Tips No. 1 Untuk Berjaya: Buang Sifat Malas Terlebih Dahulu
Dalam dua minggu yang lalu, saya dan isteri mendapat idea
yang bertalu-talu untuk business kami dan bila dikira balik, keuntungannya
boleh mencecah jutaan ringgit. Kami sampai terduduk dan kepenatan bila waktu
malam sebab terlampau asyik dengan idea yang meletop-letop.
“ Ya Allah. Baru I tau perasaan macam mana jutawan-jutawan
selalu rasa. Ini baru Allah bagi rasa dari sudut idea. Jika ditakdirka berjaya
idea kita, banyak perbezaan yang akan berlaku nanti.” Bilang saya kepada isteri
saya.
Lepas cuti Tahun Baru Cina, momentum kami agak turun sikit
dan saya pun buat analisa saya sendiri. Apa yang saya dapati adalah:
Untuk kita berjaya, kita sebenarnya perlukan beberapa
perkara penting iaitu idea, usaha yang berterusan dan juga nasib atau dalam
Islam, rezeki Allah.
Bila kita buat survey ringkas orang yang berjaya dengan
orang yang tidak berjaya, apa yang membezakan mereka adalah tindakan yang
berterusan. Tanpa tindakan yang berterusan, impian hanya tinggal impian.
Cita-cita hanyalah impian. Ini dah ibarat seperti Mat Jenin. Kerja nak berangan
jer tapi hasil takda.
Kalaulah Rasullullah s.a.w. Cuma hidup berangan, sudah pasti
Islam tidak akan kekal sehingga 1400 tahun.
Jika Usain Bolt adalah seorang yang berangan juga, sudah
pasti beliau tidak akan menang 3 Olympic yang berbeza.
Lagi satu, orang yang berjaya kebanyakkan suka bangun pagi
dan mereka bangun tersangat pagi iaitu pada pukul 5 pagi. Inilah waktu yang
dikatakan bumi sedang mendengar rintihan makhluk yang ingin berjaya. Ya ker?
Dalam Islam pun ada mengatakan tentang ni dan banyak orang Barat yang suka
bangun awal untuk beryoga, bermeditasi, dan juga untuk rancang kehidupan
seharian mereka.
Sekarang ni masalah saya yang utama adalah waktu bangun
kerana saya kerap bangun pukul 6 lebih yang lebih menjurus kepada pukul 7 pagi.
Saya rasa macam tak best sebab 2 jam saya dah terlewat dari kehidupan orang
yang berjaya.
Selagi saya tak boleh bangun tepat pukul 5 pagi dan
melakukannya secara istiqomah, saya tau saya masih jauh dari sumber kejayaan.
Semoga dengan entry saya kali ini akan membantu saya dan
pembaca agar sama-sama kita buat muhasabah diri jika kita ingin tergolong dalam
golongan orang yang ingin berjaya dunia akhirat.
0 comments: