Tips Mudahnya Bahagia Menantu Dan Mentua

07:10 anas 0 Comments

Keluarga bahagia bermula dari rumah (www.zaahara.com)

Semakin hari semakin meningkat kes perceraian di Malaysia. Kalau korang nak tahu, sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara telah mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun. (Sumber Utusan Malaysia tarikh 4 March 2016).

Beberapa faktor utama kes perceraian yang berlaku adalah disebabkan:

1. Datang dari dua 'background' yang berbeza
2. Tiada hubungan yang bagus antara mertua dan menantu

Ok pada malam ni, saya lebih berminat untuk bercerita mengenai point no.2 sebab ini adalah masalah besar yang boleh mengganggu kehidupan pasangan yang berkahwin kurang dari 5 tahun.

Ramai antara pasangan muda bila bercinta, mereka lupa nak lihat mengenai kehidupan kekeluargaan dan juga tanggungjawab yang harus dipikul.

" I love you" semata tidak mencukupi bila dah berkahwin kerana "I love you" yang sebenar adalah " I love all your family as they are my family too".

Ramai yang mempunyai dan 'adopt ayat seperti "Mak saya, Mak awak, family saya, family awak."

Sebenarnya bila seseorang dah berkahwin, mereka kena ingat principle wajib iaitu:
  1. Isteri wajib mendengar cakap suami dan patuh dan taat terhadap suami. Kewajipan ini melebihi keluarga mereka sendiri iaitu even ayah si isteri jatuh no. 2 selepas suaminya.
  2. Suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ibu bapa isteri dan juga ibu bapanya sendiri. Ini bermaknya, si suami wajib menjaga dan menyayangi ibu bapa si isteri seperti ibu dan ayah mereka sendiri.

Inilah silapnya yang terjadi di kalangan suami isteri termasuklah diri saya yang sedang share status ni.

Di dalam hubungan suami isteri, kita kena tolak ansur ego dan juga kita kena banyak memberi dalam hubungan kekeluargaan lagi-lagi terhadap ibu-bapa kita.

Ibu bapa mertua mungkin tidak akan dapat memberi kasih sayang 100% terhadap menantu disebabkan 'barrier' dan juga 'obstacle' yang wujud tetapi bagi menantu yang masih muda dan fresh dalam kehidupan, adalah tidak salah untuk memberi 'servis' dan layanan yang terbaik untuk ibu bapa mertua mereka.

Lumrah kehidupan adalah orang tua akan pergi dulu dari kita dan apa salahnya jika kita buang ego kita demi kebahagian mereka kan?

Banyak pasangan muda akan lebih meminta ibu bapa mertua untuk memahami mereka dan disebabkan tiada persefahaman, mereka mengambil langkah mudah dengan mengatakan yang ibu bapa mertua tak best dan pilih kasih dan macam-macam lagi.

Secara logiknya, cuba kita 'fast forward' kehidupan kita 20 tahun akan datang di mana kita pula akan menjadi mertua kepada menantu kita. Apa perasaan kita jika menantu tak ambik hati kita?

Kalau di barat, ibu bapa mertua bersifat open minded sebab itu adalah 'culture' mereka. Kita di Asia masih lagi di takuk 'orthodox' walaupun ada segelintir ibu bapa mertua yang sudah 'adopt' culture yang cool dimana mereka faham bahawa perkahwinan bukanlah bererti mereka kehilangan anak. Perkahwinan bererti pertambahan anak. 

Kesimpulannya, kita tidak boleh mengharap ibu bapa mertua untuk memahami kita sebagai menantu tetapi kita yang muda ini sudah tentu boleh bertindak secara lebih bijak dimana kita yang memahami mereka.

Dalam hubungan kekeluargaan, masa diperlukan untuk hubungan yang akrab antara menantu dan mertua. Jangan terus mengalah kerana syaitan suka kepada perceraian. 

Ingat, tiket untuk syurga berada di tapak kaki ibu. Oleh itu, ibu mertua pun ibu juga. Jangan main-main. Kang tak pasal-pasal tak masuk syurga sebab tak jaga mak mertua!

You Might Also Like

0 comments: