Pejam celik-pejam celik je masa berlalu
Hari terakhir saya update
blog saya adalah pada 11 April 2017 iaitu pada hari Selasa yang lepas.
Sebelum tu almost everyday jugak saya berjaya update cumanya bila tersibuk,
terus jadi blog dilupakan.
Inilah yang dikatakan ‘istiqomah’. Kalau nak
berjaya, kena ada ‘isqiqomah.’ Rupanya ‘Istqomah’ adalah sesuatu yang tidak
mudah. Agak berat jika tak biasa.
Tapi takpa. Saya bukan nak bercerita pasal ‘istoqomah’
disini.
Saya lebih nak bercerita tentang apa yang dah berlaku pada saya selama
seminggu yang lepas.
Pada hari Rabu, saya melawat kawan saya yang
bernama Adenan di kedai makan beliau di Seksyen 11, Shah Alam. Beliau baru
kembali dari Umrah dan banyak juga benda yang kami borak.
Pada hari Jumaat malam pula, saya hantar Aisya
pergi ke kelas piano. Dalam kelas Piano Aisya cuma ada a few students sebab
yang lain semuanya sangkut dalam jem. Nama students yang saya ingat ialah Reka,
William dan Sonia. Termasuk Aisya ada 4 students.
Itulah kali pertama saya
dalam kelas music.
Malamnya pula saya bermain futsal selama 2 jam kat
Ferro Subang Jaya. 1 jam main biasa-biasa dan sejam lagi main friendly.
Pergh.Berpeluh-peluh.
Besoknya pulak pada 15 April 2017, kami pulang ke
Klang sebab nak tido sana. Kami visit Mami since Ayah keluar tabligh selama 40
hari.
Apa yang best masa hari tu ialah, wife saya buat
birthday surprise kat saya! Haha. Seriously? Dia siap tipu saya lagi kata
family dia ajak dinner together. Rupa-rupanya bila sampai kat tempat seafood
yang kami selalu makan, saya ternampak Famy, (kawan saya dari Klang).
Bila dah
nampak dia, saya dah agak ni confirm surprise. So ended up semua kawan Klang
saya ada pada malam tu (Soe, Badak, Haizi dan Famy). Geng ni dipanggil geng
bilik blakang.
Nanti saya share pasal birthday kat posting lain.
So now saya dah berumur 34 tahun. Pejam
celik-pejam celik dah 34 tahun. Tak tahulah nak rasa diri tu tua, muda atau
apa?
At 34, saya ada seorang isteri dan dua anak (laki
dan perempuan). Nak kata power tak lah power tapi saya rasa kehidupan saya jauh
lebih better dari sebelum ni.
Moga Allah panjangkan umur saya dan berikan saya
kekuatan untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan ini.