Anas si Blogger?

19:04 anas 0 Comments

Anas the writer
Kalau u all nak tahu satu benda, Ayah baru-baru ni ada berkata yang Mak nak namakan saya Anas sebab Mak nak saya jadi writer one day.

Well, saya tak pernah terfikir pun yang saya sebenarnya akan menulis sebab kali terakhir saya menulis adalah pada umur 17 tahun iaitu ketika SPM pada tahun 2000.

" Kelas, Tiada siapa yang dibenarkan menulis essei cerita ketika SPM nanti. Cuma Anas sahaja yang boleh sebab dia ada skill tersendiri." Cikgu Pang. (Cikgu Bahasa Melayu kami).

Seriously saya tak pernah consider untuk menulis sehinggalah November tahun 2015 di mana facebook saya ,https://www.facebook.com/anas.p.chik  mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Secara tiba-tiba kawan saya meningkat dari 1000 lebih ke almost 5000 orang.

Di situ saya mula terfikir. Eh, mungkin sebab penulisan saya yang santai dan unik menyebabkan lebih ramai orang yang mula 'follow' saya kan?

So dengan tanpa buang masa, saya pun buatlah satu blog iaitu Anas Pawan Chik , #saudagartelekung.

Di sini, saya akan cuba menulis berdasarkan pengalaman saya, pengamatan dan pemerhatian saya dan juga apa-apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama para pembaca.

Ok cukup sekadar di sini.

Salam.
#AnasPawanChik

You Might Also Like

0 comments: