Berada dalam ‘circle of friends yang positif’ boleh membawa kita kepada kejayaan seperti Mark Zukenberg

01:19 anas 0 Comments

Dulu masa kecik, Mak saya selalu pesan kalau nak pilih kawan, pilihlah yang boleh membatu dari segi pelajaran. Dia kata, kalau kita kawan dengan orang yang malas, kita sendiri akan jadi malas. Kalau kita berkawan dengan orang yang pandai, secara tak langsung kita pun akan jadi pandai walaupun kita ni taklah pandai mana kan?

Tapi, sayang seribu sayang kerana saya tak berapa nak dengar sangat cakap Mak. Degil ya amat!

Bila saya renung kembali kehidupan saya, saya sebenarnya amat memilih kawan kerana saya percaya kawan adalah cermin kepada diri kita. So, siapa yang sedang kita damping akan menyebabkan orang lain teruja atau terasa jelek dengan kita.Saya  sekarang ni berumur 34 tahun and bermakna saya dah hidup selama 34 tahun. Alhamdulillah. Lama laa jugak kan walaupun tak selama orang yang dah hidup 50 tahun ke atas.Dalam 34 tahun saya hidup, dah bermacam-macam orang yang saya berkawan dan kebiasaannya saya akan berkawan berdasarkan apa aktiviti saya ketika tu.

Contoh:
Ketika umur 9-12 tahun   – saya lebih banyak berkawan dengan orang yang suka kepada game tv dan juga berbasikal

Ketika umur 13-15 tahun – kawan saya ketika ni lebih kepada yang suka sukan tae kwon do, tuition, minat music dan minat main bola

Ketika umur 16-17 tahun – kawan saya lebih kepada yang suka bermain skate, suka music hip hop, melepak kat KLCC dan area Bukit Bintang

Ketika umur 18- 23 tahun – kawan saya lebih kepada UiTM dan juga kawan sekolah yang saya selalu berjumpa di Uptown Damasara

Ketika umur 24- 26 tahun – Kawan saya lebih kepada kawan sekerja, ketika ni saya bekerja di syarikat MNC iaitu Maersk Logistics Sdn Bhd dan kawan-kawan saya lebih kepada bangsa Cina dan India ketika ini. Di samping tu, kawan saya terdiri dari rakan Gym Fitness First.

Ketika umur 27-29 tahun -  Kawan saya lebih cenderung kepada kawan sekerja  di mana ketika itu saya bekerja di Sapura Petroleum Bhd, kawan fitness dan kawan yang minat bola. Ketika ini saya ada buat business photography jugak.

Ketika umur 30 – 34 tahun – Kawan saya ketika ini lebih stabil kerana saya sudah berkahwin pada umur 29 tahun. Ketika ini saya melanjutkan pelajaran Masters di UiTM dan masa hujung minggu adalah bersama rakan belajar dan ketika hari biasa, saya akan bersama rakan sekerja dan keluarga.

So kalau kita tengok fasa saya berkawan, saya sudah bercampur dengan macam-macam jenis kawan dan separuh dari masa saya hidup saya dan habiskan untuk melepak dan bersuka ria. Ketika ni, kawan saya lebih menjurus kepada usahawan-usahawan, yang minat agama dan juga golongan yang baru menjadi ‘parents’.

Kemungkinan besar dalam fasa yang seterusnya, kawan saya mungkin berubah kepada kawan-kawan yang suka travel, suka charity, suka investment dan suka berdakwah.

Apa yang boleh saya kongsi di sini ialah, berkawanlah dengan orang yang boleh membantu dan membina kita dan bukan yang boleh menjahanamkan kita.

Kalaulah masa muda saya berdamping dengan banyak kawan positif, ada kemungkinan ketika ini saya seangkatan dengan Mark Zukenberg.  Paling tak pun dapatlah tempias dia kan? 


You Might Also Like

0 comments: