8 Tips Berniaga Dari Pengalaman Jalanan di Indonesia
Sepanjang beberapa hari saya
di Indonesia pada awal tahun 2016, saya sempat belajar beberapa perkara.
1. Membacalah setiap
hari
Orang Indonesia dari pangkat
paling bawah hinggalah yang tertinggi akan membaca hari-hari. Paling kurang
mereka akan membaca surat khabar.
2. Harga makanan vs rasa
Bagi orang Indonesia, rasa
itu penting kalau nak compare dengan harga. Kalau harga mahal tapi sedap, pasti
orang sanggup bayar.
3. Cintailah bahasa ibunda
Setiap orang Indonesia pasti
boleh bercakap dalam bahasa rasmi. Tak kisah laa kaya atau miskin, semuanya
boleh bercakap bahasa Indonesia. Baguskan?
4. Perniagaan tepi jalan
Jangan pandang rendah pada
orang yang buat business tepi jalan kerana keuntungannya mungkin melebihi apa
yang kita sangka. Contohnya: Saya berborak dengan seorang yang menjual baju.
Satu baju harganya 20,000 rupiah (RM 6). Saya tanya dia berapa banyak kamu
boleh jual. Dia kata satu hari dalam 2 juta rupiah (RM 600) pada hari biasa dan
kadang-kadang 20 juta rupiah (RM 6,000) sehari pada hujung minggu. Tiada sewa
kedai pun. Gila kan?
5. Creativity
Kita boleh buat business yang
sama dengan orang lain tapi masukkan element creativity. Dengan adanya
creativity, kita memberi peluang kepada 'customer' untuk menikmati barang atau
servis yang best. Sebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah kenikmatan yang
teramat penting.
6. Jujur dalam perniagaan
Banyak orang tidak jujur
dalam perniagaan. Tapi, sekiranya seseorang peniaga itu jujur, pasti keuntungan
akan datang walaupun lambat.
7. Harta vs ilmu
Carilah harta cukup untuk
kamu hidup. Carilah ilmu sebaik mungkin kerana dengan adanya ilmu, orang akan
datang dan menyanjung kamu
8. Malas vs rajin
Orang yang miskin di
Indonesia rata-ratanya adalah orang yang sangat malas. Orang yang rajin akan
sentiasa nampak peluang untuk carik duit. Mungkin tak kaya tapi tidaklah sampai
miskin.
Kadang-kadang ilmu yang ada
depan mata tu benda yang simple je. Cara kita melihat dan interpret saja yang
menyebabkan kita dapat sesuatu yang berharga atau tak.