Showing posts with label motivation. Show all posts

"An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

The day has come in which Zaahara and friends will be organizing "An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

This event is to generate interest among the kids to pick up English as most of us are aware that kids do not like English. Kids have fear in that subject.

Based on our surveys, kids who comes from the rural or underprivileged are even more skeptical of English.

Well, thanks to NGO such as Small Changes that has proven that English is not alien and it is easy to learn and pick up.

Besides them, Nous Academy & Events will be there to share and conduct 'Public Speaking Workshop'. Interesting right? I believe even the adults have fear in public speaking.

Lastly, a superstar of the day will be Norhafsah Hamid, a well known author who has written 3 books as of now. Zaahara loves her because of her simplicity approach and you'll be amazed of her background and what she is at the moment.

So, what do we do?

We gather the best for the rest. That's what Zaahara's CSR normally is. We love to see the smile among the kids. Our aim is to educate the public that charity does not just involve monetary. It can involve a lot of things and the best form of charity is education. With education, people can get out from their comfort zone and change themselves and also the world.

Give a man to fish and he has food for a day, teach him how to fish and you get rid of him the entire weekend. - Zenna SHanna Scha

Whoever wishes to join, the event details are as below:
Date : 8th May 2016
Time : 10am-2 pm
Venue : Asrama Haluan Penyayang (AHP) Klang
Lot 4213, Jalan Klinik, Kg. Bukit Naga, Syeksyen 32, 40460 Shah Alam.

Thank you once again to all and may Allah protect us from the arrogance and riya in our daily life.

Motivasi hanya 48 jam : Gunakan kuasa 'recharge' sebaik mungkin

Motivasi hanya berlegar dan bertahan 48 jam. Ini benda normal lagi-lagi lepas join seminar power.
So rahsia untuk sentiasa kekal motivated ialah bercampur dan duduk dalam inner circle yang power dan positive.

LOVE, VIVY REALITY SHOW


Love, Vivy- Vivy Yusof 
5 years ago, 2011, she was sitting next to me at Rasta TTDI.  Erina cakap she is Vivy Yusof and she is a blogger.
So I'm like..."Blogger?. Ok whatever."
In 2012, she and her husband started FashionValet.com.
Today, siap ada reality tv lagi. We were all glued in front of the tv to watch her show tadi.
Seriously the reality show beza as compared to Fazura's or any reality show yang we all dah tengok.
So a few things that we learned is:
1. You want to be big online, the founder must create a strong brand name
2. Believe in what you do
3. Family is important
4. Husband and wife can work together
5. Be yourself and don't be fake
So now doakan we all masuk tv for our reality show pulak next year ok?
‪#‎saudagarTelekung‬ punya show confirm best gila and buat korang nak tengok nanti.




Mulakan perubahan dengan langkah kecil


Satu penghargaan yang saya dan isteri dapat dari seorang bekas peserta small changes yang kami pernah jadi moderator pada tahun 2011.

--------------------------------


Dear small changes ,
A few years ago (2011) i participated Small changes program . I was 17 . At first most of us were scared and terrified because its an English camp ( well ! English is one of the things that become nightmare for someone that not doing well in english ) . But our facilitators make it fun ! Enjoyable and make us more confident to speak in english .
They told us its okay to be different than others and ignore manusia - manusia yang cakap " berlagak gile cakap omputih " . Well ! At least we try . The facilitators come from diff background lawyer , doctor , engineer , businessman amd etc . They inspired us.. They shows us how to bercakap depan orang ramai . Mereka motivate kami dengan kata-kata semangat .
Abang anas told me "
you dont have to berubah 100%.. Make a few changes and at the end you can see the result " kata -kata hikmat ni I pegang . I dont know kalau abang anas ingat lagi ke tak .
Ya ! Saya lakukan apa yang abang anas . Saya paling tak suka subject physics waktu disekolah . A few months sebelum spm saya ubah pendirian saya . Saya cuba untuk belajar subject tersebut . Sampai dimatrik perasaan tak suka physics tu muncul balik . Tapi saya ubah balik pendirian saya untuk suka physics . Ouh ! Sebenarnya i've been inspired by abang anas wife that time she was an engineer . So , saya pun nak jadi engineer jugak . Sebab tu saya cuba untuk suka physics . Thank you so much kak erin ! .
But I still tak dapat sambung engineer . Tapi saya dapat continue study Bachelor in science (physics ) .
Bukan nak puji sembarangan tapi memang small changes ni bagi saya satu effect yang mendalam sampai sekarang . They're not typical program yang you datang satu hari then bila balik rumah you lupa dah .
Thanks for the precious experienced ! . I hope small changes can bring more changes in our community and keep inspiring people like me that at first have very low self-confident yang taktau nak jadi ape walaupun umur dah 17 tahun masa tu . And now saya ade impian utk jadi seorang physicists in future and nak inspired students the way you guys inpsired me .

5 tips simple

1. Untuk jadi kaya, belajar bersyukur dengan apa yang kita ada dulu. Kalau tiada perasaan syukur, macam mana Tuhan nak bagi lebih.
2. Dalam kita buat business, pentingkan 'manfaat kepada pengguna' instead of profit semata-mata. Bila kita bantu orang, Tuhan akan bantu kita.
3. Mati itu pasti. Adakah kita bersedia untuk berpisah dengan orang tua kita? Dengan pasangan kita? Dengan anak kita? Dengan sahabat kita?
4. Kawan kita adalah diri kita. Kalau kita rapat dengan 'alim' maka itu tandanya kita suka keagamaan. Kalau kita suka orang 'positif', maka positif la kita. Kalau kita suka 'busines people' , maka kita pun cenderung kepada business. Lihat dan tengok sapa kawan rapat anda.
5. Ilmu kehidupan yang terbaik adalah di jalanan dan bila kita membuka mata kita dan hati kita untuk belajar.
Nota:
Hidup ini singkat. Hari pengakhiran makin dekat. Apakah kita masih nak kejar dunia dan tinggalkan akhirat atau kejar akhirat, dunia datang merangkak?

Nak Business power?

Kalau nak pakai Ferrari, business pun kena kencang macam Ferrari.
Kalau business slow ala Kancil, alamatnya lambat laa lagi.
Nota:
Nak power, kena belajar jadi power ok.---> nota untuk diri sendiri

Hari ni saya nak bercerita sedikit sebanyak mengenai penglibatan saya ke dalam perniagaan telekung.

Tahun 2014, kami ada bukak booth di Subang Parade iaitu booth for Ramadhan. Kami jual Telekung Cotton under nama Maryam dan kami dapati telekung kami tu banyak orang suka. Harga yang kami jual pun murah sekitar RM 100 lebih je.

Saya dan isteri sebenarnya tiada impian untuk jual telekung sahaja kerana kami sebenarnya ingin menjual barang-barang sunnah di online portal kami iaitu  www.zaahara.com.

Ada banyak business owner yang dah berjaya pernah berkata kepada kami bahawa kalau kami nak berjaya, kami kena ada speciality dalam business kami. Kami boleh jual seratus produk tapi 20 peratus dari produk kami adalah killer produk kami.

2 tahun masa berlalu dan akhirnya kami sedar yang kepakaran kami adalah dalam bidang telekung dan kami decide nak jadi #1 telekung provider di sekitar South East Asia and also the world! Nampak macam gila tapi itulah hakikatnya.

Saya membuat satu hashtag khas untuk saya iaitu #AnasSaudagarTelekung di dalam FB saya dan Alhamdulillah ianya sedang mendapat tempat dikalangan follower saya. Di sini saya dapati yang personal branding adalah salah satu kunci kepada kejayaan. Bukan saya nak kata yang saya dah berjaya tapi setakat ni, saya dah mempunya hampir 5k follower di fb hanya dengan teknik simple yang saya amalkan. (Akan saya share di posting lain bagaimana saya dapatkan 5k follower dalam masa 4 bulan sahaja). Yang menarik pasal follower saya, mereka adalah golongan yang aktif. Bukannya follower semata-mata.

Berbalik kepada cerita saya, kami ada beberapa jenis telekung dan yang paling hit buat masa kini adalah Telekung Maryam, Telekung Aamina dan juga Telekung Sofia.

Ramai yang dah mencuba telekung kami. Anda bila lagi?

Kalau berminat, anda boleh pergi terus ke www.zaahara.com dan buat pembelian terus di sana atau pun whatsapp terus ke 0103661801.

Jangan tunggu lama-lama.


Don't stop dreaming

Antara nasihat yang diberikan oleh ex-bos saya ialah:

"Anas, no matter what, don't ever stop dreaming. Once you stop dreaming, you will have no more desire for success. "

Kata-kata dari pengasas Telekung Siti Khadijah


Pengasa Telekung Siti Khadijah bersama model ketika pelancaran butik SK


Semalam saya terdengar perbincangan founder Pengeluar Telekung No.1 Malaysia, Puan Padzilah di radio Ikim.
"Kami bukan nak buat business short term. Kami ada plan untuk jadi billion dollar company. Saya tak pernah sangka yang kami boleh berada di tahap ini sekarang."
Jual telekung je tau...
Tahun lepas, ada orang pernah cakap ngan saya:
"Boleh ke nak buat duit dengan telekung? Orang lain jual jubah and tudung but you nak focus kat telekung."
Saya diam. Biarkan apa dia nak cakap coz to me, I know what I should do.
Saya nak you all  tahu yang apa benda yang anda buat, buat je betul-betul. Berjaya atau tak adalah subjektif.
Kalau kita buat business semata-mata nak :
1. Kaya
2. Malas bekerja 9-5
3. Sebab orang lain berjaya
Confirm tak berjaya.
Kalau betul-betul nak berjaya, you kena beri manfaat. Jual manfaat. Tu yang penting.
Contoh macam saya jual telekung. Telekung adalah product. Apa yang saya jual adalah:
1. Keselesaan para wanita untuk bersolat
2. Pilihan telekung berjenama pada harga yang affordable
Saya tak perlu hardsell kerana saya percaya 100% yang telekung kami adalah yang terbaik.
----------
Be confident in what you do. In what you sell.
Once you are confident with yourself, barulah orang lain akan percaya kat korang.

Inilah nasihat berguna seorang ayah kepada President Indonesia



" Kalau dilahirkan miskin itu takpa, tapi kalau mati dalam kemiskinan, kamu bersalah.
Bersalah kerana kamu tidak mencoba untuk merubah hidup kamu."
Di atas adalah kata- kata Ayah President Jokowi kepada beliau ketika beliau berusia 10 tahun.

5 tips untuk elak dari jadi sombong

Ada orang bertanya dengan saya apakah tips atau rahsia untuk tak jadi sombong.

So saya pun sharelah 5 tips yang saya sudah belajar untuk tidak menjadi sombong.

1. Always be good even masa tiada apa-apa
2. Ingat rezeki itu milik Allah
3. Ingat rezeki lebihan adalah amanah
4. Kekayaan hakiki adalah iman
5. Always beri ketika masih tiada apa2. (Cth: ilmu, makanan, wang, masa, tenaga dll)

Simple aja tips dari saya kan? Semoga boleh diamal bersama.

Bayaran Ilmu

Kita sanggup bayar beribu-ribu untuk jadi kaya di dunia.
Tapi, untuk belajar agama yang boleh membawa kita ke syurga, tak sanggup pula kita membayar beribu-ribu.
Sungguh pelik tapi benar.
Demi Ferragamo, Prada, Mercedes ....kalau kena gadai rumah pun sanggup.
Renung-renungkan ya....

Bagaimana kita boleh belajar kehidupan dari kanak-kanak

Budak kecil bila jatuh, mereka akan bangun dan terus main.
Jatuh beribu kali pun, mereka akan tetap bangun dan main.
Nota:
Untuk berjaya, jadilah seperti budak kecil. Bila jatuh, bangun. Macam mana perit pun, bangun. Ok?



Khatam Quran di Makkah dan Madinah




Khatam Quran in Makkah
Semasa saya di Umrah, saya berjaya khatam quran 2 kali dalam tempoh 12 hari.
Saya terpaksa share cerita ni supaya lebih ramai di luar sana yang dapat manfaat dari pengalaman ini.
- - - - -
Bertahun lamanya saya tidak membaca Quran dan bermula dari tahun lepas, saya nekad untuk khatam at least sekali. Alhamdulillah, saya khatam 2 kali.
Bagaimana?
Saya mulakan dengan hanya membaca satu atau dua page hari2 dan bila dah lama sikit, saya up kan sikit tempo dengan membaca lebih dari 2 page setiap hari.
So masa pi umrah baru-baru ni, target saya cuma satu khatam tetapi Ayah saya bilang "apa kata khatam 2 kali. Sekali di Madinah dan sekali lagi di Makkah?"
Since saya pi umrah solo , tiada family atau jemaah lain yang bersama saya, saya pun sahut cabaran Ayah saya. Hari-hari saya baca dan saya spend most of my time in Masjid insted of dalam Hotel.
Ada kalanya saya spent dalam 6-9 hours dalam masjid. Ini adalah pengalaman-pengalaman baru yang saya sendiri tak pernah sedar saya boleh buat.
Apa rahsianya?
Rahsianya mudah. Setiap orang ada misi bila dia ke umrah. Saya punya misi ada untuk khatam alquran dan beribadah semata-mata.
Berbalik kepada cerita alquran, saya pernah merasa penat sehingga saya tertidor dan ada kalanya mata saya berpinar.
Itulah saya kata. Ini adalah satu pengalaman baru dan menarik yang mana ianya bukan sesuatu yang mustahil dalam kehidupan kita.
Saya share cerita ni sebab saya nak mengajak lebih ramai orang supaya kembali ke Quran. Seriously tak rugi dan tak sia-sia.
I am not an ustaz. I am not pak alim.
Saya cuma orang biasa yang cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dengan cara tersendiri.
Saya dahulu selalu beranggapan Quran adalah satu kitab yang boring dan hanya untuk orang-orang alim.
Malam Jumaat disarankan baca Yassin. Masa kecil at least kita semua kena khatam sekali.
Itu je ker?
Takkan lah Quran yang dituju khas kepada kita, kita sanggup tak buka dan tak baca?
Yes, saya memang tak faham apa yang saya baca. Tajwid saya mungkin tak perfect. Dari 114 surah, saya cuma hafal dalam 15. Banyak lagi yang perlu dikemas kini tetapi ini cuma permulaan.
Pada umur 33, saya sudah bermula. Ada yang sudah bermula jauh lebih awal dari saya dan ada yang sudah dalam kategori hafiz.
Wahai sahabat sekalian, beribu sahabat fb saya begitu teruja untuk jadi kaya. Hari-hari doa nak jadi kaya.
Kalau anda semua nak tahu, Allah itu Maha Kaya. Kalau dia nak bagi, dia boleh bagi. Silap-silap dia boleh bagi melebihi dari apa yang kamu boleh imagine.
Tapi, dia dah bagi peluang untuk masuk ke syurga dia yang mana istana dan kenikmatannya adalah sesuatu yang melebihi kenikmatan dunia. Takkan itu pun kita sanggup ketepikan semata-mata untuk kepuasan dunia yang fana dan sementara?
Yes, mana boleh kejar akhirat je kan? Betul tapi, apa kata kita sama-sama ubah mindset kita. Cuba kita pohon Allah bagi kita kekayaan ilmu akhirat, kecintaan terhadap quran, iman dan sebagainya. Sudah tentu Allah cipta kita untuk jadi hamba yang soleh dan orang yang beriman kan?
Selama ni saya tak faham semua ni.
Saya ingat akhirat adalah benda yang boring. Relax aaa dulu kan..hari masih muda.
Macam-macam alasan boleh diberi.
Saya percaya ada yang boring dengan cerita saya tetapi terpulang.
Saya cuma nak berkata yang seorang yang modern, educated, berpengalaman, bila dia lihat agama sebagai tools untuk berjaya, nescaya Allah akan bagi apa yang terbuku dalam hatinya.
Salah satu doa saya di makkah:
"
Ya Allah, sekiranya kekayaan dunia akan mendekatkan diri aku dan keluarga aku terhadap kau, ko berilah. Kalau tidak, ko beri sekadar cukup."
Memang nafsu saya nafsu buaya. Dasyat. Saya sudah bilang saya bukan ustaz or pak alim. Saya cuma orang biasa-biasa.
Marilah kawan-kawan. Kalau saya boleh, anda semua pasti boleh. Marilah pasang niat at least khatam sekali. Bantulah saya. Saya nak kawan-kawan saya berubah dan khatam sekali. Ini malam jumaat kawan-kawan. ðŸ˜Š
Salam Jumaat.

Natura Run For Hope 2016 - 10km run

Natura Run For Hope 2016 
My first run for 2016 which is #Naturarunforhope2016.
The run took place at Putrajaya on 21st February 2016 and participated around 4,000 +++ runners!
The best part this run is organized by my friend who is a very successful young handsome boy.
The run was supposed to be 10km but in reality it is 12.6km. Patutlah I rasa penat gila and rasa macam something is wrong. 
Anyways, I am glad that I participated in this run. Road to 42km babeh!