Bayaran Ilmu

Kita sanggup bayar beribu-ribu untuk jadi kaya di dunia.
Tapi, untuk belajar agama yang boleh membawa kita ke syurga, tak sanggup pula kita membayar beribu-ribu.
Sungguh pelik tapi benar.
Demi Ferragamo, Prada, Mercedes ....kalau kena gadai rumah pun sanggup.
Renung-renungkan ya....

Bagaimana kita boleh belajar kehidupan dari kanak-kanak

Budak kecil bila jatuh, mereka akan bangun dan terus main.
Jatuh beribu kali pun, mereka akan tetap bangun dan main.
Nota:
Untuk berjaya, jadilah seperti budak kecil. Bila jatuh, bangun. Macam mana perit pun, bangun. Ok?



Khatam Quran di Makkah dan Madinah




Khatam Quran in Makkah
Semasa saya di Umrah, saya berjaya khatam quran 2 kali dalam tempoh 12 hari.
Saya terpaksa share cerita ni supaya lebih ramai di luar sana yang dapat manfaat dari pengalaman ini.
- - - - -
Bertahun lamanya saya tidak membaca Quran dan bermula dari tahun lepas, saya nekad untuk khatam at least sekali. Alhamdulillah, saya khatam 2 kali.
Bagaimana?
Saya mulakan dengan hanya membaca satu atau dua page hari2 dan bila dah lama sikit, saya up kan sikit tempo dengan membaca lebih dari 2 page setiap hari.
So masa pi umrah baru-baru ni, target saya cuma satu khatam tetapi Ayah saya bilang "apa kata khatam 2 kali. Sekali di Madinah dan sekali lagi di Makkah?"
Since saya pi umrah solo , tiada family atau jemaah lain yang bersama saya, saya pun sahut cabaran Ayah saya. Hari-hari saya baca dan saya spend most of my time in Masjid insted of dalam Hotel.
Ada kalanya saya spent dalam 6-9 hours dalam masjid. Ini adalah pengalaman-pengalaman baru yang saya sendiri tak pernah sedar saya boleh buat.
Apa rahsianya?
Rahsianya mudah. Setiap orang ada misi bila dia ke umrah. Saya punya misi ada untuk khatam alquran dan beribadah semata-mata.
Berbalik kepada cerita alquran, saya pernah merasa penat sehingga saya tertidor dan ada kalanya mata saya berpinar.
Itulah saya kata. Ini adalah satu pengalaman baru dan menarik yang mana ianya bukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan kita.
Saya share cerita ni sebab saya nak mengajak lebih ramai orang supaya kembali ke Quran. Seriously tak rugi dan tak sia-sia.
I am not an ustaz. I am not pak alim.
Saya cuma orang biasa yang cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan cara tersendiri.
Saya dahulu selalu beranggapan Quran adalah satu kitab yang boring dan hanya untuk orang-orang alim.
Malam Jumaat disarankan baca Yassin. Masa kecil at least kita semua kena khatam sekali.
Itu je ker?
Takkan lah Quran yang dituju khas kepada kita, kita sanggup tak buka dan tak baca?
Yes, saya memang tak faham apa yang saya baca. Tajwid saya mungkin tak perfect. Dari 114 surah, saya cuma hafal dalam 15. Banyak lagi yang perlu dikemas kini tetapi ini cuma permulaan.
Pada umur 33, saya sudah bermula. Ada yang sudah bermula jauh lebih awal dari saya dan ada yang sudah dalam kategori hafiz.
Wahai sahabat sekalian, beribu sahabat fb saya begitu teruja untuk jadi kaya. Hari-hari doa nak jadi kaya.
Kalau anda semua nak tahu, Allah itu Maha Kaya. Kalau dia nak bagi, dia boleh bagi. Silap-silap dia boleh bagi melebihi dari apa yang kamu boleh imagine.
Tapi, dia dah bagi peluang untuk masuk ke syurga dia yang mana istana dan kenikmatannya adalah sesuatu yang melebihi kenikmatan dunia. Takkan itu pun kita sanggup ketepikan semata-mata untuk kepuasan dunia yang fana dan sementara?
Yes, mana boleh kejar akhirat je kan? Betul tapi, apa kata kita sama-sama ubah mindset kita. Cuba kita pohon Allah bagi kita kekayaan ilmu akhirat, kecintaan terhadap quran, iman dan sebagainya. Sudah tentu Allah cipta kita untuk jadi hamba yang soleh dan orang yang beriman kan?
Selama ni saya tak faham semua ni.
Saya ingat akhirat adalah benda yang boring. Relax aaa dulu kan..hari masih muda.
Macam-macam alasan boleh diberi.
Saya percaya ada yang boring dengan cerita saya tetapi terpulang.
Saya cuma nak berkata yang seorang yang modern, educated, berpengalaman, bila dia lihat agama sebagai tools untuk berjaya, nescaya Allah akan bagi apa yang terbuku dalam hatinya.
Salah satu doa saya di makkah:
"
Ya Allah, sekiranya kekayaan dunia akan mendekatkan diri aku dan keluarga aku terhadap kau, ko berilah. Kalau tidak, ko beri sekadar cukup."
Memang nafsu saya nafsu buaya. Dasyat. Saya sudah bilang saya bukan ustaz or pak alim. Saya cuma orang biasa-biasa.
Marilah kawan-kawan. Kalau saya boleh, anda semua pasti boleh. Marilah pasang niat at least khatam sekali. Bantulah saya. Saya nak kawan-kawan saya berubah dan khatam sekali. Ini malam jumaat kawan-kawan. ðŸ˜Š
Salam Jumaat.

Natura Run For Hope 2016 - 10km run

Natura Run For Hope 2016 
My first run for 2016 which is #Naturarunforhope2016.
The run took place at Putrajaya on 21st February 2016 and participated around 4,000 +++ runners!
The best part this run is organized by my friend who is a very successful young handsome boy.
The run was supposed to be 10km but in reality it is 12.6km. Patutlah I rasa penat gila and rasa macam something is wrong. 
Anyways, I am glad that I participated in this run. Road to 42km babeh!

Bagaimana hendak uruskan meeting secara efficient


Baru-baru ni saya terjumpa satu article from Richwork mengenai meeting dan saya terpaksa share untuk sharing dengan you all. ( Credit :http://azizanosman.com/jangan-buang-masa/)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita; kita buang masa dengan salah sangka, assumption sendiri, negatif dalam otak sendiri sedangkan perkara yang sebenar mungkin tidak sepertimana yang kita sangkakan
2/ Kita buang masa dalam bisnes kita bila kita dan sesama kita sendiri tidak jelas tentang apakah business model kita yang sebenar dan bagaimana kita bina sumber pendapatan syarikat kita
3/ Kita buang masa bila kita tidak maksimakan setiap peluang yang ada untuk pasarkan produk atau perkhidmatan kita
4/ Kita buang masa bila kita tidak letakkan “kepala” atau “anchor” yang bagus untuk drive sumber bisnes kita.
5/ Kita buang masa berniaga bila kita tidak kenalpasti siapa pelanggan kita yang kita benar-benar ingin beri manfaat kepada mereka
6/ Kita buang masa bila kita bukan sahaja kita tidak kenalpasti sejelas-jelasnya siapa pelanggan yang terbaik yang kita mahukan malah kita tidak jelas siapakah “paus” yang paling bernilai dan berharga yang kita mahukan dan mahu terus terusan add value kepada mereka. “Whale” hunting sepatutnya misi utama syarikat kita.
7/ Kita buang masa berniaga bila kita tidak tahu apa yang pelanggan nak atau tidak mahu.
8/ Kita buang masa berniaga bila kita tidak bekerjasama dan selari dengan semua komponen bisnes yang ada di sekeliling kita.
9/ Kita buang masa berniaga bila kita hanya fikir nak buat duit “kecil-kecil” sedangkan sebenarnya kita boleh buat duit “besar-besar” dan berpanjangan.
10/ Kita buang masa berniaga bila kita sendiri tidak jelas Siapa kita, Apa bisnes sebenar kita, siapa pelanggan terbaik kita, siapa pelanggan yang kita tidak mahu mereka menjadi pelanggan kita, apa misi kita dan apa matlamat kita 1,3,5 dan 10 tahun akan datang sekurang-kurangnya.
Kita buang masa buat semua ini bila kita tidak ada ilmu membina bisnes yang betul dan tidak tahu bagaimana Master Your Business.
‪#‎JourneyToABillion‬
‪#‎AzizanOsman‬
Founder, Richworks
Unlock Your Potentials

Anas si Blogger?

Anas the writer
Kalau u all nak tahu satu benda, Ayah baru-baru ni ada berkata yang Mak nak namakan saya Anas sebab Mak nak saya jadi writer one day.

Well, saya tak pernah terfikir pun yang saya sebenarnya akan menulis sebab kali terakhir saya menulis adalah pada umur 17 tahun iaitu ketika SPM pada tahun 2000.

" Kelas, Tiada siapa yang dibenarkan menulis essei cerita ketika SPM nanti. Cuma Anas sahaja yang boleh sebab dia ada skill tersendiri." Cikgu Pang. (Cikgu Bahasa Melayu kami).

Seriously saya tak pernah consider untuk menulis sehinggalah November tahun 2015 di mana facebook saya ,https://www.facebook.com/anas.p.chik  mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Secara tiba-tiba kawan saya meningkat dari 1000 lebih ke almost 5000 orang.

Di situ saya mula terfikir. Eh, mungkin sebab penulisan saya yang santai dan unik menyebabkan lebih ramai orang yang mula 'follow' saya kan?

So dengan tanpa buang masa, saya pun buatlah satu blog iaitu Anas Pawan Chik , #saudagartelekung.

Di sini, saya akan cuba menulis berdasarkan pengalaman saya, pengamatan dan pemerhatian saya dan juga apa-apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama para pembaca.

Ok cukup sekadar di sini.

Salam.
#AnasPawanChik