akan teman.
Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain. Ada pasangan kembar muda yang pergi haji bersama saya ni, dua-dua dapat bawa isteri setelah buat rayuan.
10. Pergi melalui pakej
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat.
Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda.
11. Kerja di badan-badan tertentu yang ada kuota haji khas.
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu adalah Tentera, Polis dan UIA.
Mungkin ada lagi selain ini. Jadi kalau anda berkerja dengan badan-badan yang ada kuota khas haji ni, boleh cuba mohon kuota daripada majikan anda.
12. Jadi tok imam atau ketua kampung
Hmm, cara ni mungkin kontroversi sikit. Saya just kongsi je ye, saya taknak komen bab politik sebab bukan bidang saya.
Kalau anda perasan, setiap tahun kebelakangan ini, Yayasan 1MDB ada hantar orang pergi menunaikan haji secara PERCUMA. Mereka yang terpilih ni terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK. Tahun ni sahaja, ada seramai 1,100 orang yang dapat.
Saya pernah jumpa salah seorang yang dapat. Dia kerja sebagai imam dan ustaz tahfiz. Umur baru 25 tahun, tapi sebab surau kawasan tu calonkan dia, maka dapatlah dia pergi. Rezeki kan dapat pergi haji muda, free pulak tu.
So kalau ada yang mampu nak jadi imam, ketua kampung atau Pengerusi JKKK, bolehlah cuba cara ni.
13. Cari kerja di Arab Saudi.
Kalau kita mampu dan layak, bolehlah cari kerja di Arab Saudi. Bila kita dah ada visa pekerja di Arab Saudi ni, memang mudahlah kita nak pergi haji, tak payah tunggu kuota Malaysia. Sebab tu kawan-kawan kita yang kerja di Arab Saudi biasanya semua dah buat haji.
Kat Arab Saudi ni, ramai rakyat Malaysia kerja bahagian minyak atau jadi nurse. So bolehlah try survey kerja di sini.
14. Berbaik dengan Kedutaan Arab Saudi.
Kalau kita ni power networking, bolehlah berbaik dengan pegawai kedutaan Arab Saudi. Then cuba tanya-tanya pasal visa haji dengan mereka. Silap haribulan, siap kedutaan mereka sponsor kita lagi pergi haji.
Saya baru baca statement daripada Tabung Haji pasal Neelofa. Kata mereka, Neelofa sebenarnya dapat kuota haji direct daripada Kedutaan Arab Saudi, bukan melalui kuota biasa yang diuruskan oleh Tabung Haji. Jadi terbukti cara ni boleh pakai.
15. Jadi tokoh atau public figure
Rasanya ramai yang tak tahu setiap tahun, Raja Arab Saudi akan menjemput khas tokoh-tokoh daripada setiap negara Islam untuk pergi haji secara esklusif dan percuma.
Program ini namanya “Program of The Custodian of The Two Holy Mosques for Hajj”. Biasanya dalam 60 orang dijemput untuk setiap negara.
Saya tak pasti siapa yang dapat tahun ini. Tapi tahun lepas antara yang dijemput adalah Naib Canselor untuk semua universiti di Malaysia. Alhamdulillah, untung mereka dapat pergi menjadi tetamu Allah dan pada masa yang sama mendapat layanan khas daripada Raja Arab Saudi.
Jadi inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji. Cuma saya nak pesan sikit kat sini:
Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.
Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan.
Jadi tak payahlah kita duk sibuk-sibuk buat kerja Tuhan ye. Kita buat kerja kita dan biar Tuhan yang tentukan nanti dapat ke tidak.
Sekurang-kurangnya kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.
Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi kat Tuhan nanti. Takkan nak jawab sebab sibuk main Pokemon Go kot.
Jadi tepuk dada tanyalah iman ye.
Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda ke sini sebagai tetamu-Nya nanti.


Haaa....Semoga Allah merahmati Tuan yang berkongsi pengalaman dan tips ini supaya lebih ramai anak muda dapat menjalankan tanggungjawab haji. InsyaAllah.

Bagaimana nak jadi famous di sosial media

Tips saya petang ni.
Seseorang boleh jadi famous di sosial media dengan cara:
1. Update benda-benda yang berilmiah
2. Update kereta mewah dan kereta mewah
3. Cerita kejayaan yang bermula dari kesusahan
4. Upload gambar bersama orang-orang femes yg menjadi pujaan ramai
5. Join group ‪#‎GSL‬
6. Viralkan diri dengan benda yang pelik-pelik
Tak susah nak jadi famous tapi kena fikir pulak bila dah jadi famous, ada satu tanggungjawab di bahu:
1. Orang akan mula follow awak
2. Awak bertanggungjawab di atas follower awak
3. Banyak cabaran yang tak disangka-sangka
Jadi famous sama seperti nak jadi kaya.
Kena plan for it.
Lagi satu cerita saya nak kongsi.
"Abang, ni rumah Abang ke? Besarnya." Despatch boy.
"Bukan rumah saya tapi rumah Family wife saya." Saya.
"Best tak bang?" Despatch boy.
"Alhamdulillah tapi biasa je bro. Takda apa yang best sangat pun." Saya.
"Abang cakap macam tu sebab abang dah biasa. Macam saya orang biasa, mestilah saya suka rumah macam rumah Abang." Despatch boy.
"Bro, setiap orang pasti ada impian. Nak rumah besar dan kereta mewah. Apa yang kita lupa ialah itu semua adalah nafsu dan impian. Hakikatnya, adakah kita perlu semua tu?
Kalau bro nak tau, ada sorang jutawan ni dia ada 5 bijik kereta sport. Tp, dia paling suka pakai CRV lama sebab selesa dan mudah nak bawak as compared to Ferrari and Lamborghini.
Bro, jangan kejar nafsu.Kejar impian. " Saya.
Bro tersebut terkedu dan menangis dengar percakapan saya semalam.
Anda faham apa yang saya kongsikan di sini?

Motivasi hanya 48 jam : Gunakan kuasa 'recharge' sebaik mungkin

Motivasi hanya berlegar dan bertahan 48 jam. Ini benda normal lagi-lagi lepas join seminar power.
So rahsia untuk sentiasa kekal motivated ialah bercampur dan duduk dalam inner circle yang power dan positive.

Mulakan perubahan dengan langkah kecil


Satu penghargaan yang saya dan isteri dapat dari seorang bekas peserta small changes yang kami pernah jadi moderator pada tahun 2011.

--------------------------------


Dear small changes ,
A few years ago (2011) i participated Small changes program . I was 17 . At first most of us were scared and terrified because its an English camp ( well ! English is one of the things that become nightmare for someone that not doing well in english ) . But our facilitators make it fun ! Enjoyable and make us more confident to speak in english .
They told us its okay to be different than others and ignore manusia - manusia yang cakap " berlagak gile cakap omputih " . Well ! At least we try . The facilitators come from diff background lawyer , doctor , engineer , businessman amd etc . They inspired us.. They shows us how to bercakap depan orang ramai . Mereka motivate kami dengan kata-kata semangat .
Abang anas told me "
you dont have to berubah 100%.. Make a few changes and at the end you can see the result " kata -kata hikmat ni I pegang . I dont know kalau abang anas ingat lagi ke tak .
Ya ! Saya lakukan apa yang abang anas . Saya paling tak suka subject physics waktu disekolah . A few months sebelum spm saya ubah pendirian saya . Saya cuba untuk belajar subject tersebut . Sampai dimatrik perasaan tak suka physics tu muncul balik . Tapi saya ubah balik pendirian saya untuk suka physics . Ouh ! Sebenarnya i've been inspired by abang anas wife that time she was an engineer . So , saya pun nak jadi engineer jugak . Sebab tu saya cuba untuk suka physics . Thank you so much kak erin ! .
But I still tak dapat sambung engineer . Tapi saya dapat continue study Bachelor in science (physics ) .
Bukan nak puji sembarangan tapi memang small changes ni bagi saya satu effect yang mendalam sampai sekarang . They're not typical program yang you datang satu hari then bila balik rumah you lupa dah .
Thanks for the precious experienced ! . I hope small changes can bring more changes in our community and keep inspiring people like me that at first have very low self-confident yang taktau nak jadi ape walaupun umur dah 17 tahun masa tu . And now saya ade impian utk jadi seorang physicists in future and nak inspired students the way you guys inpsired me .

2 cara belajar

Ada dua cara untuk kita belajar:

1. Pergi kursus
2. Berguru/ mentoring

Kita boleh panggil seseorang itu mentor bila dia boleh guide and berdamping dengan kita.
Kalau tak, kim salam salmah laa ye...
Sometimes, it is better to buy books and learn. Selain tu, carilah orang yang dah berguru dengan orang yang mantap-mantap, pi approach diaorg. Better.
Don't just spend thousands of dollars just to be in a 'kursus'.


5 tips simple

1. Untuk jadi kaya, belajar bersyukur dengan apa yang kita ada dulu. Kalau tiada perasaan syukur, macam mana Tuhan nak bagi lebih.
2. Dalam kita buat business, pentingkan 'manfaat kepada pengguna' instead of profit semata-mata. Bila kita bantu orang, Tuhan akan bantu kita.
3. Mati itu pasti. Adakah kita bersedia untuk berpisah dengan orang tua kita? Dengan pasangan kita? Dengan anak kita? Dengan sahabat kita?
4. Kawan kita adalah diri kita. Kalau kita rapat dengan 'alim' maka itu tandanya kita suka keagamaan. Kalau kita suka orang 'positif', maka positif la kita. Kalau kita suka 'busines people' , maka kita pun cenderung kepada business. Lihat dan tengok sapa kawan rapat anda.
5. Ilmu kehidupan yang terbaik adalah di jalanan dan bila kita membuka mata kita dan hati kita untuk belajar.
Nota:
Hidup ini singkat. Hari pengakhiran makin dekat. Apakah kita masih nak kejar dunia dan tinggalkan akhirat atau kejar akhirat, dunia datang merangkak?

Nak Business power?

Kalau nak pakai Ferrari, business pun kena kencang macam Ferrari.
Kalau business slow ala Kancil, alamatnya lambat laa lagi.
Nota:
Nak power, kena belajar jadi power ok.---> nota untuk diri sendiri

Jika baru mulakan business, ambik sahaja interns.

Dah a few times bila saya baca buku-buku 'start-ups' from US based companies such as Zaapos, Amazons, Toms etc., mereka selalau kata yang mereka mulakan business dengan diri mereka, a few adults and also interns.

Just imagine yang korang baru set up company, mesti kena guna banyak duit for overheads kan? Besides that, korang perlukan testimonials and also marketing yang gila-gila betul tak?

Well, baru-baru ni, me and my wife ada berborak dalam kereta lepas balik dari kerja.

S: I think we need to have employees or in another words, maybe kita kena expand. Ye laa...Just imagine with the 2 of us, our sales so far dalam RM xx,xxx. Maybe kalau ada lebih dari kita berdua, kita boleh dapat RM xxx, xxx to RM x,xxx,xxx kan?

W: Ok. Let us try and see what are the possibilities.

Nak jadikan cerita panjang jadi pendek, kawan saya yang merupakan seorang pensyarah di Uniten ada call saya dan kata dia ada 3 students yang perlukan tempat praktikal.

Dah la bebudak yang nak buat praktikal ni 3 budak laki dari course Graphics and Multimedia which is called GM in their university.

So saya pun bagi tau my friend yang saya sudi ambik the 3 kids.

My idealogy is simple. kalau it turned out well, Alhamdulillah. Kalau tak, saya akan consider as this as my learning tools as CEO of a startup and charity.

Ada jugak orang yang nak perli saya dengan menanyakan kenapa saya hire interns. Kenapa tak hire permanent je.

Well. Jawapan kepada soalan macam ni mudah. Our budget is tight and we need to learn before it become a big headache. Betul?


Don't stop dreaming

Antara nasihat yang diberikan oleh ex-bos saya ialah:

"Anas, no matter what, don't ever stop dreaming. Once you stop dreaming, you will have no more desire for success. "

Kata-kata dari pengasas Telekung Siti Khadijah


Pengasa Telekung Siti Khadijah bersama model ketika pelancaran butik SK


Semalam saya terdengar perbincangan founder Pengeluar Telekung No.1 Malaysia, Puan Padzilah di radio Ikim.
"Kami bukan nak buat business short term. Kami ada plan untuk jadi billion dollar company. Saya tak pernah sangka yang kami boleh berada di tahap ini sekarang."
Jual telekung je tau...
Tahun lepas, ada orang pernah cakap ngan saya:
"Boleh ke nak buat duit dengan telekung? Orang lain jual jubah and tudung but you nak focus kat telekung."
Saya diam. Biarkan apa dia nak cakap coz to me, I know what I should do.
Saya nak you all  tahu yang apa benda yang anda buat, buat je betul-betul. Berjaya atau tak adalah subjektif.
Kalau kita buat business semata-mata nak :
1. Kaya
2. Malas bekerja 9-5
3. Sebab orang lain berjaya
Confirm tak berjaya.
Kalau betul-betul nak berjaya, you kena beri manfaat. Jual manfaat. Tu yang penting.
Contoh macam saya jual telekung. Telekung adalah product. Apa yang saya jual adalah:
1. Keselesaan para wanita untuk bersolat
2. Pilihan telekung berjenama pada harga yang affordable
Saya tak perlu hardsell kerana saya percaya 100% yang telekung kami adalah yang terbaik.
----------
Be confident in what you do. In what you sell.
Once you are confident with yourself, barulah orang lain akan percaya kat korang.

Inilah nasihat berguna seorang ayah kepada President Indonesia



" Kalau dilahirkan miskin itu takpa, tapi kalau mati dalam kemiskinan, kamu bersalah.
Bersalah kerana kamu tidak mencoba untuk merubah hidup kamu."
Di atas adalah kata- kata Ayah President Jokowi kepada beliau ketika beliau berusia 10 tahun.

5 tips untuk elak dari jadi sombong

Ada orang bertanya dengan saya apakah tips atau rahsia untuk tak jadi sombong.

So saya pun sharelah 5 tips yang saya sudah belajar untuk tidak menjadi sombong.

1. Always be good even masa tiada apa-apa
2. Ingat rezeki itu milik Allah
3. Ingat rezeki lebihan adalah amanah
4. Kekayaan hakiki adalah iman
5. Always beri ketika masih tiada apa2. (Cth: ilmu, makanan, wang, masa, tenaga dll)

Simple aja tips dari saya kan? Semoga boleh diamal bersama.

Bayaran Ilmu

Kita sanggup bayar beribu-ribu untuk jadi kaya di dunia.
Tapi, untuk belajar agama yang boleh membawa kita ke syurga, tak sanggup pula kita membayar beribu-ribu.
Sungguh pelik tapi benar.
Demi Ferragamo, Prada, Mercedes ....kalau kena gadai rumah pun sanggup.
Renung-renungkan ya....

Bagaimana kita boleh belajar kehidupan dari kanak-kanak

Budak kecil bila jatuh, mereka akan bangun dan terus main.
Jatuh beribu kali pun, mereka akan tetap bangun dan main.
Nota:
Untuk berjaya, jadilah seperti budak kecil. Bila jatuh, bangun. Macam mana perit pun, bangun. Ok?



Khatam Quran di Makkah dan Madinah




Khatam Quran in Makkah
Semasa saya di Umrah, saya berjaya khatam quran 2 kali dalam tempoh 12 hari.
Saya terpaksa share cerita ni supaya lebih ramai di luar sana yang dapat manfaat dari pengalaman ini.
- - - - -
Bertahun lamanya saya tidak membaca Quran dan bermula dari tahun lepas, saya nekad untuk khatam at least sekali. Alhamdulillah, saya khatam 2 kali.
Bagaimana?
Saya mulakan dengan hanya membaca satu atau dua page hari2 dan bila dah lama sikit, saya up kan sikit tempo dengan membaca lebih dari 2 page setiap hari.
So masa pi umrah baru-baru ni, target saya cuma satu khatam tetapi Ayah saya bilang "apa kata khatam 2 kali. Sekali di Madinah dan sekali lagi di Makkah?"
Since saya pi umrah solo , tiada family atau jemaah lain yang bersama saya, saya pun sahut cabaran Ayah saya. Hari-hari saya baca dan saya spend most of my time in Masjid insted of dalam Hotel.
Ada kalanya saya spent dalam 6-9 hours dalam masjid. Ini adalah pengalaman-pengalaman baru yang saya sendiri tak pernah sedar saya boleh buat.
Apa rahsianya?
Rahsianya mudah. Setiap orang ada misi bila dia ke umrah. Saya punya misi ada untuk khatam alquran dan beribadah semata-mata.
Berbalik kepada cerita alquran, saya pernah merasa penat sehingga saya tertidor dan ada kalanya mata saya berpinar.
Itulah saya kata. Ini adalah satu pengalaman baru dan menarik yang mana ianya bukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan kita.
Saya share cerita ni sebab saya nak mengajak lebih ramai orang supaya kembali ke Quran. Seriously tak rugi dan tak sia-sia.
I am not an ustaz. I am not pak alim.
Saya cuma orang biasa yang cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan cara tersendiri.
Saya dahulu selalu beranggapan Quran adalah satu kitab yang boring dan hanya untuk orang-orang alim.
Malam Jumaat disarankan baca Yassin. Masa kecil at least kita semua kena khatam sekali.
Itu je ker?
Takkan lah Quran yang dituju khas kepada kita, kita sanggup tak buka dan tak baca?
Yes, saya memang tak faham apa yang saya baca. Tajwid saya mungkin tak perfect. Dari 114 surah, saya cuma hafal dalam 15. Banyak lagi yang perlu dikemas kini tetapi ini cuma permulaan.
Pada umur 33, saya sudah bermula. Ada yang sudah bermula jauh lebih awal dari saya dan ada yang sudah dalam kategori hafiz.
Wahai sahabat sekalian, beribu sahabat fb saya begitu teruja untuk jadi kaya. Hari-hari doa nak jadi kaya.
Kalau anda semua nak tahu, Allah itu Maha Kaya. Kalau dia nak bagi, dia boleh bagi. Silap-silap dia boleh bagi melebihi dari apa yang kamu boleh imagine.
Tapi, dia dah bagi peluang untuk masuk ke syurga dia yang mana istana dan kenikmatannya adalah sesuatu yang melebihi kenikmatan dunia. Takkan itu pun kita sanggup ketepikan semata-mata untuk kepuasan dunia yang fana dan sementara?
Yes, mana boleh kejar akhirat je kan? Betul tapi, apa kata kita sama-sama ubah mindset kita. Cuba kita pohon Allah bagi kita kekayaan ilmu akhirat, kecintaan terhadap quran, iman dan sebagainya. Sudah tentu Allah cipta kita untuk jadi hamba yang soleh dan orang yang beriman kan?
Selama ni saya tak faham semua ni.
Saya ingat akhirat adalah benda yang boring. Relax aaa dulu kan..hari masih muda.
Macam-macam alasan boleh diberi.
Saya percaya ada yang boring dengan cerita saya tetapi terpulang.
Saya cuma nak berkata yang seorang yang modern, educated, berpengalaman, bila dia lihat agama sebagai tools untuk berjaya, nescaya Allah akan bagi apa yang terbuku dalam hatinya.
Salah satu doa saya di makkah:
"
Ya Allah, sekiranya kekayaan dunia akan mendekatkan diri aku dan keluarga aku terhadap kau, ko berilah. Kalau tidak, ko beri sekadar cukup."
Memang nafsu saya nafsu buaya. Dasyat. Saya sudah bilang saya bukan ustaz or pak alim. Saya cuma orang biasa-biasa.
Marilah kawan-kawan. Kalau saya boleh, anda semua pasti boleh. Marilah pasang niat at least khatam sekali. Bantulah saya. Saya nak kawan-kawan saya berubah dan khatam sekali. Ini malam jumaat kawan-kawan. ðŸ˜Š
Salam Jumaat.