Setiap Dinding Adalah Pintu Kepada Kejayaan

02:22 anas 0 Comments

Saban hari kita dengar rintihan dari orang sekeliling kita mengenai masalah yang menimpa kehidupan mereka. Antara contoh yang boleh dikongsi ialah masalah rumah tangga, masalah tempat kerja, masalah hubungan antara manusia, masalah ibu bapa mertua, masalah kewangan, masalah pemimpin dan macam- macam lagi.

Begitu banyak masalah yang timbul sehinggakan kita pun jadi orang yang bermasalah. Tanpa disedari, pemikiran kita pun dibelenggu dengan masalah. Dari tiada masalah, kita pun akhirnya terperangkap menjadi orang yang bermasalah.

Di sini, izinkan saya untuk kupaskan sedikit mengenai “ Setiap dinding adalah pintu” berdasarkan kisah hidup saya yang mungkin boleh diguna pakai oleh anda.

Al-kisahnya bermula begini.

Kita orang Melayu banyak menghabiskan masa dengan drama tv lagi-lagi yang lahir sebelum adanya Astro. Di dalam drama TV, kita banyak disogokkan dengan cerita seperti :

1.    Orang yang berpelajaran tinggi pasti akan berjaya
2.    Orang yang miskin tak boleh berkahwin dengan orang kaya
3.    Orang kaya adalah raja sebenar
4.    Orang yang asalnya miskin atau susah, bila dah berjaya, 60% akan berubah dari segi karakter dan berkemungkinan akan menjadi manusia yang sombong kelak
5.    Ibu-bapa bersusah payah membesarkan anak yang mana akhirnya anak-anak meninggalkan mereka
6.    Buku hanyalah untuk time periksa. Buku adalah sesuatu yang alien bagi kebanyakkan orang
7.    Rumah besar, kereta besar, pangkat besar, ini adalah sumber kejayaan

Ok, di atas adalah beberapa contoh drama yang biasa kita nampak di kaca tv satu ketika dulu. Sekarang zaman dah berubah, drama tv pun banyak yang dah better tapi unsur-unsur di atas masih ada lagi.

Saya di besarkan di daerah Klang, salah satu daerah di Selangor. Kehidupan saya agak stabil dan saya tak pernah berada dalam keadaan susah walaupun ada ketikanya ibu bapa saya berada dalam keadaan ekonomi yang agak terhad. Saya tidak ambik peduli sangat kerana apa yang saya pinta pasti dapat.

Ayah saya seorang businessman dan ibu pula seorang pengetua sekolah. Justeru, hati saya sebenarnya lebih cenderung untuk jadi seorang businessman bila sudah besar kelak.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya. Lepas saya tamat pelajaran degree pada sekitar 2006, saya masuk ke kancah pekerjaan. Dari tahun 2006 sehinggalah tahun 2012 di mana saya mula mempersoalkan ke mana hala tuju kehidupan saya.

Ya, ketika umur saya melangkau 29, saya mula sedar yang saya perlu buat tindakan drastic tetapi hidup ini tidak semudah yang kita sangka kan?
Bagi sesiapa yang minat matematik, hidup kita ini adalah berdasarkan nombor dan juga kebarangkalian. Setiap pilihan yang kita ambil akan membawa kita ke sebuah destinati. Destinasi A ataupun Destinasi B.

Berdasarkan survey yang saya buat terhadap orang-orang yang berjaya, mereka kebanyakkannya tahu dan pasti mengenai destinasi mereka. Mereka bukan berada di tempat mereka kerana nasib semata-mata. Semuanya telah dirancang dengan rapi. Adalah tipu jika kita dengar cerita mereka yang mengatakan mereka tidak sangka mereka boleh kecapi kejayaan dengan hanya nasib dan bantuan Allah.

Berbalik kepada cerita saya, 2012 adalah tahun di mana saya berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat hebat. Ketika saya membuat pilihan untuk berkahwin dengan beliau, beliau tidak minta apa-apa pun dari saya kecuali bawa dia ke syurga. Simple tapi padu.

Begitu jugalah dengan ibu saya. Saya pernah tanya kepada beliau apakah cita-cita beliau terhadap saya. Jawapannya ringkas dan padu iaitu ‘ jadilah anak yang soleh’.

So sekarang saya nak kalian bayangkan dua wanita hebat di kanan dan kiri saya meminta sesuatu yang simple dan padu dan tidakkan ini membuatkan saya harus dengan lebih segera memikirkan destinasi sebenar kehidupan saya?

2012 sehinggalah 2015, saya mulakan langkah dengan melakukan business secara part time dan akhirnya setelah bertahun doa dan meminta petunjuk, syarikat saya bekerja mengalami kerugian disebabkan kejatuhan harga minyak.

3 bulan terakhir saya bekerja iaitu sekitar bulan Julai sehinggalah September 2015, saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri.

Syarikat gergasi pun boleh tumbang. Apakah tandanya semua ini?

Hati kecil saya berkata, “Adakah jalan terbaik untuk issue ini ialah berhenti dari makan gaji dan teruskan perjuangan sebagai seorang entrepreneur?”

Agak lama jugak saya berfikir dan berfikir dan akhirnya saya terpaksa buka pintu baru dalam kehidupan saya.

“ Let’s walk hand in hand to Jannah” atau “ Mari kita berjalan bersama menuju ke syurga”.

Itu adalah slogan Zaahara di mana bila saya teliti balik, itulah BIG WHY saya yang sebenar bila melakukan business telekung.

Perlukah saya gusar dan takut sekiranya saya ada Allah?

Secara jujur, ada ketika ini dimana hati kecil saya berkata boleh kah kita survive?

So bagaimana saya melawan perasaan gundah saya?

1.    Berdoa dan berbicara bersama Allah
2.    Minta ibu bapa doakan
3.    Minta isteri doakan
4.    Minta orang susah doakan
5.    Yakin kepada diri sendiri

Secara purata, kita hidup sekitar 60-70 tahun dan saya ketika ini sudah menjangkau 33 tahun. Apakah saya ada masa untuk berdolak-dalik sekiranya saya tidak ambil tindakan yang sewajarnya?

Begitu juga dengan kalian para sahabatku.

Hidup ini penuh dengan pancaroba tetapi masih ada jalan penyelesaiannya. Tidak yang pasti tetapi biarlah kita akhiri kehidupan kita dengan yang terbaik agar kehidupan kita pasti dapat dimanfaatkan oleh orang sekeliling kita.

Hidup ini ibarat penjara bagi yang ingin berjaya akhirat tetapi syurga bagi yang kejar dunia.

Kehidupan kita kosong tanpa handphone di tangan tetapi jiwa kita akan lebih kosong jika kita tidak mengisi dengan Quran dan Solat.

Hari kelmarin mungkin kita hidup dalam keadaan lara. Mungkin. Apakah kita sanggup teruskan perjuangan hidup kita dengan perbuatan dan amalan sia-sia yang akhirnya akan membawa kepada kehancuran diri?

Hidup ini singkat.

Dari hari ke hari kita ditinggalkan masa.

Ayuh sahabat sekalian.

“Every wall is a door”.

Bila kita tahu siapa dana pa motif sebenar kehidupan kita, sekurang-kurangnya kita sudah membuka jalan untuk ke destinasi yang sewajarnya.

Akhir kata,  jadilah manusia yang dapat memberi manfaat kepada makhluk yang lain agar kita tidak dilabel manusia yang bertopengkan haiwan yang tiad misi dan visi dalam kehidupan.


You Might Also Like

0 comments: