Dr Azizan Osman sebenarnya penipu.

Dr Azizan Osman Penipu dan sama seperti BN?

Kecoh di media pasal title 'Dr' yg dimiliki oleh Dr Azizan Osman.


Secara kebetulan, baru-baru ni, seorang rakan saya menasihati saya supaya menghormati guru kita walau apapun. Ini adalah untuk mendapat ilmu yg berkat.

Dr atau tidak, beliau telah pun memberi tunjuk ajar kepada lebih 600,000 orang dan 90% adalah melayu. Rata-rata Melayu yang hadiri program beliau :

1. Orang berpelajaran
2. Orang yang takda pelajaran
3. Golongan professional
4. Golongan swasta
5. Golongan penganggur
6. Golongan lemah semangat
7. Golongan yang main ikut-ikut sahaja

Secara lojiknya, dari 600,000 orang peserta, sudah tentu golongan yang berjaya adalah sedikit dan adakah adil untuk kita serahkan nasib kita semata-mata dekat Dr? Dr bukan tuhan. Dia seorang yang dianugerahkan kepintaran untuk bercakap dan meniru seorang mentor dengan jayanya. Kalau yang nak tahu, beliau adalah anak murid Tony Robbins - Pakar motivasi #1 dunia.

Tanya diri anda sendiri, tak ke anda patut rasa bangga ada seorang yang dinamakan Azizan Osman dikalangan Melayu yang telah membantu menaik taraf anak melayu sendiri? Cubalah lihat anak-anak murid beliau yg sanggup bayar RM 75,000 setahun demi berguru dengan beliau.


Ilmu beliau memang mantap. Saya tak nafikan. So, dari korang nak bash dia, cuba tanya diri sendiri "aku ni hebat sangat ke?".

-------------------------------
Artikel Menarik:

Cara Merawat Penyakit KUlit Ekzema Pada Bayi



Kisah Pembelian Berhelai-Helai Telekung Travel

Baru-baru ni ada seorang customer kami beli travel telekung (Telekung Sofia) sebanyak 12 helai kerana beliau nak bagi yang menarik kepada familinya dan sabahatnya yang lain.


Bagi beliau, pemberian yang bagus adalah pemberian yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Puan Nerrisa bersama Telekung Travel (Telekung Sofia)

Puan Nerrisa  adalah customer kami yang sukakan Telekung Travel  kami juga dikenali sebagai Telekung Sofia. Beliau dah collect hampir kesemua warna iaitu (Peach, Yellow, Blue, Pink, Green dan Turqoise). Bagi beliau, Telekung Travel yang di jual kami sangat best dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Disebabkan beliau terlampau suka dengan Telekung Travek kami, beliau ada beli lagi bagi hadiah kat orang lain. Bagi beliau, lebih elok bagi sesuatu yang beliau suka dan beliau pun nak jugak saham akhirat kan? 


Kami disini mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki agar lebih ramai dapat ikuti jejak langkah beliau dalam memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.


15 Tips Ke Haji Seawal 30 tahun.

Ramai di antara kita yang teringin ke Haji untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-lima dan ramai yang menjadikan alasan duit sebagai penghalang.

Nak dijadikan kisah benar, saya mempunyai satu saudara yang ingin ke haji dari tahun lepas di mana beliau adalah :

1. Seorang yang masih muda - iaitu berumur sekitar awal 30'an.
2. Seorang yang berduit
3. Seorang yang bertenaga

Pada tahun lepas, beliau ingin ke haji dengan pakej RM 50 ribu. Tunggu punya tunggu, beliau tak dapat jugak pergi sebab takda visa.

"Mungkin takda rezeki kot tahun ni." Seloroh saudara saya.

Pada tahun ni, dia kata dengan saya yang dia dan ibunya akan ke haji dan mereka daftar pakej RM 120,000 di Tabung Haji. Pakej Elite ni sepatutnya tiada masalah dan kami semua yakin yang akhirnya beliau akan dapat pergi haji.

Nak dijadikan cerita, saya bertanya kepada beliau pada hari Jumaat yang lalu dimana beliau berada.

Beliau kata beliau masih lagi di Malaysia dan tak dapat pergi haji sekali lagi kerana tak dapat panggilan dari Tabung Haji.

Allah Akbar.

Bukan duit yang menjadi penghalang tetapi panggilan dari Allah yang lebih mahal dari duit seseorang.

Semalam saya terjumpa di http://www.thevocket.com/15-cara-nak-pergi-haji-cepat/  dimana seorang anak muda telah berkongsi 15 tips bagaimana kita semua dapat pergi ke haji dalam usia yang muda.

Mari kita baca agar kita dapat manfaat bersama insyaAllah.

---------------------------------------------------------


Alhamdulillah, saya dan isteri Nor Sajidah Zulkafli sudah hampir seminggu berada di Mekah. Esok in sha Allah kami akan bertolak ke Arafah untuk memulakan ibadah haji.
Kat sini, ramai pakcik dan makcik tegur kami, cakap untungnya dapat pergi haji pada usia muda. Alhamdulillah, memang kami sangat bertuah.
Usia kami masih 20-an, tapi sudah dijemput ke tanah suci untuk menunaikan haji. Majoriti jemaah di sini berumur 50-an ke atas.
Mungkin ramai yang ingat kami pakai pakej, sebab tu dapat pergi cepat. Sebenarnya kami pergi macam biasa ikut Tabung Haji atau dipanggil Muassasah.
Muassasah ni rate yang paling murah, tak sampai RM10 ribu pun seorang. Kalau pakej, paling kurang dalam RM25 ribu seorang. Pakej yang paling mahal tahun ni mencecah hampir RM150 ribu, memang dapat hotel betul-betul depan masjid.
Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-4 saya dapat panggilan untuk pergi haji. Tapi jangan salah sangka ye, saya bukan dah pergi haji banyak kali, ini kali pertama saya pergi haji.
Panggilan pertama saya dapat selepas SPM dahulu, tapi terpaksa ditolak memandangkan saya belajar di Australia. Pada 2011, dapat panggilan lagi, tetapi kali ni saya tolak dengan alasan sibuk bekerja.
2012, dapat lagi sekali panggilan dan tetap saya tolak dengan alasan yang sama. Bila fikir balik, teruknya saya masa tu, lebih utamakan kerja daripada Tuhan.
Tahun-tahun selepas tu, saya teringin sangat nak pergi, tapi biasalah, kadang-kadang bila kita nak sesuatu, masa tu lah tak dapat. Memang rasa sedih.
Saya ingat, mungkin ni lah balasan Tuhan sebab sebelum ni saya banyak kali tolak. Sampailah tahun 2016 ni, baru dapat panggilan semula. Alhamdulillah, kali ini saya cepat-cepat terima dengan bersyukur dan dapat bawa isteri sekali bersama.
Jadi kat sini, saya nak kongsi tips-tips yang boleh digunakan supaya dapat cepat pergi haji. Harapan saya semoga dapat bantu ramai orang di luar sana untuk tunaikan haji ketika usia muda masa badan masih sihat.
Kesian tengok ramai jemaah haji di sini yang sudah berumur tak berapa larat nak menunaikan ibadah dengan sempurna. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang hari-hari pegi klinik dan yang hilang ingatan sampai tak ingat pun dia berada di Mekah.
Tips-tips yang saya nak kongsikan ni tak susah pun, cuma kita nak buat ke tak nak je :
1. Buka akaun Tabung Haji
Bagi rakyat Malaysia, kalau nak pegi haji, MESTI buka akaun dengan Tabung Haji dahulu. Sebab yang uruskan kuota haji Malaysia adalah Tabung Haji. Kalau kita taknak, terpaksalah jadi rakyat Zimbabwe untuk pergi haji dengan kuota Zimbabwe (ini contoh je).
2. Simpan minimum RM1300 dalma Tabung Haji sebagai pendaftaran haji
Lepas dah ada akaun, kita mesti simpan SEKURANG-KURANGNYA RM1300 dalam akaun kita. Ni SANGAT PENTING untuk dapatkan giliran haji. Selagi kita takde simpanan minimum RM1300 ni, kita takkan dapat tahun giliran walaupun kita dah ada akaun Tabung Haji 48 tahun yang lepas.
Ada 2 cara untuk dapatkan simpanan minimum ni:
3. Masukkan duit sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji
Untuk para ibu bapa, saya sangat sarankan anda buka akaun Tabung Haji seawal yang mungkin untuk anak anda, kalau boleh lepas anak lahir dan ada surat beranak, terus pergi buka akaun untuk mereka.
Kalau anda mampu, masukkan terus RM1300 dalam akaun anak anda supaya mereka terus dapat giliran haji. Kalau tak mampu, bila anak anda dapat duit raya nanti, daripada dia guna beli mainan, ambil lah duit tu dan masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka.
Inilah yang Umi saya buat untuk saya masa kecil. Duit raya kami memang Umi masukkan dalam Tabung Haji. Lepas tu setiap bulan Umi saya buat potongan gaji RM20 untuk kami adik beradik.
By the time saya habis SPM je, duit dah cukup dalam akaun untuk pergi haji. Sebab Umi lah saya dapat rezeki pergi haji awal. Semoga kalau ada ganjaran pahala haji Allah bagi nanti, Umi saya pun ada bahagiannya. Terima kasih banyak Umi.
Untuk kita yang dah besar ni, it’s never too late. Cukupkan duit untuk diri kita dahulu supaya kita dapat giliran haji. Masa saya pergi kursus haji bulan 5 lepas, pihak Tabung Haji beritahu yang kalau kita daftar sekarang, giliran yang diberikan adalah pada tahun 2100.
Kalau ikutkan memang tak logiklah kita nak pergi haji masa tu, mungkin kita dah dalam kubur. Kalau masih hidup pun, umur kita dah lebih 100 tahun. Tapi takpe, yang penting kita usaha dulu.
Kat bawah nanti saya cerita cara nak cepatkan giliran. Ada rezeki, mungkin tahun depan terus kita boleh pergi haji walaupun giliran kita asalnya tahun 2100.
Pada masa yang sama cukupkanlah simpanan untuk akaun anak kita secepatnya. Masa anak saya lahir 2011 dulu, antara benda pertama yang saya buat selain buat surat beranak adalah buka akaun TH dan dafter giliran haji untuk anak saya.
In sha Allah kalau ikut giliran yang diberikan, anak saya akan pergi menunaikan haji pada umur 30 nanti.
Untuk para ibu bapa, inilah antara hadiah terbaik yang kita boleh berikan pada anak kita. Bila mereka buat haji besok nanti, in sha Allah kita pun dapat bahagian pahalanya.
4. Bawa penyata KWSP
Kalau kita takde cash RM1300 untuk masukkan dalam Tabung Haji, jangan risau, ada satu lagi cara. Kalau kita bekerja, print sahaja penyata KWSP yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH.
Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Tak susah pun kan?
Kalau kita sibuk dan tak sempat nak pergi Tabung Haji, zaman sekarang dah senang. Selain cawangan TH, kita boleh je mendaftar giliran haji di laman web TH, cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank atau ATM BIMB. Yang penting ada simpanan minimum RM1300.
Sekarang ni saya nak cerita pula macam mana cara nak cepatkan giliran haji kita. Ada cara biasa dan cara luar biasa (unconventional). Ada juga cara yang kita siap boleh pergi haji free lagi.
Cara pertama yang biasa orang buat untuk cepatkan giliran adalah dengan buat RAYUAN pada Tabung Haji.
Kenapa ye kalau buat rayuan boleh cepatkan giliran? Sebabnya, ramai orang yang dapat panggilan haji akan tidak dapat pergi atas pelbagai faktor seperti masalah kesihatan, kematian, tiada mahram, hamil, duit belum cukup dan macam-macam lagi sebab.
Pegawai Tabung Haji beritahu, tahun ini saja 60% yang menerima panggilan haji di Kuala Lumpur tak dapat pergi sebab gagal melepasi pemeriksaan kesihatan. Jumlahnya lebih kurang 2500 orang.
Ini baru KL, belum masuk negeri lain lagi. Jadi mereka yang buat rayuanlah yang akan dipilih untuk ganti tempat yang kosong ni.
Untuk bagi rayuan anda lebih mudah diterima di kalangan puluhan ribu rayuan yang lain, ini ada tips penting:
5. Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji
Cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji anda sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah terendah bayaran haji untuk tahun tersebut. Untuk tahun ni, bayaran haji paling rendah adalah dalam RM10 ribu untuk pergi bersama Tabung Haji (Muassasah).
Dalam surat rayuan anda, sila nyatakan yang duit anda dah cukup dan anda bersedia untuk pergi haji bila-bila masa. Barulah pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda, sebab dia tahu anda memang dah mampu pergi.
Ni tak, ramai yang buat rayuan, duit dalam akaun tak cukup pun. Agak-agak macam mana pegawai Tabung Haji nak luluskan? Nanti dia bagi tawaran, tak ada duit pula nak bayar. Dah terpaksa dia buat dua kerja cari orang lain. Faham ke faham?
6. Nyatakan kebaikan dalam surat rayuan
Dalam surat rayuan anda, nyatakan secara baik dan sopan apa kebaikannya kepada Tabung Haji kalau mereka bagi anda pergi haji segera. Sebagai contoh:
(a) Cakaplah anda masih sihat dan tiada penyakit, jadi takkan menyusahkan Tabung Haji di sana nanti. Faktor kesihatan adalah faktor utama kenapa ramai gagal untuk pergi haji. Jadi kalau anda sihat, besarlah peluang anda nak dapat pergi haji.
(b) Beritahu apa khidmat yang anda boleh sumbangkan di tanah suci nanti. Kalau anda doktor, beritahu dalam surat rayuan yang anda adalah doktor dan boleh bantu untuk memberi khidmat kesihatan bila diperlukan di sana.
Kalau anda masih muda dan gagah, beritahu yang anda nanti boleh bantu untuk tolong jemaah lain yang tak larat. Senang cerita, letak je dalam surat rayuan tu apa sahaja yang anda boleh sumbangkan untuk bantu kerja Tabung Haji.
Sebab memang susah beb kerja Tabung Haji di sini, macam-macam masalah yang mereka kena uruskan. Siapa lagi nak bantu kalau bukan para jemaah.
Kalau suami/ayah atau sesiapa mahram anda dapat panggilan tetapi anda tidak, beritahu dalam surat rayuan yang kalau anda dapat ikut sekali, akan jimatkan kuota haji pada masa akan datang, sebab mahram anda tak perlu pergi lagi sekali untuk teman anda. Ini yang isteri saya tulis dalam surat rayuannya.
Alhamdulillah dari giliran asal tahun 2040, gilirannya dipecepatkan untuk ikut saya pada tahun ini.
7. Hantar surat rayuan anda secepat mungkin bila kaunter rayuan sudah dibuka.
Biasanya kaunter rayuan akan dibuka sebulan dua selepas setiap musim haji. Rasanya untuk haji tahun hadapan, kaunter rayuan akan mula dibuka pada November ni. Nak tarikh lagi tepat, boleh call no Tabung Haji di 03-6207 1919.
Kenapa kena hantar segera? Sebab Tabung Haji akan nilai secara first come first serve basis. Jadi katakan ada mana-mana jemaah yang tolak tawaran atau tak dapat pergi atas macam-macam sebab, tawaran baru akan terus dibuat secepatnya kepada orang lain.
Kalau anda merayu dan tak dapat untuk tahun tersebut, jangan putus asa, cuba lagi hantar rayuan pada tahun berikutnya. Rayuan kena buat setiap tahun sampai dapat, jangan buat sekali je ye.
8. Dalam surat rayuan tu, jangan sesekali kritik atau marah Tabung Haji sebab masih tak bagi kita giliran walaupun kita dah banyak kali merayu.
Ingat ye, yang baca surat rayuan kita tu manusia, bukan robot. Dia pun ada hati dan perasaan. Dan ada 70,000 surat rayuan yang dia perlu baca setiap tahun.
Kalau kitalah berada di tempat dia, mungkin kita dah buang dalam tong sampah mana-mana surat yang kasar dan tak beradab. Jadi pastikan anda merayu dengan penuh sopan, bagi pegawai yang baca tu cair.
Kalau dulu boleh tulis surat kat makwe sampai ‘cair’, takkan tak pandai kot nak ‘cairkan’ hati pihak Tahung Haji.
Ok, cukup bab rayuan.
Ni nak bagitau pula cara-cara lain yang jarang kita dengar untuk cepatkan giliran haji:
9. Cari jodoh yang giliran hajinya dah dekat.
Lepas ni mungkin boleh masuk dalam kriteria untuk pilih bakal suami atau isteri, selain cantik, hensem dan pandai memasak.
Sebabnya, kalau isteri pergi haji, memang automatik mahramnya akan dapat pergi haji, jadi suamilah orangnya yang akan teman.
Kalau suami pula yang dapat, walaupun tak automatik dan masih perlu buat rayuan, biasanya lebih mudah untuk dapat berbanding kes lain. Ada pasangan kembar muda yang pergi haji bersama saya ni, dua-dua dapat bawa isteri setelah buat rayuan.
10. Pergi melalui pakej
Kalau pergi melalui pakej, taklah automatik dapat. Biasanya masih kena tunggu giliran daripada Tabung Haji juga. Ramai je yang kaya raya mampu guna pakej, tapi masih tak dapat-dapat pergi sebab giliran belum dapat.
Cuma kadangkala ada sedikit kuota yang diperuntukkan pada beberapa travel agency terpilih untuk bawa jemaah haji. Kadangkala kuota tu last minute baru dapat.
Jadi kalau anda memang banyak duit, boleh guna cara ni. Cubalah tanya mana-mana travel agency yang famous, mungkin ada rezeki anda.
11. Kerja di badan-badan tertentu yang ada kuota haji khas.
Ramai rasanya tak tahu yang ada beberapa badan di Malaysia yang mendapat kuota khas haji untuk staf mereka. Setakat yang saya tahu adalah Tentera, Polis dan UIA.
Mungkin ada lagi selain ini. Jadi kalau anda berkerja dengan badan-badan yang ada kuota khas haji ni, boleh cuba mohon kuota daripada majikan anda.
12. Jadi tok imam atau ketua kampung
Hmm, cara ni mungkin kontroversi sikit. Saya just kongsi je ye, saya taknak komen bab politik sebab bukan bidang saya.
Kalau anda perasan, setiap tahun kebelakangan ini, Yayasan 1MDB ada hantar orang pergi menunaikan haji secara PERCUMA. Mereka yang terpilih ni terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi JKKK. Tahun ni sahaja, ada seramai 1,100 orang yang dapat.
Saya pernah jumpa salah seorang yang dapat. Dia kerja sebagai imam dan ustaz tahfiz. Umur baru 25 tahun, tapi sebab surau kawasan tu calonkan dia, maka dapatlah dia pergi. Rezeki kan dapat pergi haji muda, free pulak tu.
So kalau ada yang mampu nak jadi imam, ketua kampung atau Pengerusi JKKK, bolehlah cuba cara ni.
13. Cari kerja di Arab Saudi.
Kalau kita mampu dan layak, bolehlah cari kerja di Arab Saudi. Bila kita dah ada visa pekerja di Arab Saudi ni, memang mudahlah kita nak pergi haji, tak payah tunggu kuota Malaysia. Sebab tu kawan-kawan kita yang kerja di Arab Saudi biasanya semua dah buat haji.
Kat Arab Saudi ni, ramai rakyat Malaysia kerja bahagian minyak atau jadi nurse. So bolehlah try survey kerja di sini.
14. Berbaik dengan Kedutaan Arab Saudi.
Kalau kita ni power networking, bolehlah berbaik dengan pegawai kedutaan Arab Saudi. Then cuba tanya-tanya pasal visa haji dengan mereka. Silap haribulan, siap kedutaan mereka sponsor kita lagi pergi haji.
Saya baru baca statement daripada Tabung Haji pasal Neelofa. Kata mereka, Neelofa sebenarnya dapat kuota haji direct daripada Kedutaan Arab Saudi, bukan melalui kuota biasa yang diuruskan oleh Tabung Haji. Jadi terbukti cara ni boleh pakai.
15. Jadi tokoh atau public figure
Rasanya ramai yang tak tahu setiap tahun, Raja Arab Saudi akan menjemput khas tokoh-tokoh daripada setiap negara Islam untuk pergi haji secara esklusif dan percuma.
Program ini namanya “Program of The Custodian of The Two Holy Mosques for Hajj”. Biasanya dalam 60 orang dijemput untuk setiap negara.
Saya tak pasti siapa yang dapat tahun ini. Tapi tahun lepas antara yang dijemput adalah Naib Canselor untuk semua universiti di Malaysia. Alhamdulillah, untung mereka dapat pergi menjadi tetamu Allah dan pada masa yang sama mendapat layanan khas daripada Raja Arab Saudi.
Jadi inilah serba sedikit yang saya boleh share tips-tips untuk cepatkan giliran haji. Cuma saya nak pesan sikit kat sini:
Orang selalu kata pergi haji ni jemputan tuhan. Sama macam jodoh dan ajal maut.
Saya nak beritahu, ye, memang jemputan haji, jodoh dan maut di tangan Tuhan. Tapi ingat bukan tu sahaja takdir Tuhan, tapi semua benda yang berlaku kat dunia ni pun memang takdir Tuhan.
Kat dunia ni, Tuhan nak tengok apa usaha kita. Sebagai manusia, kita buatlah kerja kita iaitu usaha untuk dapatkan pergj haji ni. Dapat atau tidak nanti tu bukan urusan kita, tu kerja Tuhan.
Jadi tak payahlah kita duk sibuk-sibuk buat kerja Tuhan ye. Kita buat kerja kita dan biar Tuhan yang tentukan nanti dapat ke tidak.
Sekurang-kurangnya kalau kita mati nanti, walaupun tak sempat pergi haji, kita boleh jawab yang kita dah usaha seboleh mungkin untuk pergi, cuma tak dapat je.
Ni kalau buka akaun Tabung Haji pun malas, jawapan apa kita nak bagi kat Tuhan nanti. Takkan nak jawab sebab sibuk main Pokemon Go kot.
Jadi tepuk dada tanyalah iman ye.
Apapun saya doakan untuk mereka yang memang ikhlas berusaha untuk pergi menunaikan haji, moga Allah permudahkan usaha anda dan jemput anda ke sini sebagai tetamu-Nya nanti.


Haaa....Semoga Allah merahmati Tuan yang berkongsi pengalaman dan tips ini supaya lebih ramai anak muda dapat menjalankan tanggungjawab haji. InsyaAllah.

3 Tips Mudah Memilih Telekung Travel

3 TIPS MUDAH emilih tELEKUNG telekung


Travel Telekung - Telekung Sofia dari www.zaahara.com sebagai item 'must have' oleh wanita urban 

Sapa tak suka bercuti atau melancong kan? Especially ladies, lagi la suka. Even my wife love traveling. Kalau tak travel dalam 4 bulan, confirm muka sememeh dah akan keluar. Besides that, my wife dibesarkan oleh family yang memang suka travel. They have been travelling every year since she was 4 years old. Reason why the parent’s loves travelling is because it can bring togetherness during a particular trip.

Back to our story, travelling ni sebenarnya bagus sangat sebab boleh bagi ketenangan dan juga pelepasan dari kehidupan kita yang sibuk.

Kat sini I nak bagi tips sikit to you all yang suka sangat melancong. Yalah, melancong jangan sampai lupa nak solat pulat kan. J

Satu benda yang you all kena ada time melancong is the telekung travel. Serious! Telekung travel. Ok now please read the 3 tips I nak share so before you choose one telekug travel.

Ada 3 tips mudah yang harus diambik-berat bila memilih travel telekung iaitu:  

1.      Berat kain
Telekung Travel seharusnya dipilih dari jenis yang sangat ringan tapi kalau boleh, avoid kain parasut atau parachute. Masalah dengan kain jenis parachute adalah ianya senang terbang kalau ditiup angin.

2.      Mudah dilipat
Telekung Travel sepatutnya mudah dilipat supaya lepas guna sister boleh terus lipat dan masukkan dalam handbag cute you all. Kalau nak dibandingkan dengan telekung biasa, dah tentulah berat dan tak kecik kalau nak dilipat kan?

3.      Bag kecil
Telekung Travel juga mesti ada bag kecik untuk telekung travel tu di simpan dalamnya. So, at least telekung travel tu taklah kotor and boleh laa dipakai lama.

Alhamdulillah. Sekarang you all dah tahu apa yang harus ada pada telekung travel kan? So at least I hope this 3 tips will give you a better chance in getting one telekung travel.

Holiday dapat, ibadah pun dapat.

Arios.




Travel telekung - Telekung Sofia grey dari www.zaahara.com





Kanak Perempuan Ingin Berpakaian Seperti Jemaah Haji: Apa Yang Dilakukan Ibunya?

Ramai dikalangan rakan-rakan saya yang selalu tertanya-tanya bagaimana cara yang mudah dan simple supaya mereka  boleh  educate anak mereka untuk menjadi lebih beriman dan suka kepada solat.

Jawapan kepada persoalan ni sebenarnya mudah dan InsyaAllah boleh dipraktikkan bersama.

Pertama sekali, tanya kepada diri sendiri iaitu kita sebagai ibu bapa adakah kita mengajar anak kita melalui perbuatan atau percakapan.

Tanpa kita sedari, lebih ramai ibu-bapa yang terdiri dari golongan bawah 40'an kini lebih gemar mengajar anak mereka melalui perbuatan tanpa paksaan.

Contohnya sekiranya anak kita masih kecil, sudah tentu tidak mudah untuk kita mengajar solat kalau kita sendiri tidak solat.

Baru-baru ni, salah seorang customer kami telah mendapatkan Telekung Kanak- Kanak dari kami iaitu Telekung Little Miss Aisya kerana anaknya inginkan telekung yang sama seperti orang yang ke haji. Ibunya tanpa banyak berfikir terus mendapatkan satu telekung dari www.zaahara.com dan sehari kemudian ibunya dah hadiahkan satu telekung kepada anaknya.

Anak kecilnya yang comel bernama Sofea dengan pantas terus melompat kegembiraan kerana beliau sudah miliki pakaian solat yang sama seperti orang yang ke Makkah.

Allah Maha Besar.

Tidakkah ini namanya 'emulate by example' atau dengan erti kata lain, meniru dengan cara meneladani.

Syabas kepada ibunya kerana tidak teragak-agak untuk dapatkan satu set telekung kanak-kanak demi memimpin anaknya ke syurga.

Telekung Little Miss Aisya dari www.zaahara.com

Telekung Kanak-kanak - Telekung Little Miss Aisya dari www.zaahara.com



Telekung Vietnam

Raya Korban tinggal beberapa hari je lagi.
.
.
.
Korang dah tahu tak nak beli apa kat 'mommy tercinta' korang? If tak tau, saya nak recommend untuk korang beli Telekung Atikah kat mommy korang.

"I beli tiga telekung Atikah untuk mommy, kakak and diri I sendiri. Alhamdulillah. Happy semua orang. Telekung yang sangat berbaloi ngan harganya. " Sis Amalina, Subang Jaya.

Korang, beli telekung untuk mak, confirm mak teruja. Serious. Investment korang sikit je tapi pulangan dia tak terhingga.

Best.

Tak caya, cuba try call Mia, 0103661801. Mia akan tolong korang untuk dapatkan Telekung Atikah ni dengan cepat dan pantas.