Dua kali hampir dropout dari University
Saya hampir jadi student dropout dua kali.
1. Masa first sem diploma UiTM di mana saya hanya dapat 1.65.
2. Masa sem 4 Masters di UiTM di masa saya fail Viva saya.
2. Masa sem 4 Masters di UiTM di masa saya fail Viva saya.
Dua kali saya terpaksa bangun dan beritahu diri saya yang saya kena lulus.
Walaupun saya selalu membaca buku-buku kisah kejayaan orang lain terutamanya kisah orang barat di mana kebanyakkan billionaire di sana adalah dropout, bagi saya, sekiranya kita diberi peluang untuk belajar, jangan sia-siakan peluang tersebut.
Certificate tidak menjamin kejayaan besar dalam hidup tetapi, karakter dalam menghabiskan cabaran dalam pelajaran boleh diguna pakai untuk berjaya dalam hidup.
Saya dibesarkan dalam keadaan yang simple dan relax oleh kedua ibu-bapa saya.
Mereka tidak pernah kata saya kena dapat A atau no.1.
Mereka cuma kata pelajaran tu penting.
Lebih baik jadi orang yang tidak kaya tetapi berpelajaran dari menjadi orang kaya tapi takda pelajaran.
Mungkin ramai yang tidak akan agree dengan statement ni tapi demi masa hadapan anak-anak Malaysia yang lebih cemerlang, saya sarankan agar ibu-bapa di luar sana untuk tekankan kepentingan pelajaran.
Kalau bukan disebabkan ibu-bapa saya, mungkin saya tidak akan mencintai buku dan pelajaran.
Sehingga kini, saya akan cuba belajar sesuatu setiap hari dari mana-mana sumber yang boleh saya cedok.
Percayalah bahawa kita manusia sudah diberi akal yang membezakan kita dan binatang.
Jika kita tidak beri makanan berunsurkan ilmu kepada akal kita, bagaimana kita hendak jadi khalifah
0 comments: