Pengalam ketika berada di Masjid Nabawi


Masjid Nabawi

Posting ni adalah throwback masa I pergi Umrah tahun lepas.

Dalam kehidupan kita, kita boleh pilih untuk terus hidup dalam 'zone selesa' atau keluar dari 'zone selesa' untuk sesuatu yang luar biasa.

Izinkan saya share mengenai pengalaman solat saya di Masjid Nabawi.

Ketika solat Suboh dan Dzuhur, saya sembahyang di tempat yang sangat selesa. Tempat yang saya gelarkan khas untuk orang-orang yang suka berada dalam keadaan selesa. Tempat yang saya maksudkan adalah tempat diruangan tambahan iaitu jauh dari Raudhah atau bahagian asal masjid. Kawasan ini lebih dekat dengan hotel. Di sini tempatnya sangat selesa kerana orang tidak akan berebut. Orang lebih suka berebut jika mereka berada di Raudhah atau pun di Makam Nabi.

Ketika waktu Asar pula, saya biasanya akan berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan 'Raudahah', iaitu tempat yang jauh ke hadapan. Di ruang ini, solat masih lagi selesa tetapi tidaklah seselesa ketika di waktu Subuh dan Dzuhur.

Untuk Solat Mahhrib pula, saya pilih untuk solat dalam 'Raudah'. Tempat ni adalah tempat yang paling mustajab doanya so bayangkan betapa ramainya orang nak solat di sini. Saya berjaya juga solat Maghrib di sini tapi dalam keadaan yang sangat tak selesa. Tapi saya puas. At least saya belajar sesuatu.

Apa yang I belajar kat sini ialah:

Kalau kita kehendakkan sesuatu yang luar biasa, sudah pasti akan ada banyak halangan dan ianya juga akan disusahkan lagi dengan cabaran oleh orang lain. Nak tak nak, kena usaha dan berusaha tanpa ada perasaan jemu.

Kesimpulannya, cuba lihat dimana you berada sekarang. Kalau you berada dalam zone selesa, bermakna hidup you kena berubah.

Be it in relationship, career, business, studies etc.

Allah memang suka kita sentiasa upgrade life kita. Setiap hari kena ada perubahan. Perubahan itu pula kena ke arah positif supaya kita akan maju dan maju.

Salam.


Dari Nokia ke Blackberry dan berakhir dengan Iphone


 Malam ni tiba-tiba teringat pasal handphone Nokia and terus teringat nak cerita pasal handphone. 

I masih ingat nama-nama handphone yang I guna sejak tahun 2000 iaitu ketika I form 5. Time tu I pinjam phone Ayah sebab dia ada phone lain. Phone yang I guna ialah Nokia 3210. Legend gila kot phone ni. Sapa-sapa pakai phone ni memang legend. 

Apa yang best pasal handphone ni?

Depa kata kalau baling anjing, anjing boleh mati. Tu je laa kelebihan dia. Takda apa yang menarik cumanya bila ada handphone, boleh laa nak usha awek time tu. haha..



Nokia 3210

Moving forward, handphone kedua I ialah Nokia 8210. Handphone ni best gila sebab dia kecik, ringan and cute sangat. I pakai masa time dah nak dekat ngan SPM. Sempat pakai beberapa bulan sebelum handphone ni rosak. Handphone ni rosak sebab masa last day sekolah, handphone ni kena air. Pergh. Sedih siut. I ingat lagi time I sedih ngan handpone ni.
Nokia 8210


Untuk handphone ke-tiga dan seterusnya, I kurang ingat the punya sequence tapi yang pasti, I pakai handphone Nokia N70, Nokia 8310 dan akhirnya Nokia 6600. 

Handphone Nokia berakhir bila I dah mula masuk umur 26 tahun di mana I mula bekerja kat Sapura.





Nokia N70
Nokia 6600


Nokia 8310


Masa start kerja kat Sapura, I mula teruja dengan Blackberry sebab Blackberry time tahun 2000 'an memang sangat 'in thing.' Sapa ada blackberry boleh dikatakan stylo. Lagi-lagi kalau kerja kat office and pakai pun smart. Pergh. memang menawan. I sendiri pun rasa diri I menawan. Haha...

Blackberry Bold

Blackberry Bold

Finally, bila I dah berkahwin pada tahun 2012, I decided to settle down with Apple. I dah bertukar dua kali iaitu Iphone 5 dari tahun 2012 and now Iphone 6S Plus dari akhir tahun 2016.

Lepas ni tak sure lagi nak pakai handphone apa but for now, Iphone memang the best. Best sebab touch screen dia. 



Iphone 5
Iphone 6s Plus

Pengalaman menarik bersama penjual alatan jahit di Semua House


Semua House


Siang tadi saya ke ‘Semua House’ untuk beli piping telekung. Kami order di salah sebuah kedai menjahit di sana. 

Erin kata total yang saya perlu bayar untuk piping tadi ialah RM 580. So masa bayar, saya cuma hulurkan RM 600 dan perkara ajaib berlaku. Dia bagi saya RM 80 baki. 

Tauke : “Boss, u punya balang RM 520. Saya juai satu piping RM 6.50. Bukan RM 7.00” 

Saya : “ Thank you boss. Tapi boss, I ada satu soalan. Apa pasai u bagi discount? I tarak mintak pun." 

Tauke : “ Kami sudah 60 tahun berniaga woo. Kami mesti bagi diskaun kalau customer beli banyak. Tarak mintak pun kami mesti kasi woo.” 

Saya : “ Tapi boss, u boleh untung extra maa. I bukan confirm datang lagi.”

Tauke : “U datang atau tak, saya mesti mau kasi. Saya untung sikit sudah laa. Janji u happy. Nanti u mesti ada datang lagi punya. Kalau u tak datang, mesti u ada cerita sama olang lain.” 

Tengoklah macam mana depa berniaga. Sebab tu boleh bertahan sampai ke 60 tahun. Tak sangka perbualan saya dengan tauke cina tadi membuka mata saya untuk berniaga dengan lebih cemerlang lagi. Jika main-main, baik main PS4. Kan? Saya harap you all belajar sesuatu from this posting. Salam.

Pengalaman saya minum Tealive jika dibandingkan dengan Chatime

Tealive

Semalam adalah kali pertama kami berdua (me and my wife) beli air from Tealive. It took us almost 3 weeks baru finally we both decided nak try. Guess what happened after we tried?
Dari semalam hingga ke hari ni, we both dah beli 4 cups and total spent was RM 30. Kat sini I nak share a few things from my own experience.

 The taste is better
Rasa Tealive memang menarik. Lebih manis kalau nak compare dengan Chatime

Brand awareness
Bila sesuatu brand yang dah dikenali ramai tukar kepada jenama baru, aka nada persepsi di mana adakah kualiti dan rasa yang sama. Untuk Tealive, mereka berjaya dengan transition mereka. Saya dah confirm akan beli Tealive bila-bila saya nak bubble tea sebab saya dah merasai sendiri rasa Tealive.

Importance of Employee
Employee memainkan peranan yang sangat penting. Di sini, saya ingin mengatakan pihak Tealive perlu ‘invest’ lebih besar kerana soalan yang sama akan dijawab dengan jawapan yang berbeza.

Contoh soalan:
Adakah rasa Tealive sama seperti Chatime?

Contoh Jawapan #1
Sudah tentu tidak sama malahan lebih sedap.

Contoh Jawapan #2
Sama je macam yang dulu. Takda perubahan pun.

Haa. Nampak kan? Ini hasil tinjauan saya dekat 2 cawangan je. Kalau saya buat tour mungkin lebih banyak jawapan yang akan saya dapat.

Apa-apa hal, tahniah buat team Tealive. You all rock. Memang otai buat business. Tak semua org boleh buat business macam you all. Gila!
Ok guys. Apa lagi. Sapa yang tak pernah cuba Tealive, saya syorkan pegi laa rasa. Sedap. Serious sedap dan berbaloi. Cuma jangan jadikan amalan. Boleh kencing manis woo.

Adios!




Nilai harta juri dalam rancangan top Shark tank

Pelakon dalam Shark Tank – Nilai bersih ‘Sharks’ pada tahun 2017?

Sejak berkecimpung dalam perniagaan, saya dah makin kurang tengok TV sebab tak banyak sangat masa. Walaupun takda time sangat, lately saya suka tengok show America iaitu ‘Shark Tank’.

Show ni dah masuk season ke 8. Apa yang menarik pasal show ni ialah para usahawan sedang berusaha untuk membuat business pitch kat 5 hakim iaitu Mark Cuban, Robert Herjavec, Lori Greiner, Kevin O'Leary, Daymond John, dan Barbara Corcoran.
Selain mereka, ada juga tima yang mana ada juri VIP seperti Aston Kucher atau sapa-sapa yang ingin invest.

So kat sini saya nak share sikit sapa juri yang terlibat and berapa nilai they all

Shark Tank # 1: Mark Cuban





Mark Cuban


Seorang usahawan yang sudah senior dan pemilik Dallas Mavericks.
Syarikat yang dimiliki termasuk HDNet, MicroSolutions dan Broadcast.com.
Selain itu, beliau adalah pemilik bersama Rantaian Teater Landmark, Magnolia Pictures dan Magnolia Home Video.

Mark Cuban juga menjadi famous bila andaiannya yang tepat iaitu Yahoo akan merudum dan justeru menjual semua sahamnya. Saham Yahoo jatuh dari USD 163 ke USD 8.11.
Asset beliau ketika ini adalah dalam lingkungan USD 3.3. billion.

Shark Tank # 2: Robert Herjavec

Robert Herjavec


Keluarga Robert Herjavec berhijrah dari Croatia denga ada laporan mengatakan bahawa duit dalam poketnya tidak lebih dari USD 20 ketika itu.

Herjavec memulakan kerjayanya dalam filem dan pekerjaan pertama beliay adalah di Logiquest sebagai jurujual dimana beliau menawarkan dirinya untuk bekerja 6 bulan secara percuma.

Selepas dipecat dari Logiquest pada tahun 1990, beliau menubuhkan  syarikat sendiri, Brak System iaitu sebuah syarikat perisian keselamatan internet dan dijual kepada AT & T dengan harga $ 30.2 juta.

Nilai asset Shark Tank  ini adalah sekita USD 100 juta.

Shark Tank # 3: Lori Greiner
Lori Greiner


Lori Greiner atau lebih mesra dikenali sebagai "Ratu QVC," dan beliau adalah presiden pembangunan produk dan pemasaran.

Beliau telah melancarkan lebih daripada 400 produk dan memegang 120 paten Amerika Syarikat dan antarabangsa.

Salah satu pelaburan Lori Greiner sebagai ahli cast Shark Tank iaitu Scrub Daddy, telah menjadi salah satu daripada kisah kejayaan terbesar dari persembahan ini kerana telah mendapat USD 75 juta jualan.

Nilai bersih Lori Greiner dianggarkan sekitar USD 50 juta.

Shark Tank # 4: Kevin O'Leary
Kevin O'Leary


Kevin O'Leary terkenal sebagai salah seorang juri yang bersifat kasar. Beliau seorang yang tegas dan amat sukar diramal karakternya.

Kevin O'Leary dilaporkan memulakan perniagaan pertamanya dengan pelaburan USD 10,000 dari ibunya. Syarikat pertama Kevin O'Leary ditubuhkan di ruangan bawah tanah rumah itu selepas ibunya setelah tamat pelajaran di kolej.

O'Leary menjual syarikat miliknya iaitu ‘The Learning Company’ kepada Syarikat Mattel pada tahun 1997 untuk USD 3 bilion.

Sehingga 2016, nilai bersih O'Leary adalah USD 300 juta.

Shark Tank #5: Daymond John


Daymond John


Daymond John adalah pengasas FUBU dan membuat kekayaannya dengan membina empayar fesyen.

Daymond John dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di New York City. Dia terpaksa bekerja lebih dari satu pekerjaan untuk menyara hidup. Oleh kerana beliau inginkan pakaian yang tidak ada ditempat lain, beliau menyuruh ibunya membeli mesin jahit agar dia dapat menjahit sendiri pakaiannya. Selain itu, beliau  juga mula menjual pakaian yang dijahitnya.

Apabila topi yang beliau jual mula mendapat sambutan yang baik, Daymond John meyakinkan ibunya untuk menggadaikan rumah ibunya untuk membuat business FUBU
FUBU meletop dan masyur setelah rakan sebaya Daymond John iaitu LL Cool J memakai pakaian FUBU.

Hasil daripada kejayaan FUBU, juri Shark Tank ini bernilai USD 250 juta.

Shark Tank #6: Barbara Corcoran

Barbara Corcoran


Barbara Corcoran dianggap pakar hartanah di kalangan ‘Shark’ memandangkan dia  sudah mula dalam kancah perniagaan sejak tahun 1973. Beliau adalah pengasas Kumpulan Corcoran.

Untuk meningkatkan jenama syarikat beliau, beliau menerbitkan Laporan Corcoran, analisis trend data hartanah di New York City pada pertengahan 1970-an.
Nilai bersih Barbara Corcoran adalah dalam lingkungan USD 80 juta.

7 jenis pembiayaan perniagaan untuk permulaan perniagaan

Ramai usahawan yang ingin memulakan perniagaan tapi confuse macam mana nak dapat dana pembiayaan (funding) untuk memulakan business mereka.
Sebenarnya, terdapat beberapa sumber yang ada tetapi sama ada kita tahu atau tak.
Dengan pilihan yang berbagai, seorang usahawan harus pandai pilih supaya mereka tak terjerat dalam pembiayaan nanti.

Disini ingin sayan kongsikan 7 sumber pembiayaan yang boleh diguna pakai untuk bakal usahawan dan juga usahawan yang sedia ada.

1. Simpanan peribadi:

Ini adalah sumber yang paling menarik kerana anda menggunakan wang anda sendiri untuk melonjakkan perniagaan anda dan tidak perlu membayar orang lain dalam proses.

Kelebihan:
  1. Anda mempunyai kawalan penuh terhadap perniagaan anda, dan anda boleh berbuat sesuka hati dengan wang anda.
  2. Kepuasannya adalah anda menggunakan wang anda sendiri untuk membiayai perniagaan.


Keburukan:
  1. Jika perniagaan gagal, semua kerja keras yang anda memasukkan duit ke dalam account saving akhirnya lebur dan sia-sia
  2.  Anda tiada bimbingan daripada mentor.


2. Keluarga dan Kawan:
Anda boleh meminta kawan-kawan, keluarga atau rakan terdekat bagi membantu membiayai perniagaan anda. Jenis pembiayaan ini adalah lebih kepada hubungan itu sendiri dan bukannya penilaian pelan perniagaan yang boleh laksana. Tujuan pembiayaan jenis ini adalah untuk membantu seseorang memulakan perniagaan.

Kelebihan:
  1.  Proses pembiayaan yang lebih cepat dan kaedah pembayaran yang fleksibel.


Keburukan:
  1.  Keluarga dan kawan-kawan menyediakan pembiayaan tanpa menilai daya maju rancangan perniagaan sendiri.


3. Crowdfunding:

Ini melibatkan pembiayaan perniagaan dimana sejumlah wang kecil diambil oleh individu-individu yang ingin melabur terhadap projek seseorang. Kaedah ini popular di internet.

Kelebihan:
  1.  Mempunyai potensi mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan sekumpulan pelabur yang boleh membantu mengumpul dana.

Keburukan:
      1.    Memerlukan masa dan dedikasi sebelum keputusan boleh direalisasikan.

4. Angel Investors:

Pelabur Angel adalah individu kaya yang akan menyediakan pembiayaan dalam pertukaran untuk saham ekuiti dalam perniagaan.

Kelebihan:
  1.  Pelabur Angel boleh menawarkan nasihat berharga dan bimbingan kerana mereka mempunyai pengalaman dalam industri anda berada dalam.
  2.  Terma perniagaan yang fleksibel.

Keburukan:
       1.    Anda mungkin terpaksa melepaskan kawalan perniagaan anda sedikit.

5. Venture Capitalist (VC):

Disini, pelabur akan memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam syarikat untuk ditukar dengan saham/ ekuiti syarikat.

Wang akan diperoleh semula apabila syarikat pergi ke bursa atau di beli oleh syarikat lain.
Venture capitalists hanya akan teroka sesuatu syarikat jika potensinya besar dan memberi pulangan yang lumayan kepada mereka.

Kelebihan:
  1.  VC bukan sahaja menyediakan pembiayaan, tetapi boleh menawarkan kepakaran dan bimbingan untuk membantu membangunkan perniagaan.
  2.  VC memberikan kredibiliti perniagaan serta-merta dan membuka pintu lain ke rangkaian yang luas seperti networking yang bagus, pelabur lain dan juga rakan kongsi.

Keburukan:
      1.    Anda mungkin terpaksa melepaskan sebahagian besar perniagaan anda kerana jumlah yang besar hasil daripada laburan VC terhadap syarikat anda.

6. Pinjaman Bank:

Pinjaman bank adalah sumber popular pembiayaan bagi ramai bakal usahawan. Sebelum memohon untuk pinjaman bank, ia adalah penting untuk memastikan bahawa anda akan juga mendapat pendidikan tentang pelbagai pilihan yang ada dan kadar faedah yang datang dengan setiap pilihan.

Kelebihan:
  1.  Terdapat pilihan pembiayaan yang berbeza bergantung kepada keperluan anda.
  2. Proses pembiayaan adalah agak cepat jika anda layak.
  3.  Anda tidak perlu melepaskan kawalan ke atas perniagaan anda.

Keburukan:
  1.   Memerlukan banyak dokumentasi yang boleh memenatkan dan memakan masa. Anda perlu mendidik diri sendiri tentang pilihan yang terbaik untuk anda; jika tidak, anda mungkin akhirnya memilih satu perjanjian yang akhirnya akan menjejaskan perniagaan anda. 
  2. Wang pinjaman hasrus dibayar balik sama ada perniagaan itu berjaya atau tidak. Jika anda gagal, anda mungkin akan kehilangan asset jika ada.


7. Skim penjiman atau grant untuk Perniagaan Kecil (SME grant):

Ini melibatkan pembiayaan daripada pentadbiran kerajaan yang dikhaskan untuk membantu perniagaan kecil untuk berjaya. Bantuan perniagaan kecil SME mendapatkan modal dan memastikan bahawa peratusan tertentu daripada kontrak dianugerahkan kepada perniagaan kecil.

Kelebihan:
Membantu memperbaiki hubungan antara pemberi pinjaman dan peminjam.Peluang Peningkatan mendapat pinjaman bank jika pinjaman SBA itu diuruskan dengan betul.

Keburukan:

  1. Garis panduan kelayakan yang ketat.
  2. Untuk membantu anda memilih sumber pembiayaan yang sesuai untuk perniagaan anda, pastikan anda menyemak keperluan kewangan anda, kelayakan, dan yang mendesak pembiayaan.
  3. Sesetengah sumber pembiayaan memerlukan keperluan tertentu untuk diselesaikan sebelum anda layak. Oleh itu, penting untuk anda dapatkan didikan mengenai plan pembiayaan ini.
So sekarang anda dah pun tahu apa seumber-sumber yang ada. So pilihlah yang terbaik untuk meneruskan rancangan perniagaan anda.