Review Gatsby Styling Pomade Supreme Grease

Gatsby Styling Pomade Supreme Grease

,Semalam masa pergi kat Subang Parade, I pergi dekat Guardian sebab nak carik Gatsby Pomade sebab the day before I nampak billboard besar diarong dekat highway. Yes, berjaya beli dan harganya pun murah je iaitu RM 19. Masa nak bayar, siap dapat discount lagi iaitu RM 16.

Apa yang I excited ialah before this I dah bagi tau kawan-kawan I kenapa seller pomade kat Malaysia ni takda yang nak masukkan barang depa dekat channel-channel besar seperti AEON, Mydin, Guardian, Watson, 7/11 dan sebagainya. 

Jawapan yang my friend bagi ialah kalau nak masuk channel-channel besar ni, ada a few things kena consider:
  1. Duit kita akan sangkut sebab semuanya under consignment

  2. Kita kena produce quantity yang sangat banyak

  3. Kita kena bayar deposit (security fee)


Tapi, ada je pomade kat Malaysia ni yang dah berjaya. Siap ada billboard dan masuk newspaper bagai. Bukankah kalau dah level macam tu, patutnya pengusaha dah boleh pikir untuk masukkan ke dalam channel?

Selain dari tu, I ada jugak bertanya kenapa pomade yang seller Malaysia jual adalah RM 30 ke atas? Apa bezanya kalau pomade tu dijual pada harga RM 20?

Masa I berbincang dengan kawan I, I dah kata yang RM 35 sebenarnya mahal kalau nak kena beli setiap bulan. Sepatutnya pomade dijual pada harga RM 20 ke bawah sebabnya itu adalah barang keperluan yang boleh dibeli setiap bulan. Jika harganya mahal, mungkin pengguna tidak akan repeat selaju yang dikehendaki.

Apa-apa hal, tahniah Gatsby sebab anda dah membuatkan lelaki seperti saya berpeluang untuk miliki pomade pada harga yang berpatutan dan bukan pada harga merepek yang dijual di pasaran.

Review Pomade:

Gatsby Styling Pomade Supreme Greas

Malam tadi dan pagi tadi I ada try pomade dari Gatsby. I boleh bagi 3 bintang dari 5 bintang. Tak berapa bagus sangat sebab I tak nampak strong hold. Mungkin ini yang membezakan antara pomade murah dan mahal?

Atau I yang tak pandai guna? So I tak sure. Kena try a few more times baru boleh bagi review lain pulak.

You all can try and get one. At least tak mahal dan bagi I, bolehlah. At least ada dari takda kan?

The opening of The Skinny Bakers


Semalam, The Skinny Bakers membuka satu lagi cawangan di Subang Parade. Business ni menarik dan bagi saya kongsi sedikit dengan you all.

Sejarah permulaan The Skinny Bakers

Pada mulanya, adik ipar saya yang bernama Eniza buat baking secara suka-suka pada tahun 2014. Sapa yang datang rumah time tu dia akan bagi cookies, cakes and deserts.
Tahun lepas, iaitu 2016, my mother in law went to UK for 2 months to lepak with my sister in law Eniza. 

Masa kat sana, both of them ada buat café hopping and selalu jugaklah mereka borak pasal possibilities of turning passion into a business.
April 2016, ada satu lot kedai dekat SS15 Subang Jaya ready for rent and time tu mak mertua saya decided yang dia nak ambik kedai tu. She was still in UK holidaying and was supposed to come back in May.

So, the moment she came back from UK in May, straight away the next day she went to see the shop and said she wanted the shop. She called contractor,designer and suppliers. A month later, kedai pun ready.

They named the café The Escapade by The Skinny Bakers and now the business from home dah ada café sendiri.

The expansion of The Skinny Bakers
My wife pernah cakap dekat my mother in law to open small desert bar dekat shopping mall sebab:
  1. The crowd – Normally kalau kat shopping mall, crowd dah memang ada. Crowd is very important in business. Tak guna bukak kedai kalau takda crowd.
  2. Purchasing power – Orang yang datang mall normally memang dah ready nak shop. Ni elemen yang sangat penting dalam business.

  My mother in law a bit sceptical sebab mall ni mahal sewanya and banyak sangat       regulation.

Somewhere near August kalau tak silap, ada satu food organizer called my mother in law cakap nak suruh dia bukak booth 3 days kat Subang Parade. The fee was around RM 2k kalau tak silap.

Erin: Ma, u bukak je. Serious its going to be good. At least you boleh tau if you can make it or not.

Mother in law: I risau laa.. Mahal ni. Boleh ke cover?

History begin!

She managed to get a whopping RM 10k plus for her first event in mall! She was definitely excited with the achievement as it is beyond her expectation.
A month later, she opened a booth at the Curve pulak and she got more than RM 10k this time.

So from these two events, she knows and confident to open at mall. In December 2016, The Curve called her and asked her to open her shop there.Alhamdulillah. That’s how she entered the mall.Then later this year in 2017, Subang Parade call and asked them to open pulak.

Future hope for The Skinny Bakers
The Skinny Bakers is looking at bigger picture of giving franchise later on. Perhaps, we should see how big they can be.

I am definitely proud to say that they achieved success within a short period of time due to the commitment, hardwork and persistence by the mother and daughter combination.

Salute!

Let’s pray together for their success and hope they can have more than 20 branches by 2019.

Salam.


Kalau nak berbusiness, kita perlukan disiplin

Pada malam ni saya belajar sesuatu yang mana saya harus berkongsi dengan you all.
Dalam kita rancak berbusiness, akan tiba masa dimana disiplin sangat diperlukan kerana kita akan rambang mata dalam tindakan kita. Rambang mata yang ingin saya kongsi disini adalah ‘peluang untuk invest’ di tempat lain.

Betullah cakap rakan saya dimana kita ibarat semut yang sukakan gula. Kalau kita tukarkan konsep ni kepada business, kita akan lebih tertarik kepada ‘investment’ yang lebih menguntungkan padahal business kita masih lagi berada dalam keadaan ‘tatih’ ataupun ‘growing stage’.

Business memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari segi masa, tenaga, pemikiran dan macam-macam lagi. Ada kalanya naik dan ada kalanya turun. Tidak kiralah apa jenis business sekalipun.

Business perlukan ‘Endurance’ dan ‘Disipline’
Bila berbusiness, kita perlukan dua kriteria ni sebab bila kita serious nak berbusiness, kita kena tahu yang business bukan seperti makan gaji. Bila makan gaji, setiap hujung bulan sudah pasti akan dapat gaji. Tapi bila berbusiness, lagi-lagi business yang belum stabil, kita perlukan ketahanan yang utuh iaitu ‘endurance’. Tanpa ‘endurance’, business tu susah nak pergi jauh. So kalau nak ‘endurance’, perlu ada ‘discipline’.
Business ni sebenarnya ibarat marathon. Seseorang yang masuk marathon, mereka perlu lari sejauh 42.3km. Kalau seseorang tu terer lari 100m, belum tentu boleh habiskan larian sejauh 42.3km.

Concentrate on the business first

So hari ni, isteri saya sekali lagi menegur saya agar concentrate 100% in our business. Alhamdulillah, ada partner yang boleh menegur kesilapan saya.
Please jadikan sharing saya sebagai pengajaran kepada you all agar tak leka dan alpa dalam berbusiness ok.

Salam.


Aktiviti bersama rumah kebajikan Nurul Hasanah, Ampang

Pagi ni bangun memikirkan topik yang sesuai untuk dikongsi bersama anak-anak yatim Rumah kebajikan Nurul Hasanah pada pukul 11.30 pagi nanti. Kawan UiTM saya call saya tempoh hari dan ajak saya berkongsi pengalaman dengan anak-anak yatim yang berumur sekitar 2-16 tahun. Jumlah anak yatim ialah dalam lingkungan 32 orang.

Aktivi yang berada dalam kepada ketika ini ialah:

1.     Berkongsi cerita pasal cita-cita
2.     Kisah manusia ke bulan
3.     Bagaimana kita boleh jadi hebat dengan apa yang kita ada sahaja
4.     Setiap orang berbeza tetapi unik

Well, dalam kepala setakat ini tak banyak idea. This is the only few ideas yang ada.

Saya akan bawak Aisya sekali since Luqman kena duduk rumah grounded with his mommy. Kalau tak, it would have been a family gathering dah hari ni.

Anyways, saya dah kena get ready.

Nanti saya update lagi.

Salam.





Benda yang kita tahu, tak semestinya orang lain pun tahu

Semalam saya berkongsi pasal Go-Jek dan disebabkan saya share di facebook saya, maka banyaklah yang membaca. Yang menariknya ramai dari kalangan follower saya tak pernah dengar pun pasal Go-Jek.

Yang lagi menarik, baru saya perasan yang ramai tak pernah dengar pun perkataan-perkataan seperti ‘startup’, ‘unicorn’ ‘vc’.

Well, dulu saya pun tak pernah dengar tapi bila dah mula bercampur dengan orang-orang yang berjaya dalam industry especially dalam tech, saya pun mula membuka mata untuk belajar secara mendalam pasal industry ni.

Kalau bukak google, type aja ‘startup’, ‘silicon valley startup’ ‘unicorn startup’, you akan dapat tengok satu dunia baru. Well, tahniah jika you dah pernah tahu. Kalau tak pernah tahu, its ok. There’s always something new to learn kan?

Anyways, enough for now. I’ll continue later with a different topic pulak.

Salam.

Traffic ke dalam website berkurang dalam dua tiga hari

Dua tiga hari ni traffic to website is very slow. Conversion pun very slow as compared to last week. So I was a bit down and start to play the blame game.

I asked my wife semalam what is our ultimate goal in this telekung business. At what point should we quit or start doing another venture.

She said something like this:

Erina : I want to achieve my first million from this business.

Ok, that give me a sense of motivation and relief. Well, just for yesterday.

Today, the tracffic is still slow and my dad pulak called masa petang lepas Jumaat.

Ayah : How’s your sales today?

Me : Oklah but a bit slow.

Ayah : Kalau macam tu, banyakkan zikir. Tapi jangan zikir untuk rezeki. Zikir untuk memuji Allah.

Fuh, lega pulak rasa.

At 5pm tadi, I was praying in my office and tiba-tiba ada bunyi ‘din dong’. Meaning ada orang datang. I teruskan je solat. Lepas solat, bukak pintu and ada customer tengah nak ambik telekung. Alhamdulillah, dapat la some sales.

Kesimpulan for today is, sales can be driven by a few factors and this is the challenge of doing business. Makan gaji, senang je. Cukup bulan confirm dapat duit.

Bila buat business ni, sabar kena tinggi. Usaha kena power dan doa pun kena power jugak. Banyak elemen perlu bermain dalam kancah perniagaan.

Apa-apa hal pun, I bersyukur.

Apa yang terjadi adalah berdasarkan apa amalan kita.


Salam.