Jangan Lupa Baca Doa Bila Naik Kenderaan: Pengalaman Ketika Naik Malindo
" This Captain is nice in
everything. He is a good Captain, a good father and a good human."
Nama
Captain kapal terbang Malindo ini ialah Capt. Ahmad Razlah. Orangnya sangat
humble dan tinggi budi pekertinya.
"Ini
bukan kapal 100% patuh syariah (Malindo) tapi kita mulakan dengan membaca doa.
Kepada non Muslim, awak berdoalah dengan cara awak." Capt. Ahmad.
So
kami yang dalam kapal terbang pun berdoalah. Lagipun baru-baru ni terjadi viral
dimana ada syarikat kapal terbang di Malaysia yang mengatakan bahawa mereka
patut syariah 100% walhal pemilik syarikat tersebut bukannya orang Islam pun.
Selain
dari syarikat tu, ada Captain kapal dari AirAsia yang juga jadi viral kerana
pandai berdoa dan juga berpuitis
Maknanya
trend sekarang dah berubah. Dengan adanya syarikat penerbangan AirAsia yang
sudah membuka peluang untuk semua orang terbang, tiada lagi ekslusiviti dimana
hanya golongan tertentu je boleh terbang macam 20 tahun sudah.
Yelah.
Ada time tiket kapal terbang lagi murah dari tiket bas. Betul tak?
Anyways,
berbalik kepada cerita Kapten kapal ni baca doa, saya di sini dapat belajar
sesuatu iaitu:
Doa
adalah kekuatan kita sebagai hambaNya. Tidak kira agama apa pun, berdoalah
kepada Pencipta kita. Janganlah kita jadi manusia yang sombong dan lupa
kepadaNya.
Pesanan
ringkas:
Kalau
Kapten kapal terbang boleh berdoa, apa lagi kita yang cuma memandu kereta dan
motosikal kan?
Salam.
0 comments: