Tips menjadi penulis online yang bagus

Ramai yang bertanya macam mana nak jadi writer yang bagus kan? Well, saya sendiri pun kalau boleh nak jadi writer yang bagus. So, apa yang saya buat untuk dapatkan jawapan kepada soalan ni?

1.     Saya tanya kawan-kawan yang ada blog

Jawapan yang diberikan oleh blogger adalah simple – Ko kena istiqomah. Buat je hari-hari sampai bila ko tak menulis, ko akan rasa janggal. Betul jugak kan? Tengok VivyYusof, dia dah blog sejak 10 tahun sudah. Tu pasal dia boleh meletop sekarang nie. So, apa lagi? Isqiqomah and consistency is the key.

2.     Saya tanya pemilik online portal

Syukur sebab saya ada kawan yang mempunyai online portal femes iaitu siraplimau.com. Tips yang beliau berikan adalah belajar untuk menulis header yang bagus, catchy, negative dan sebagainya. Dia suruh saya belajar dari ohbulan dan vocket. Apa yang saya buat? Saya buat excel file dan sediakan keywords berdasarkan info dari google. Dari situ, saya perahkan otak saya untuk mendapatkan headline yang menggila.  Headline adalah asas penting yang akan menyebabkan pembaca sangkut dengan penulisan kita. Jika kita ambil sambal lewa saja, berkemungkinan kita akan kerugian dari segi pembaca.

3.     Belajar from the #MrKnowsEverything iaitu #MrGoogle

Mr Google adalah tempat terbaik untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam kepala otak. Taip je sesuatu contohnya “macam mana nak jadi penulis” atau “how to write”, macam-macam laa info yang akan keluar.

 So, like a lot of advice yang saya terima, writing takes time. We all need practice, patience and commitment. Takleh acah-acah taik ayam. Macam saya yang sememangnya online entrepreneur, saya kena commit to writing. Why? Reason is to improve the traffic and also to improve visibility.

Anda tau tak salah satu cara untuk generate a lot of traffic ke dalam website adalah dengan mempunya a good blog linked to the website? Haaa…Kalau tak tau, pi study. Kalau dah tahu, perhaps you can share your experience on this matter.

Till we meet again.


Pilihan Penting Wanita Urban Dalam Pembelian Telekung Travel

Terdapat 2 jenis  kain yang dijadikan telekung travel. Bawah ni adalah contoh favourite masa kini: 

  1. Kain parasut
Pernah dengar telekung travel berharga RM 20 -35? Haa, kalau nak tau, telekung travel yang berharga semurah tu sebenarnya tergolong dalam golongan yang kainnya ialah kain parasut. Kain telekung yang diperbuat dari parasut kebiasaanya ringan dan mudah terbang. Ianya boleh dilipat kecik kerana jenis kainnya yang lembut. Walaupun mudah terbang dan nipis, sebenarya ramai jugak wanita yang sukakan telekung travel kain parasut kerana ringan dan menyusahkan nak bawak ke hulu ke hilir
 Telekung Travel kain parasut


  1. Telekung cotton

Kain kedua pula adalah terdiri dari jenis cotton. Ini pun merupakan kesukaan wanita sekarang terutamanya wanita urban di Malaysia. Dapat pula cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun, telekung travel jenis cotton sememangnya pilihan paling bagus. Ianya berat sedikit dari kain parasut tetapi sekurang-kurangnya tiada masalah kain telekung terbang bila ditiup angin. Selain tu, kain telekung ni juga tak jarang dan boleh tahan lagi lama.
 Telekung Travel kain cotton dari The Zaahara Telekung
Harganya sekitar RM 50 – RM 120. Ada jugak yang cecah sehingga RM 150. Tetapi, yang berharga sekitar RM 150 biasanya adalah sebab sulaman yang terdapat di kain telekung travel tersebut.
Tepuk dada, tanyalah selera nak pakai jenis parasut atau jenis cotton. Murah atau mahal, bergantung kepada kemampuan diri sendiri.
Admin lebih menyarankan agar korang buat pembelian berdasarkan survey dan jugak testi yang dikumpulkan. Bukan apa, takut bila dah beli, tak happy nanti.

Telekung Travel dan Jam kiblat : Tiada Alasan Untuk Tidak Bersolat di Europe

Baru-baru ni ketika di Bulan Ramadhan yang lalu, sahabat kami iaitu Puan Hartini Halim telah ke Spain untuk urusan businessnya. 

Antara item yang beliau bawa ke sana adalah travel telekung (Telekung Sofia) dari  Zaahara.com dan juga Jam Kiblat.

Beliau adalah seorang wanita modern yang sangat kami kagumi kerana beberapa faktor yang boleh dikongsi di sini.



Beliau berumur 37 tahun pada tahun ini dan beliau adalah usahawan Spa yang terkenal iaitu Tini Spa yang kini mempunya dua cawangan di Shah Alam dan juga di Ampang.

Beliau menceburi bidang perniagaan 11 tahun yang dahulu iaitu ketika beliau cuma berumur 26 tahun. 
  1. Ketika kami pernah bertanya kepada beliau mengenai rahsia perniagaan beliau, beliau telah berkongsi beberapa tips mudah iaitu :
  2. Mintalah doa dari ibu selagi ibu masih ada. Sangat power katanya.
  3. Ajarlah anak-anak untuk berdoa kepada Allah. Lagi elok jika mereka menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kanak-kanak seharusnya berdialog dengan Allah agar mereka dapat rasakan connection antara pencipta dan makhluk.
Banyakkan memberi. Memberi bukan sekadar memberi wang. Ianya lebih dari itu. Memberi boleh dimasukkan dalam kategori seperti memberi tunjuk ajar, memberi nasihat, memberi connection yang tersedia ada, belanja seseorang makan, berikan senyuman dan macam-macam.

Telekung Travel muat dimasuki dalam handbag


Ramai yang ingin jadi kaya tetapi mereka kena tahu yang untuk kaya, mereka kena dekatkan diri dengan Allah dan sebab tu bagi Puan Tini, Telekung Travel dan Jam kiblat adalah dua item yang sangat penting untuk beliau bawa ke mana-mana beliau pergi. Biarlah sesibuk mana kita sekalipun, janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itulah nasihat beliau kepada kami.


Kami doakan agar PuanTini akan sentiasa bahagia dan berjaya capai apa yang dihajati kelak.

Tips No. 1 Untuk Berjaya: Buang Sifat Malas Terlebih Dahulu

Dalam dua minggu yang lalu, saya dan isteri mendapat idea yang bertalu-talu untuk business kami dan bila dikira balik, keuntungannya boleh mencecah jutaan ringgit. Kami sampai terduduk dan kepenatan bila waktu malam sebab terlampau asyik dengan idea yang meletop-letop.

“ Ya Allah. Baru I tau perasaan macam mana jutawan-jutawan selalu rasa. Ini baru Allah bagi rasa dari sudut idea. Jika ditakdirka berjaya idea kita, banyak perbezaan yang akan berlaku nanti.” Bilang saya kepada isteri saya.

Lepas cuti Tahun Baru Cina, momentum kami agak turun sikit dan saya pun buat analisa saya sendiri. Apa yang saya dapati adalah:

Untuk kita berjaya, kita sebenarnya perlukan beberapa perkara penting iaitu idea, usaha yang berterusan dan juga nasib atau dalam Islam, rezeki Allah.

Bila kita buat survey ringkas orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya, apa yang membezakan mereka adalah tindakan yang berterusan. Tanpa tindakan yang berterusan, impian hanya tinggal impian. Cita-cita hanyalah impian. Ini dah ibarat seperti Mat Jenin. Kerja nak berangan jer tapi hasil takda.
Kalaulah Rasullullah s.a.w. Cuma hidup berangan, sudah pasti Islam tidak akan kekal sehingga 1400 tahun.

Jika Usain Bolt adalah seorang yang berangan juga, sudah pasti beliau tidak akan menang 3 Olympic yang berbeza.
Lagi satu, orang yang berjaya kebanyakkan suka bangun pagi dan mereka bangun tersangat pagi iaitu pada pukul 5 pagi. Inilah waktu yang dikatakan bumi sedang mendengar rintihan makhluk yang ingin berjaya. Ya ker? Dalam Islam pun ada mengatakan tentang ni dan banyak orang Barat yang suka bangun awal untuk beryoga, bermeditasi, dan juga untuk rancang kehidupan seharian mereka.

Sekarang ni masalah saya yang utama adalah waktu bangun kerana saya kerap bangun pukul 6 lebih yang lebih menjurus kepada pukul 7 pagi. Saya rasa macam tak best sebab 2 jam saya dah terlewat dari kehidupan orang yang berjaya.

Selagi saya tak boleh bangun tepat pukul 5 pagi dan melakukannya secara istiqomah, saya tau saya masih jauh dari sumber kejayaan.

Semoga dengan entry saya kali ini akan membantu saya dan pembaca agar sama-sama kita buat muhasabah diri jika kita ingin tergolong dalam golongan orang yang ingin berjaya dunia akhirat.

4 Jenia Kategori Pelancong : Anda Yang Mana Satu?

Ramai di kalangan kita yang suka melancongkan? Tapi, tahu tak kita tergolong dalam golongan yang macam mana? Well, ada 4 jenis kategori pelancong yang mana anda mungkin salah satunya. 

1.      Culturist
Golongan ini travel bukan sekadar melancong malahan mereka travel untuk menambahkan pengalaman hidup mereka dengan budaya baru yang boleh mereka perolehi dari travelling mereka. Mereka biasanya akan bergaul dengan golongan tempatan untuk mendalami budaya orang tempatan. Kebiasaannya, golongan ini lebih suka ke tempat bersejarah atau menghadiri upacara pihak tempatan.

2.      Relaxer
Golongan ini lebih dikenali dengan traveller santai. Mereka akan menggunakan percutian mereka untuk santai secara maksimum. Kebanyakkan dari mereka akan menikmati aktiviti seperti mengunjungi spa atau berjemur di pantai. Tempat paling sesuai dikunjungi golongan ini adalah pulau yang mempunyai pantai atapun kawasan pergunungan yang sangat releks.

3.      Discoverer
Golongan ini lebih suka travel ke tempat yang tidak banyak orang pergi kerana mereka lebih suka ke tempat yang masih lagi ‘virgin’ atau ‘dara’ kerana tidak banyak orang yang ke situ. Mereka sukakan lain dari lain dan mereka biasanya akan teruja bila berkongsi cerita travelling mereka dengan keluarga atau rakan mereka sekembalinya mereka dari percutian mereka.

4.      Adventurer
Mereka yang meminati aktiviti lasak akan berada di dalam kelompok adventure. Mereka kebiasaannya akan mencari sesuatu aktiviti yang boleh memberi ‘adrenaline rush’ seperti
mendaki gunung, menyusuri sungai dengan kayak, bawak kereta pacuan 4 roda, tangkap ikan di lautan dalam, naik rollercoaster berkelajuan tinggi dan banyak lagi. Misi utama mereka adalah untuk menakluki semua tempat yang mereka pergi. Kepuasan! Itulah misi adventurer.

Nota:
Untuk para gadis yang tergolong dalam golongan yang suka melancong, travel telekung adalah salah satu barang wajib yang perlu ada di dalam list barangan yang perlu di bawa.

Ingat, macam mana kita ingin enjoy sekalipun, jangan lupa kepada tanggungjawab kita sebagai seorang Muslimah moden!

Travel Telekung - Telekung Sofia dari www.zaahara.com (Pandangan lengkap)
Travel Telekung - Telekung Sofia dari www.zaahara.com 



 
Travel Telekung - Telekung Sofia dari www.zaahara.com (Pandangan sisi)

Berada dalam ‘circle of friends yang positif’ boleh membawa kita kepada kejayaan seperti Mark Zukenberg

Dulu masa kecik, Mak saya selalu pesan kalau nak pilih kawan, pilihlah yang boleh membatu dari segi pelajaran. Dia kata, kalau kita kawan dengan orang yang malas, kita sendiri akan jadi malas. Kalau kita berkawan dengan orang yang pandai, secara tak langsung kita pun akan jadi pandai walaupun kita ni taklah pandai mana kan?

Tapi, sayang seribu sayang kerana saya tak berapa nak dengar sangat cakap Mak. Degil ya amat!

Bila saya renung kembali kehidupan saya, saya sebenarnya amat memilih kawan kerana saya percaya kawan adalah cermin kepada diri kita. So, siapa yang sedang kita damping akan menyebabkan orang lain teruja atau terasa jelek dengan kita.Saya  sekarang ni berumur 34 tahun and bermakna saya dah hidup selama 34 tahun. Alhamdulillah. Lama laa jugak kan walaupun tak selama orang yang dah hidup 50 tahun ke atas.Dalam 34 tahun saya hidup, dah bermacam-macam orang yang saya berkawan dan kebiasaannya saya akan berkawan berdasarkan apa aktiviti saya ketika tu.

Contoh:
Ketika umur 9-12 tahun   – saya lebih banyak berkawan dengan orang yang suka kepada game tv dan juga berbasikal

Ketika umur 13-15 tahun – kawan saya ketika ni lebih kepada yang suka sukan tae kwon do, tuition, minat music dan minat main bola

Ketika umur 16-17 tahun – kawan saya lebih kepada yang suka bermain skate, suka music hip hop, melepak kat KLCC dan area Bukit Bintang

Ketika umur 18- 23 tahun – kawan saya lebih kepada UiTM dan juga kawan sekolah yang saya selalu berjumpa di Uptown Damasara

Ketika umur 24- 26 tahun – Kawan saya lebih kepada kawan sekerja, ketika ni saya bekerja di syarikat MNC iaitu Maersk Logistics Sdn Bhd dan kawan-kawan saya lebih kepada bangsa Cina dan India ketika ini. Di samping tu, kawan saya terdiri dari rakan Gym Fitness First.

Ketika umur 27-29 tahun -  Kawan saya lebih cenderung kepada kawan sekerja  di mana ketika itu saya bekerja di Sapura Petroleum Bhd, kawan fitness dan kawan yang minat bola. Ketika ini saya ada buat business photography jugak.

Ketika umur 30 – 34 tahun – Kawan saya ketika ini lebih stabil kerana saya sudah berkahwin pada umur 29 tahun. Ketika ini saya melanjutkan pelajaran Masters di UiTM dan masa hujung minggu adalah bersama rakan belajar dan ketika hari biasa, saya akan bersama rakan sekerja dan keluarga.

So kalau kita tengok fasa saya berkawan, saya sudah bercampur dengan macam-macam jenis kawan dan separuh dari masa saya hidup saya dan habiskan untuk melepak dan bersuka ria. Ketika ni, kawan saya lebih menjurus kepada usahawan-usahawan, yang minat agama dan juga golongan yang baru menjadi ‘parents’.

Kemungkinan besar dalam fasa yang seterusnya, kawan saya mungkin berubah kepada kawan-kawan yang suka travel, suka charity, suka investment dan suka berdakwah.

Apa yang boleh saya kongsi di sini ialah, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu dan membina kita dan bukan yang boleh menjahanamkan kita.

Kalaulah masa muda saya berdamping dengan banyak kawan positif, ada kemungkinan ketika ini saya seangkatan dengan Mark Zukenberg.  Paling tak pun dapatlah tempias dia kan?