Hadiah Telekung (Telekung Atikah) for mommy

Ramai orang confuse dan tension bila time perayaan kan? ye la...banyak nak pakai duit. Ni I nak buat promotion sikit. Siapa yang nak celebrate Raya Aidiladha tahun ni, apa kata you all belikan hadiah telekung. Ye laa...I kan saudagar telekung. Meh sini I promote sikit telekung yang you all boleh beli from me.

I kat sini nak rekemen  Telekung Atikah ni iaitu salah satu telekung yang kami jual.
Features of Telekung Atikah :

1.    Diperbuat daipada material polyester (lembut, berangin dan licin ketika dipakai)
2.    Terdapat dalam dua warna iaitu hitam atau putih
3.    Design yang simple – tiada lace cuma embroidery

4.    Disebabkan telekung ni nak bagi hadiah kat Mak, kami bagi kotak ekslusif Zaahara yang berharga RM 10 sekali.

Testi from a customer

Testi from customer

Telekung Atikah

Telekung Atikah


Telekung Atikah


The price of the telekung Atikah is RM 130 but for Raya this time, we are giving a good price which is only RM 120.

So guys, why don't you take this opportunity to buy something really good for your mommy!

Do check out www.zaahara.com for this promo.






Setiap Dinding Adalah Pintu Kepada Kejayaan

Saban hari kita dengar rintihan dari orang sekeliling kita mengenai masalah yang menimpa kehidupan mereka. Antara contoh yang boleh dikongsi ialah masalah rumah tangga, masalah tempat kerja, masalah hubungan antara manusia, masalah ibu bapa mertua, masalah kewangan, masalah pemimpin dan macam- macam lagi.

Begitu banyak masalah yang timbul sehinggakan kita pun jadi orang yang bermasalah. Tanpa disedari, pemikiran kita pun dibelenggu dengan masalah. Dari tiada masalah, kita pun akhirnya terperangkap menjadi orang yang bermasalah.

Di sini, izinkan saya untuk kupaskan sedikit mengenai “ Setiap dinding adalah pintu” berdasarkan kisah hidup saya yang mungkin boleh diguna pakai oleh anda.

Al-kisahnya bermula begini.

Kita orang Melayu banyak menghabiskan masa dengan drama tv lagi-lagi yang lahir sebelum adanya Astro. Di dalam drama TV, kita banyak disogokkan dengan cerita seperti :

1.    Orang yang berpelajaran tinggi pasti akan berjaya
2.    Orang yang miskin tak boleh berkahwin dengan orang kaya
3.    Orang kaya adalah raja sebenar
4.    Orang yang asalnya miskin atau susah, bila dah berjaya, 60% akan berubah dari segi karakter dan berkemungkinan akan menjadi manusia yang sombong kelak
5.    Ibu-bapa bersusah payah membesarkan anak yang mana akhirnya anak-anak meninggalkan mereka
6.    Buku hanyalah untuk time periksa. Buku adalah sesuatu yang alien bagi kebanyakkan orang
7.    Rumah besar, kereta besar, pangkat besar, ini adalah sumber kejayaan

Ok, di atas adalah beberapa contoh drama yang biasa kita nampak di kaca tv satu ketika dulu. Sekarang zaman dah berubah, drama tv pun banyak yang dah better tapi unsur-unsur di atas masih ada lagi.

Saya di besarkan di daerah Klang, salah satu daerah di Selangor. Kehidupan saya agak stabil dan saya tak pernah berada dalam keadaan susah walaupun ada ketikanya ibu bapa saya berada dalam keadaan ekonomi yang agak terhad. Saya tidak ambik peduli sangat kerana apa yang saya pinta pasti dapat.

Ayah saya seorang businessman dan ibu pula seorang pengetua sekolah. Justeru, hati saya sebenarnya lebih cenderung untuk jadi seorang businessman bila sudah besar kelak.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya. Lepas saya tamat pelajaran degree pada sekitar 2006, saya masuk ke kancah pekerjaan. Dari tahun 2006 sehinggalah tahun 2012 di mana saya mula mempersoalkan ke mana hala tuju kehidupan saya.

Ya, ketika umur saya melangkau 29, saya mula sedar yang saya perlu buat tindakan drastic tetapi hidup ini tidak semudah yang kita sangka kan?
Bagi sesiapa yang minat matematik, hidup kita ini adalah berdasarkan nombor dan juga kebarangkalian. Setiap pilihan yang kita ambil akan membawa kita ke sebuah destinati. Destinasi A ataupun Destinasi B.

Berdasarkan survey yang saya buat terhadap orang-orang yang berjaya, mereka kebanyakkannya tahu dan pasti mengenai destinasi mereka. Mereka bukan berada di tempat mereka kerana nasib semata-mata. Semuanya telah dirancang dengan rapi. Adalah tipu jika kita dengar cerita mereka yang mengatakan mereka tidak sangka mereka boleh kecapi kejayaan dengan hanya nasib dan bantuan Allah.

Berbalik kepada cerita saya, 2012 adalah tahun di mana saya berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat hebat. Ketika saya membuat pilihan untuk berkahwin dengan beliau, beliau tidak minta apa-apa pun dari saya kecuali bawa dia ke syurga. Simple tapi padu.

Begitu jugalah dengan ibu saya. Saya pernah tanya kepada beliau apakah cita-cita beliau terhadap saya. Jawapannya ringkas dan padu iaitu ‘ jadilah anak yang soleh’.

So sekarang saya nak kalian bayangkan dua wanita hebat di kanan dan kiri saya meminta sesuatu yang simple dan padu dan tidakkan ini membuatkan saya harus dengan lebih segera memikirkan destinasi sebenar kehidupan saya?

2012 sehinggalah 2015, saya mulakan langkah dengan melakukan business secara part time dan akhirnya setelah bertahun doa dan meminta petunjuk, syarikat saya bekerja mengalami kerugian disebabkan kejatuhan harga minyak.

3 bulan terakhir saya bekerja iaitu sekitar bulan Julai sehinggalah September 2015, saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri.

Syarikat gergasi pun boleh tumbang. Apakah tandanya semua ini?

Hati kecil saya berkata, “Adakah jalan terbaik untuk issue ini ialah berhenti dari makan gaji dan teruskan perjuangan sebagai seorang entrepreneur?”

Agak lama jugak saya berfikir dan berfikir dan akhirnya saya terpaksa buka pintu baru dalam kehidupan saya.

“ Let’s walk hand in hand to Jannah” atau “ Mari kita berjalan bersama menuju ke syurga”.

Itu adalah slogan Zaahara di mana bila saya teliti balik, itulah BIG WHY saya yang sebenar bila melakukan business telekung.

Perlukah saya gusar dan takut sekiranya saya ada Allah?

Secara jujur, ada ketika ini dimana hati kecil saya berkata boleh kah kita survive?

So bagaimana saya melawan perasaan gundah saya?

1.    Berdoa dan berbicara bersama Allah
2.    Minta ibu bapa doakan
3.    Minta isteri doakan
4.    Minta orang susah doakan
5.    Yakin kepada diri sendiri

Secara purata, kita hidup sekitar 60-70 tahun dan saya ketika ini sudah menjangkau 33 tahun. Apakah saya ada masa untuk berdolak-dalik sekiranya saya tidak ambil tindakan yang sewajarnya?

Begitu juga dengan kalian para sahabatku.

Hidup ini penuh dengan pancaroba tetapi masih ada jalan penyelesaiannya. Tidak yang pasti tetapi biarlah kita akhiri kehidupan kita dengan yang terbaik agar kehidupan kita pasti dapat dimanfaatkan oleh orang sekeliling kita.

Hidup ini ibarat penjara bagi yang ingin berjaya akhirat tetapi syurga bagi yang kejar dunia.

Kehidupan kita kosong tanpa handphone di tangan tetapi jiwa kita akan lebih kosong jika kita tidak mengisi dengan Quran dan Solat.

Hari kelmarin mungkin kita hidup dalam keadaan lara. Mungkin. Apakah kita sanggup teruskan perjuangan hidup kita dengan perbuatan dan amalan sia-sia yang akhirnya akan membawa kepada kehancuran diri?

Hidup ini singkat.

Dari hari ke hari kita ditinggalkan masa.

Ayuh sahabat sekalian.

“Every wall is a door”.

Bila kita tahu siapa dana pa motif sebenar kehidupan kita, sekurang-kurangnya kita sudah membuka jalan untuk ke destinasi yang sewajarnya.

Akhir kata,  jadilah manusia yang dapat memberi manfaat kepada makhluk yang lain agar kita tidak dilabel manusia yang bertopengkan haiwan yang tiad misi dan visi dalam kehidupan.


Telekung Farhana

Telekung Farhana adalah salah satu telekung yg unik buat kami sebabnya dua tahun lepas ketika percutian kami di Indonesia bersama beberapa kenalan kami, kami telah brainstorm untuk produk/ koleksi telekung yg patut kami keluarkan.

Salah seorang rakan kami bernama Yang Farhana suggested kami buat satu range telekung yg bersesuaian untuk wakaf dan harganya pun patut berpatutan.

Pikir punya pikir, akhirnya kami berjaya designkan satu telekung yg mana terdapat jahitan hitam di sekeliling muka. Jahitan hitam ini bertujuan untuk mengelakkan bahagian muka jadi kotor disebabkan 'make-up, daki ataupun peluh'. Ialah, kalau ramai orang pakai, kan telekung senang jadi kotor kan?

Haaa... Dengan ini, kami pun namakan telekung wakaf kami dengan nama Telekung Farhana bersempena dengan nama rakan kami yg cadangkan agar kami keluarkan telekung wakaf.


Telekung Farhana
Telekung Farhana

"An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

The day has come in which Zaahara and friends will be organizing "An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

This event is to generate interest among the kids to pick up English as most of us are aware that kids do not like English. Kids have fear in that subject.

Based on our surveys, kids who comes from the rural or underprivileged are even more skeptical of English.

Well, thanks to NGO such as Small Changes that has proven that English is not alien and it is easy to learn and pick up.

Besides them, Nous Academy & Events will be there to share and conduct 'Public Speaking Workshop'. Interesting right? I believe even the adults have fear in public speaking.

Lastly, a superstar of the day will be Norhafsah Hamid, a well known author who has written 3 books as of now. Zaahara loves her because of her simplicity approach and you'll be amazed of her background and what she is at the moment.

So, what do we do?

We gather the best for the rest. That's what Zaahara's CSR normally is. We love to see the smile among the kids. Our aim is to educate the public that charity does not just involve monetary. It can involve a lot of things and the best form of charity is education. With education, people can get out from their comfort zone and change themselves and also the world.

Give a man to fish and he has food for a day, teach him how to fish and you get rid of him the entire weekend. - Zenna SHanna Scha

Whoever wishes to join, the event details are as below:
Date : 8th May 2016
Time : 10am-2 pm
Venue : Asrama Haluan Penyayang (AHP) Klang
Lot 4213, Jalan Klinik, Kg. Bukit Naga, Syeksyen 32, 40460 Shah Alam.

Thank you once again to all and may Allah protect us from the arrogance and riya in our daily life.

Kisah Movie 'Ada Apa Dengan Cinta 2' Dengan Kehidupanku

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! 

Me and Mrs are excited as we managed to bought the Ada Apa Dengan Cinta 2 (#AADC2) ticket at MBO Subang Jaya yesterday. 

Well, apa yang menarik sangat pasal movie nie?

Honestly, for me, bukan cerita ni yang menarik tapi kisah disebalik movie ni yang menarik.

Masa #AADC yang pertama dulu, I was 22 years old and during that time, I was single mingle sebab baru je lepas break up dengan my so-called cinta agung. Gilakan? Umur baru 22 dah ada cinta agung. Puihh!

Masa time tu, I rasa macam I dah nak jadi gila. Macam nak bunuh diri bagai. Macam-macam benda negative bermain dalam kepala otak I time tu.

“Anas, if you love someone so bad, u kena biar dia pergi. Cinta ni ibarat burung yang terbang. Kalau dia sayang kepada tuannya, dia akan kembali. Kalau tak, anggaplah ini pengorbanan u terhadap cinta agung u.” Melissa bukan nama sebenar.

Gila. Senang je minah ni cakap macam tu. Yang gila bukan dia tapi I.

Dari umur I 22 hinggalah ke 27, I bertukar ganti gf sampai at one time, I have a few gf. Boleh tahan jugak I time tu. Bukan nak bangga tapi itulah hakikat sebenar.

Yang sedihnya, I masih lagi terfikir pasal cinta agung I. Gila. Memang gila.

Masa I umur 27, ada satu minah baru (freshie) masuk kat office I. Mula-mula I tak ambik port sangat sebab I time tu ada gf and skandals. Tapi, ada satu ketika masa I tengah attend office dinner, ada satu mamat office datang kat I and cakap :

“Beb, ko kenal tak Erin? Dia satu floor ngan ko. Dia tu baik tau. Pandai. Ko patut kenal dia.” Malik Dinnar.

Dalam hati I terasa pelik. Mamat ni perli ke apa?

Ok takpa. Disebabkan mamat ni dah bagi headstart, I pun apa lagi. Player mestilah bertindak kan?

I pun tanpa segan silu mulakan langkah untuk berkenalan dengan minah freshie nie.

I start dengan tangkap gambar dulu. Time tu ada event kat office kitaorang and I bawak camera. I cakap ngan dia jom tangkap gambar for fun. Dia ok je. Takda masalah.

Sebulan kemudian , 10/10/10, Sunday, I was bored on my bed. I messaged dia kat FB. The conversation was like this:

I: “wah, banyaknya kawan u dalam FB. More than 1000. U ni celebrity ke apa?”

Erin: “LOL. I memang banyak kawan la.”

I: “ Can I have your BBM pin code?”

Erina : “yes sure. Ashjay26123”

Haaa..bermula dari saat tu, I pun start insert jarum. Sikit demi sedikit. Dari sikit sampai la ke tahap message yang meggila.

Reason I tak mintak phone number is because I tak nak gelojoh. I nak chill and relax je this time around.

Erin has a boyfriend time tu and she has been dating for 4 years. I told her yang dia kena breakup sebab both of them tak sesuai. Selamber tak?

Haha…Bila I pikir balik, I sedar yg I memang gila and very straightforward.

One fine day, my cinta agung called me. Gila laa..tengah I dok syok flirting dengan Erin, she called me. Berdebar-debar gak time tu.

“Anas, can we meet up?” Miss J.

“Yes sure. U called me nak bagi kad kahwin ke?” I.

“Panjang citer. Nanti I citer kat U.” Miss J.

Gila. Serious gila. Bayangkan cinta agung message nak jumpa wei.

I told Erin about this. Dia kata jumpa jelaa…Time tu I and Erin belum couple lagi. Still friends. Belum sampai friends with benefits pun. (ops).

So masa perjumpaan I dengan cinta agung I, she told me she broke up dengan fiancé dia sebab her fiancé cheated on her.

I kaget. What should I do and how should I respond?
Well, we lepak and chat for 2 hours kat kedai makan over the lunch. I terasa macam drama melayu pulak.

After the meeting, she asked me to drive her home. I kata ok lah. No problem.

“Whatever happened to me, we can’t be together Anas. My mom doesn’t approve our relationship because of what you did to me. Same goes to my families.” Miss J.

“Oh really? Too bad for me then.” I.

To be honest, I am so thankful for this meeting. My feelings towards Miss J hilang. Hilang serta merta. This is what I call closure in the relationship.

Alhamdulillah. Tak sangka I dapat that closure.

Anyways, move forward. I finally managed to tackle Erin and we are now married.

Been married for the past 4 years and I am so happy and blessed to have a wonderful wife and a wonderful mother to my kid!

Guys, I am sharing this sebab I nak u all tau yang cinta agung only exist between a Creator and the creation. Faham tak?

Jangan buang masa nak bercinta dengan manusia lagi-lagi yang bukan muhrim.

Ok, now please watch #AADC2 and share with me what you guys feel about this movie.

Arios



A short trip to Malacca Zoo

On Monday, we went to the Malacca Zoo. It was Monday and therefore tak banyak orang kat sana.

Aisya was so excited to see the animals and after we finished the trip, I asked her the next day to name me at least 10 animals.

She managed to name 10 and Mrs told me that is a good way of teaching the kids to remember.

Wow...Tak sangka I am now a dad and teaching my kid without even realizing it.
Aisya and Elephant at the Malacca Zoo